Mistik! Gambar Jelas Rangka Hantu Berarak Kawad Maut Sandakan - Ranau

Mistik! Gambar Jelas Rangka Hantu Berarak Kawad Maut Sandakan - Ranau

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)

Bekas Askar Perang Dunia Kedua merakamkan Imej Misteri di Sandakan.

MISTIK - Gambar yang dikatakan sekumpulan rangka hantu berarak yang dikaitkan dengan peristiwa Kawad Maut Sandakan - Ranau.

Major bersara John Tulloch terkejut apabila imej yang dirakamkan beliau pada tahun 2010 di Borneo memberi penampakan yang menyeramkan. Imej putih yang muncul dalam kamera seakan-akan membentuk rangka manusia yang berbaris.


Major bersara John Tulloch terkejut apabila imej yang dirakamkan beliau pada tahun 2010 yang melawat kembali laluan yang terkenal dengan tragedi tersebut, memberi penampakan yang menyeramkan. Imej putih yang muncul dalam kamera seakan-akan membentuk rangka manusia yang berbaris.


Apabila Mejar John Tulloch menjejaki langkah banduan Bersekutu perang dan 'perarakan kematian' yang terkenal ditahun 1945, di Sandakan Sabah, beliau fikir foto-foto beliau akan kosong sahaja. Namun Mejar Tulloch terkejut apabila melihat foto-foto itu dan mendapati sekumpulan rangka hantu berarak di seluruh foto itu, tepat seperti yang pernah terjadi 70 tahun yang lalu. Keadaan menyedihkan, bagi tawanan perang yang terpaksa berarak dari Sandakan ke Ranau sejauh 160 batu tanpa makanan.



Insiden ini berlaku semasa Major John Tulloch melawat kembali laluan yang terkenal dengan tragedi Sandakan Death March. Tragedi Sandakan Death March berlaku pada tahun 1945 apabila tentera Jepun memaksa 2,400 orang tentera Bersekutu yang kebanyakan tentera Australia dan 3,600 orang buruh paksa Indonesia. Daripada 6,000 berkawat daripada Sandakan ke Ranau, hanya 6 orang sahaja yang selamat, itupun disebabkan oleh hasil ikhtiar mereka untuk melepaskan diri.


Keganasan dan kebrutalan Jepun semasa Perang Dunia Kedua sangat diketahui. Insiden serupa turut sama berlaku di Filipina. Insiden yang dikenali Bataan Death Marchmenyebabkan 650 orang tentera Amerika Syarikat dan 10,000 warga Filipina kehilangan nyawa sebelum mereka sempat menjejakkan kaki ke Camp O’Donnell.

Picture
Menyerah: 67,000 tawanan perang juga terpaksa menyertai Perarakan Kematian Bataan yang terkenal di Filipina, April 1942

Ramai yang mati akibat kekurangan gizi dan keletihan. Mej Tulloch mengambil gambar dari tingkap kenderaan 4x4 semasa memandu di sepanjang laluan 'kematian berarak' pada tahun 2010. Ia dianggap ilusi fotografi yang menakjubkan walaupun 'dicemari' oleh pantulan tuala corak yang berada di papan pemuka kenderaan ketika dia mengambil imej.


Mengulas mengenai imej yang dirakamkan beliau ini, beliau merakamkannya daripada dalam kereta jenis 4WD.

Pada asalnya, beliau menganggap ia adalah hasil refleksi daripada tuala yang diletakkan di atas dashboard.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad