Kenali HANTU MELATI Di Kampus UiTM Sabah

Misteri HANTU MELATI Di Kampus UiTM Sabah Kekal Hingga Sekarang

Misteri HANTU MELATI Di Kampus UiTM Sabah Kekal Hingga Sekarang

Misteri Kampus UiTM Sabah Dan Hantu Melati

S
ekitar tahun 1980-an ketika itu UiTM masih lagi bergelar Institut Teknologi Mara (ITM), pelajar masih ditempatkan di asrama lama yang tediri dari beberapa blok iaitu Blok Baiduri (B), Cempaka (C), Dahlia (D), Eksora (E), dan Rafflesia (F).

Salah satu blok yang dihuni oleh pelajar siswi adalah Blok C yang mana disitu merupakan tempat salah seorang pelajar bernama Melati ditempatkan. Cerita tentang siapa individu ini masih kabur kerana setelah berpuluh-puluh generasi pelajar yang memasuki institusi itu tidak ada satu pun di kalangan mereka yang tahu Melati sebenarnya berasal dari mana dan siapa dia sebenarnya tetapi cerita tentang bagaimana dia menjadi hantu kemungkinan seperti ini.


Melati zahirnya seperti pelajar lain yang menjalani kehidupan normal seperti gadis lain.

Tumbuh membesar lalu jatuh cinta dengan salah satu pelajar di kampus berkenaan ataupun sebaliknya. Setelah beberapa lama Melati dikatakan telah putus hubungan dengan pasangannya lalu nekad untuk membunuh dirinya dengan cara mengikat kain pada kipas siling lalu menggantung dirinya di aras 2 Blok Cempaka (gambar).

Dorm Melati, UiTM Kota Kinabalu, Sabah.
Perkara tersebut akhirnya disedari oleh pelajar lain tetapi ia sudah terlambat kerana dia telah meninggal dunia. Sejak dari itulah dikatakan hantunya sering mengganggu pelajar disitu selama berpuluh generasi sehingga ke hari ini.

Antara gangguan yang sering terjadi

Pelajar perempuan sering ditimpa histeria. Kelibat perempuan berbaju putih tanpa wajah sering dilihat berkeliaran pada waktu malam.

Pelajar mengalami mimpi yang sama didatangi oleh perempuan berbaju putih yang tidak dikenali.

Seperti ada yang mengekori ketika berjalan pada waktu malam melalui jalan pintas menuju ke asrama gynasium.

Tiba-tiba terdapat orang lain yang langsung tidak pernah dikenali berada di dalam bilik asrama.

Suara seperti menangis dan mengilai halus selalu kedengaran.

Suara memanggil nama dari dalam tandas yang gelap dan kosong.

Ada lembaga tidak berwajah ikut serta memberus ditepi ketika pelajar keseorangan mencuci pakaian pada waktu malam.

Pocong sedang berdiri ditepi tangga menuju ke fasa akademik.

Dan banyak lagi cerita dari saksi mata dari berpuluh generasi malah kebanyakan dari kejadian tersebut dialami serentak oleh beberapa pelajar sekaligus.


Sehingga ke hari ini, cerita hantu Melati masih lagi jadi bualan oleh penghuni di kampus tersebut apatah lagi mereka yang pernah mengalami kejadian yang menyeramkan.

Bila aku masuk penghujung tahun 2005, macam2 aku dengar daripada senior. Tak taw la sama ada diorang sengaja reka atau memang betul apa yang diceritakan tu. Ni senior la yang cerita. Kata mereka, tapak UiTM Sabah ni adalah kawasan perkampungan jin suatu ketika dulu. Bagi membuka kampus ni, satu perjanjian telah dibuat antara pihak UiTM dan jin tersebut. UiTM boleh dibina dengan perjanjian, 3 syarat yang mereka berikan mesti dipatuhi dan tidak boleh dilanggar. Dengan kata lain, ada 3 perkara yang kita dilarang buat di kawasan kampus.

Kalau tidak, penghuni UiTM akan terima balasan. 3 syarat tu aku tak boleh la jelaskan apa sebab aku pun tak berapa pasti sangat apa syarat2 tu. Tapi yang aku dikhabarkan, dua dari syarat tu telah dilanggar. Sebab itulah makin banyak kejadian aneh berlaku kat kampus ni. Tak tahu la kesahihan cerita ni sebab aku pun tak berapa nak percaya sangat. Tapi begitulah kisah yang disampaikan oleh senior2 sejak turun temurun.hehehe. Kalau korang nak atau taknak percaya, suka hati la kan.




Kita sambung lagi kisah2 seterusnya…. Dulu kelas kami semua di Fasa 3. Di sana pun banyak kisah2 seram yang aku dengar daripada pak guard dan staf2 yang bertugas di sana. Tempat yanmg paling menyeramkan di Fasa 3 tu ialah di anjung..tempat makan di sana. Aku diberitahu yang di sana adalah tempat pontianak sebab memang ada yang pernah nampak pontianak tu di sana. Selain di anjung tu, bangunan InEd sekarang adalah salah satu bangunan yang berhantu… Dulu, di sana adalah tempat pengawal…pengawal yang tinggal sana selalu diganggu malam2.Dekat2 dengan kawasan pejabat HEA pun ‘keras’ juga. Memang di sana tu seram sikit.

Aku p stay malam2 pun memang menyeramkan. Orang cakap, di sana tu adalah laluan hantu. Malam2 akan ada kelibat hantu di sana. Errr… ~ Seperti yang aku cakap, dulu di sana tu kelas. Staf2 yang bekerja malam2 di sana selalu kena. Macam mana kena? Bila diorang tutup lampu, akan ada yang on balik tu lampu. Pernah diorang nampak ‘sesuatu’ jalan2 sekitar bangunan tu di tengah2 malam. Ada sorang brader ni citer, dia pernah sapa sorang guard yang dia jumpa. Tapi guard tu senyap jak. Bila brader tu jalan depan lagi, dia terserempak lagi guard td. Terus dia tanya macam mana guard tu ada di sana sedangkan tadi dia baru je terserempak. Rupa-rupanya guard tu baru je sampai. Naaa..maknanya…….. siapa la yang dia jumpa td?? Meremang bulu roma aku tulis kisah ni.

Kolej lama di sebelah library memang menjadi bangunan yang paling ditakuti oleh semua warga kolej. Kenapa? Sebab ia adalah banngunan yang ditinggalkan dan dikhabarkan terdapat lebih 300 jin yang tinggal di sana sekarang. Orang cakap, apabila ada histeria, ‘benda’ dalam badan budak tu akan dihalau p kolej lama ni. Memang patut la orang takut kan.hahaha. Dulu di sana adalah pejabat kokurikulum. Ada komander pernah cerita yang diorang pernah nampak hantu berdiri depan diorang.. Lintang pukang diorang. Nama MELATI memang popular di kalangan pelajar UiTM. Bagi diorang Melati adalah hantu jelmaan daripada seorang pelajar yang bunuh diri di kolej lama. Entah la betul ka xdak cerita tu. Aku tak berapa percaya sangat. Memang ada aku dengar pelajar kita pernah buuh diri…tapi tak tahu la d mana dia bunuh diri tu. Tapi memang Melati cukup dikenali. Bahkan bdk2 yang histeria..bila ditanya siapa mereka.. jawapannya tetap sama.. MELATI….. Hantu pun suka guna nama Melati. Sah la memang Melati tu paling popular di UiTM Sabah.



Yang ni dari blog yang lain kisah yg sama

Seperti tajuk diatas, apa kena mengenanya Melati dengan cerita seram kali ini.Cerita Melati ini bukan lah kisah cinta..jauh skali kalau cerita cara memasak rendang ayam.Kalau nak tau.. Melati ni la sejak dahulu hinggalah sekarang masih lagi menjadi penghuni tetap d kawasan asrama ITM(uitm) Sabah.Sebut sahaja Melati, rata-rata penghuni asrama UiTM Sabah tau sapa Melati. Siapa yang tidak tau ni..mmg saja mau cari psal..

Menurut senior-senior yang terdahulu..Melati ni merupakan roh pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri. Tapi ada juga yang cakap,Melati memotong urat nadi ditangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tidak diketahui oleh sesiapapun. Bermacam-macam cerita yang diceritakan tentang cara Melati membunuh diri..tapi realitinya..dia tetap mati dan menjadi roh yang menggangu setiap pelajar di asrama tersebut.

Selalunya..’dia’ ini akan mengacau bila tibanya dekat time exam..ntahlah mcm ada musim pula..Sewaktu aku masih menuntut dulu kat ITM(Uitm) Sabah..aku ada dengar, pelajar perempuan pernah tinggal dekat blok B dan C. Tapi sejak peristiwa histeria yg berlaku berulang kali, semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D,E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C. Menurut pihak asrama pd waktu itu, pertukaran tempat perlu bagi mengelakkan peristiwa(histeria) berulang kembali..mereka yg ‘bijak’ ini beranggapan pelajar lelaki tidak mudah terkena histeria kerana kuat semangat(ya la tu)

Waktu kami mula-mula menetap dahulu, setiap tandas d blok B dan C tidak mempunyai cermin kerana telah dibuka oleh pihak asrama. Menurut mereka..ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin tandas. Setelah diperiksa berulang kali..mereka tidak menemui seorang perempuan pun..so kita cuma akan nampak Melati melalui cermin.(ada cermin atau tiada..’dia’ tetap ada dsitu)

Sekumpulan pelajar tidak menyedari kehadiran Melati yang turut hadir memeriahkan gambar mereka..seram tak?
Pernah ada budak junior yang baru datang,tinggal d blok B(satu blok asrama la).


Apabila dceritakan tentang Melati ini..mereka dengan eksen ketawa dan berkata kalau mereka nampak Melati nanti, diorang akan minta nombor ekor.Pagi keesokkan harinya, mereka berjumpa dengan kami..mereka kononnya telah diganggu oleh Melati dan meminta sedikit nasihat. Kerana ada diantara mereka ditampar dan ada pula katil bergegar seolah olah ada orang sedang melompat diatas katil.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad