Pintu alam BUNIAN dijumpai


"Pernah kami datang dengan kawan ke sini, kemudian dia kena rasuk. Tiba-tiba tenaga dia menjadi kuat sangat dan dia hendak terjun ke dalam tasik. Nasib baik kami enam orang, pegang dia," ujar sumber. 








Kru 666 memasuki taman terbabit tepat pada jam 3 pagi. 


"Di sebelah kiri itu, penduduk tinggal di kawasan sekeliling tasik kata, tempat pontianak selalu muncul. Kami memang tidak berani hendak pergi," jelas sumber kelihatan ketakutan. 




'Sumber' informasi kami, 4 remaja berusia 21 tahun kami temui sewaktu menjalankan tinjauan berhampiran sekolah di Seksyen 24. 




Razali kemudian memasang kamera perakam pergerakan infrared di kawasan dimaksudkan. Sementara itu Boy dan Atoi asyik menggunakan alat perakam audio parabolik bertujuan mengesan audio ganjil. 








Saya berpeluang mengabadikan gelagat kru di lokasi. 




















Tidak dapat disangkal, suasana gelap dan sunyi agak menyeramkan namun keadaan itu tidak membataskan pergerakan semua kru. 


Tujuan kami jelas, menyingkap fakta di sebalik pelbagai dakwaan menakutkan berhubung kehadiran entiti paranormal di kawasan riadah itu. 




"Pernah beberapa kali, Mat Rempit melintasi round about dekat Masjid Shah Alam mendakwa beberapa kali ternampak pontianak berdiri di tepi jalan berhampiran hutan ini," dakwa sumber. 








Saya mengingatkan sumber, alam ghaib itu wujud cuma kekadang cerita seram disebarkan di kalangan masyarakat lazimnya banyak ditokok tambah. 


Tiba-tiba pada jam 3.43 pagi, saya terdengar suara Azree menjerit dalam kegelapan malam. 



"Dapat gambar rumah! Dapat gambar rumah!" 



Pantas semua kru berada berhampiran Azree mendekati ayah kepada dua anak itu untuk melihat hasil rakamannya. 








"Jom bang, kita pergi ke tempat saya rakamkan gambar itu tadi," ajak Azree. 






Saya teruja melihat gambar direkod menggunakan kamera Nikon D60 milik Azree. 


Kami kemudian bergegas memanjat bukit di sebelah kiri jalan berhamapiran tasik diikuti oleh kru lain. Untuk rekod, beberapa lokasi di sekitar tasik didakwa 'perkampungan' entiti digelar orang bunian. 




Sebaik tiba di pondok, berhampiran lokasi gambar dirakamkan, Adam bersuara. 




"Tadi masa saya datang ke sini seorang diri, pohon buluh di kanan itu bergoyang kuat, saya pun SMS VJ dan minta Azree naik," jelasnya. 









Seperti dijangka, kru Penyingkap Fakta, Jet, turut tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kawasan sekitar. 







Razali kemudian pantas memasang kamera perakam pergerakan infrared dan lensa alat itu dihalakan ke arah lokasi sasaran. 








"Mula mula tadi, saya rakamkan gambar ini," kata Azree. 




"Abang tengok dua dahan kayu, v-shape di sebelah kiri rumpun buluh, tidak ada apa menarik. Lepas itu saya shoot lagi. Sebaik saya preview gambar, saya terkejut bang. Di tempat sama, macam ada frame pintu, kemudian kalau kita perhatikan secara teliti, macam ada entiti terbang keluar dari 'pintu' sama," terang Azree tenang. 

Berikut gambar dimaksudkan oleh Azree dan sila klik imej untuk melihat butiran lebih jelas. 


"Kalau kita tengok betul betul, macam ada pintu empat segi tetapi tidak mencecah tanah," tambah Azree. 



Bandingkan gambar di atas dengan imej saya rakamkan pada jam 4.30 pagi tadi di lokasi sama dan teliti perbezaannya. 






Setelah diteliti, visual 10 saat dirakamkan oleh kamera pengesan pergerakan infrared menunjukkan dua dahan kayu terbabit didapati bergerak beberapa saat sekaligus mengaktifkan kamera terbabit. 


Apapun, 666 terbuka kepada komen pembaca berhubung gambar dirakamkan selagi penjelasan dilontarkan logik dan boleh diterima dek akal. 


Saya percaya, gambar itu ganjil dan sukar diperolehi. 


Mungkinkah imej itu memaparkan kepada kita pintu ke dunia lain? 


Pintu ke alam bunian selama ini diperkatakan oleh masyarakat? 


Sumber : http://www.mazidulakmal.com

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad