Hantu Putih nyaris maut kena langgar

‘Hantu’ nyaris maut kena langgar

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)



London: Seorang lelaki yang menyamar menjadi hantu untuk menakutkan pengguna jalan raya, hampir maut selepas dilanggar sebuah kereta.

Kejadian itu berlaku apabila dua lelaki yang memakai kostum putih seperti hantu cuba menakutkan seorang pemandu kereta di sebatang jalan yang sunyi.

Rakaman kejadian itu yang disiarkan di YouTube menunjukkan lelaki berkenaan melompat di depan kereta menyebabkan pemandunya menekan brek.

Kerana ketakutan, pemandu itu terus mengundurkan kenderaannya, tetapi seorang lagi lelaki muncul di belakangnya. Pemandu itu sekali lagi menghentikan kenderaan dan lelaki yang memakai kostum hantu itu terus menakutkannya.

Secara tiba-tiba pemandu itu terus memecut ke depan dan melanggar lelaki yang menyamar sebagai hantu itu sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Beberapa rakan lelaki itu yang bersembunyi, bergegas memberi bantuan kepada mangsa yang masih terbaring di atas jalan.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak cedera serius dan kelihatan terkejut dengan kejadian berkenaan. – Agensi



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad