Dengar bunyi tapak kaki, jeritan wanita

Dengar bunyi tapak kaki, jeritan wanita

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)


Penuntut yang menghuni bilik bersebelahan dengan siswi Sarjana Sains Kimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ditemui mati di kawasan letak kereta Kolej Kediaman Pendeta Za'aba, awal pagi kelmarin, mendakwa mendengar bunyi hentakan tapak kaki diikuti jeritan suara wanita di luar biliknya.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.30 pagi ketika membaca buku sebagai persediaan menjawab peperiksaan pada keesokannya.

Bagaimanapun, pelajar yang enggan namanya disiarkan berkata, selepas mendengar jeritan itu dia sangat takut dan hanya mendiamkan diri di biliknya sehingga tertidur dalam keadaan ketakutan tanpa meneruskan niat mengulang kaji pelajaran.

"Mula-mula saya dengar bunyi lima atau enam hentakan tapak kaki, disusuli satu jeritan kuat tetapi saya tidak keluar bilik sebab sangat takut untuk tahu apa yang berlaku.

"Keesokannya apabila bangun tidur saya dimaklumkan ada seorang siswi meninggal dunia sebab terjatuh dari tingkat empat blok asrama ini," katanya ketika ditemui di universiti itu, semalam.

Siswi yang sedang mengikuti program semester pendek di UKM itu juga memberitahu, selama enam minggu tinggal di asrama itu beliau tidak pernah berjumpa dengan mangsa dan tidak mengenalinya.

Mayat Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, yang lengkap berpakaian kemeja-T kuning dan berkain batik ditemui seorang tukang sapu di depan pintu laluan utama kolej itu, dalam keadaan mengiring dan muka lebam serta mulut berdarah, kira-kira jam 7 pagi.

Polis masih menyiasat punca kejadian tetapi cerita mengenai gangguan lembaga kini tersebar dan menjadi bahan perbualan di kalangan pelajar di kolej berkenaan.

Picture
Mengulas dakwaan berkenaan, penuntut jurusan Teknologi Maklumat itu berkata, beliau belum pernah diganggu atau berjumpa dengan lembaga seperti didakwa.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad