GADIS DISETUBUHI SAKA SELAMA 20 TAHUN-KISAH BENAR!

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Kisah Benar ! Gadis Disetubuhi Saka 20 Tahun.
(📸 ©hantudunia.blogspot.com)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Kisah Benar ! Gadis Disetubuhi Saka 20 Tahun

Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin(berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan orang lain), atau atas faktor keturunan.

Seorang guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak) kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal).

Khabarnya semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan itu agak menyukarkan juga. Petik suiz lampu tidak menyala, terdengar bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentumdan bergegar.

Hal itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam).

Di waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu
dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur. Saya dan adik beradik
selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.

“SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT
 tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup
 ‘mengorbankan’ keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang
 jelas bertentangan dengan Islam.”

Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai
angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu.

Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk
berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan
datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk
mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu.


Ikuti luahannya:


Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum
meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.Sejak kematian
datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah
tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain,
kerap jatuh dan terlanggar.

Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan
kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain
selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk
seakan manusia di rumah kami.

 Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.
 Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu
 ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.

Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang
melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti
terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan
membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan kaki. Badannya terasa seperti
dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul
serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang,
berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi
sungguh kuat dan berdesing.

Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah,
keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah
kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.

Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan
di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk.
Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak
normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama
bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap
berlaku pada malam Jumaat dan badansaya akan berasa panas. Saya sering
mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.

Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik
lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah
bagaimanapun mengesahkan kami sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden
gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai
pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.

Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun,air tujuh masjid,
tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai
kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan
malah semakin teruk.

Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam
Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan
naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.

Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami
diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada ‘belaan’ keluarga suami.

Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian
menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah.
Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat.

 Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik
 mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak
 percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.

Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu
menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal
perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja
termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti
dilanda musibah pelik-pelik.

Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk,selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.Sehinggalah kami bertemu
seorang ustaz untuk berubat.

Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara
sebenar:“Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan
makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai
‘wali’ ketika menuntut.

Wali itu menghadiahkan‘khadam’ untuk menolong menjaga harta benda dan
keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain
melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

“Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan
ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan
layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar
hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti
belalang atau serangga lain.

 “Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air
  mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada
  semua keturunan keluarga ayah,” katanya.

 Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah
 dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala
 bermimpi melahirkan anak kecil.

Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga
jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati,
kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah)
yang banyak.

Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang
mati pada usia muda. Wallahualam.

Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih
berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahirkan
dan menyusukan bayi.

Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai
ayah mengaku yang ‘ia’ sudah mati dan hendak memeluk saya.

Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas
insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau
masih ada.

Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar
siling terutama pada tengah hari dan malam.

Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah
terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah
permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah
berpinggan-pinggan.

Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga
rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.

Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya
sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu
tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.

Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu
di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.

Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh
meninggal dunia selagi ‘amalannya’ diturunkan kepada waris keturunannya
menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan
dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan
berterusan.

Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan
dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama.

Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan
bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Sakit-sakit badan dan mimpi dirogol
atau di hempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.

Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada
hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.

Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan
saka jika tidak di bendung membawa mudarat – perpecahan rumah tangga,
perceraian suami isteri,syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan
masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta
hidup tidak lagi tenang.

Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan
buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang
sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad