Siswi UKM maut dikejar 'lembaga'

2 saudara Siti Farihan tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu mayatnya di Rumah Mayat HUKM.

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)



Seorang siswi sarjana sains kimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, ditemui mati di kawasan letak kenderaan Blok C, Kolej Kediaman Pendeta Za'ba awal pagi semalam, dipercayai terjatuh dari tingkap biliknya di tingkat empat bangunan itu selepas dikatakan dikejar satu lembaga.

Mayat Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, yang lengkap berpakaian kemeja T kuning dan berkain batik ditemui oleh seorang tukang sapu di depan pintu laluan utama koleaj itu, dalam keadaan mengiring dan muka lebam serta mulut berdarah, kira-kira jam 7 pagi.


Sehingga kini, polis masih menyiasat punca kejadian, tetapi cerita mengenai gangguan lembaga itu kini tersebar dan menjadi perbualan ramai pelajar di kolej berkenaan.

Picture
TEMPAT kejadian Wan Siti Farihan yang terjatuh dari tingkat empat asrama Kolej Pendeta Za'ba, UKM, Bangi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood, bagaimanapun berkata tiada bukti atau saksi yang boleh mengesahkan mangsa terjatuh selepas dikejar lembaga itu.

"Beberapa pelajar di kolej itu, termasuk rakan sebilik mangsa yang disoal siasat polis mengaku tidak mengetahui mengenai kejadian itu kerana mereka tidur.

"Bagaimanapun, kita akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut, termasuk kemungkinan mangsa menghadapi tekanan," katanya ketika dihubungi.

Shakaruddin berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat pelajar tahun satu itu.


Mangsa yang bekerja sambilan sebagai pembantu penyelidik di UKM, dipercayai terjatuh dari tingkap biliknya beberapa jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan mayatnya yang masih berdarah.

Mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan UKM (PPUKM) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Jalan Long Yunus, Padang Bongor, Pangkalan Chepa, Kelantan.

Shakaruddin berkata, hasil bedah siasat mendapati tulang rusuk kiri mangsa patah dan menyebabkan pendarahan dalaman.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah ketika meluangkan masa setengah jam menemui keluarga mangsa di PPUKM, berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian itu.


"Kita akan melihat hasil bedah siasat sebelum sebarang keputusan dapat dilakukan," katanya.

Picture
Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23
Sementara itu, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, beberapa hari sebelum kejadian itu, Wan Siti Farihan berkelakuan pelik, termasuk mengikuti kelas agama di Serdang dan sering mengaji, berzikir serta melakukan solat sunat.

"Farihan juga selalu berjaga malam kerana mendakwa tidak dapat tidur. Saya yang kenal dengan dia sejak zaman sekolah rendah, percaya ia tiada kaitan dengan percintaan kerana dia tidak mempunyai teman lelaki.

"Tiga jam sebelum kejadian, Farihan bangun dan memaklumkan ingin ke tandas. Saya tidak syak sesuatu yang dan terus tidur sebelum terkejut apabila dimaklumkan Farihan ditemui terbaring di kawasan letak kenderaan ketika hendak menunaikan solat subuh," katanya.

Picture
ANAK panah menunjukkan tempat Siti Farihan ditemui mati di Kolej Kediaman Pendeta Za'ba di UKM, Bangi.

Pelajar UKM mati jatuh kolej.

Seorang pelajar Ijazah Sarjana ditemui mati dalam keadaan mengiring di tempat letak kenderaan di Kolej Kediaman Pendeta Za'aba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi dekat sini semalam.

Pelajar tersebut dipercayai terjatuh dari tingkat empat Kolej Kediaman Pendeta Za'aba, UKM pagi semalam.

Mayat Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, dari Kelantan yang merupakan penuntut semester satu jurusan Sains Kimia itu ditemui oleh seorang tukang sapu pada pukul 7 pagi.

Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian dengan kemeja T dan memakai kain sarung.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Shakaruddin Che Mood berkata, seorang tukang sapu yang kebetulan membersihkan kawasan itu ternampak mayat mangsa sebelum menghubungi polis.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari beranda bilik kolejnya di tingkat empat.


"Pemeriksaan fizikal mangsa ditemui ada kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat," kata beliau ketika dihubungi.

Picture
Seorang pelajar Ijazah Sarjana ditemui mati dalam keadaan mengiring di tempat letak kenderaan di Kolej Kediaman Pendeta Za'aba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi dekat sini semalam.

Cerita Cik Siti Ariffin

Pagi tadi sebelum bergerak ke Mahkamah saya sempat lah baca Metro, terbaca lah berita yang agak mengejutkan di mana seorang siswi sarjana sains kimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditemui mati di kawasan letak kenderaan Blok C, Kolej Kediaman Pendeta Za'ba. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap biliknya di tingkat empat bangunan asrama tu.

Saya juga bekas penghuni Kolej Pendita Zaaba masa wat Master dulu, tapi saya duk Blok E, tingkat 4 juga.Mangsa tu Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, yang lengkap berpakaian kemeja T kuning dan berkain batik ditemui oleh cleaner di depan pintu laluan utama kolej itu, dalam keadaan mengiring dan muka lebam serta mulut berdarah, kira-kira jam 7 pagi. Ikut bedah siasat tulang rusuk kiri mangsa patah dan menyebabkan pendarahan dalaman.

Roomate dia kata, beberapa hari sebelum kejadian tu, Wan Siti Farihan berkelakuan pelik, termasuk mengikuti kelas agama di Serdang dan slalu mengaji, berzikir dan melakukan solat sunat. Dia pun selalu berjaga malam kerana mendakwa tidak dapat tidur, napa yer??

Saya tumpang bersimpati kepada keluarga mangsa. Mungkin sudah ajal si mangsa. ermm.. nasihat saya kepada adik-adik junior kalau ada masalah, kongsi lah dengan teman rapat kita, sungguh pun dia mungkin tak dapat nak selesaikan masalah kita, at least kita dapat lepaskan tekanan, jangan lah pendam sorang-sorang, tak elok tau.

Saya tinggal kat Kolej tu 2 semester sepanjang tahun 2007, alhamdulillah tak pernah lah saya alami gangguan yang pelik-pelik. Kalau kena tindih masa tidur tu biasalah.

Bila ditindih, malam esoknya saya akan lari tidur di rumah Miss Rekha kat Hentian Kajang, hehe. Seminggu pastu baru saya berani balik bilik, hehe.


Cuma saya kurang berkenan dengan rekaan bangunan tu skit.. sudah lah laluan nya (koridor) sempit, tangga pun sempit dan curam.. tak masal ada tingkap kat tepi tangga.. bukan ke bahaya tu..

Kolej ni baru dibuka sekitar 2005 tak silap saya. Dah lah kat atas bukit, kolej yang paling hujung sekali dalam UKM. Hutan masih tebal kat belakang kolej tu, saya suka pemandangan hijau, kabus tebal waktu pagi, segar sangat.

Pagi2 kalau bangun kan, mesti nampak babi hutan gaduh, hahaha.. Masa belajar dulu, suma kelas saya mula jam 6ptg abis kul 10 malam.. Bas dari Fakulti saya tak akan naik ke Kolej, mereka akan turunkan saya kat tepi jalan besar dan saya terpaksa lah berjalan kaki seorang diri panjat "bukit" dekat 300meter untuk balik ke kolej.. masa tu macam2 dalam kepala, takut ditarik, diculik, haha.. tapi saya tawakkal kepada Allah.. :)

Adalah desas desus kata si mangsa ni dikejar lembaga.. apa benda tu saya tak pasti lah. Saya teringat sewaktu saya di tahun 2 pengajian, saya juga pernah diganggu. bukan sahaja saya malah teman-teman sebelah bilik (Aznor dan Renu) juga mengalami nasib yang sama.

Renu diganggu lembaga putih, saya diganggu burung hantu berwarna putih yang besarnya macam budak 3 tahun aznor pula tak tahu diganggu apa.. Renu sakit teruk hingga terjejas pelajarannya, tapi dia pulih selepas berehat 2 semester.

Aznor plak sakit kemurungan sehinggalah dia hilang ingatan. Lama dia ambil masa nak pulih, sewaktu kami grad pun dia belum pulih lagi.. saya plak hampir setiap malam diganggu burung hantu putih tu. Pas kul 12 malam je dia akan mula berbunyi dan menghentak-hentak tingkap saya untuk masuk ke dalam.. takutnya tu Allah saja yang tahu. Saya yakin dia bukan hantu sebab saya tengok sendiri dia memang burung.


Satu hari tu saya dan rakan-rakan sekelas pakat nak tengok burung tu.. Kami tido ramai-ramai dalam bilik saya. Tak lama pastu memang burung tu kuar, peliknya napa dia pilih nak masuk bilik saya, hahaha.

Saya dibawa keluarga berubat dengan seorang pengamal perubatan tradisional, Alhamdulillah sejak itu saya tak pernah lagi diganggu burung hantu itu lagi, ntah kemana dia menghilang.. tulah kenangan "kelat" saya sewaktu di universiti, hehe.. Mungkin ada yang tak percaya pada gangguan2 ni, tapi bagi yang pernah mengalami mereka akan faham.

Berbalik kepada kisah pelajar yang jatuh tu, saya ingin mengucapkan takziah pada keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegramuntuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad