CNN dakwa imej bukan hantu Jacko

GAMBAR fail menunjukkan satu lembaga (dalam bulatan) yang dipercayai hantu Jacko di rumah miliknya di Neverland Ranch, Santa Barbara.

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)


Hantu Jacko di Neverland?

Lembaga yang didakwa sebagai hantu bintang pop Michael Jackson di rumahnya di Neverland Ranch, Santa Barbara didapati palsu, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini rakaman seperti satu lembaga yang dipercayai hantu dirakamkan oleh jurukamera stesen televisyen CNN di rumah tersebut baru-baru ini.

Ketika itu, jurukamera CNN sedang membuat siaran langsung program perbualan yang popular iaitu Larry King Live dari rumah tersebut.

Rakaman itu turut disiarkan di laman web YouTube.

Bagaimanapun, Larry dan krew CNN kembali semula ke rumah Raja Pop itu di Neverland Ranch untuk memastikan sama ada imej tersebut ialah hantu.

Selepas mereka melakukan siastan, satu keputusan dibuat bahawa lembaga yang didakwa hantu itu sebenarnya merupakan bayang milik seorang pekerja di rumah Michael atau seorang anggota krew CNN.

Michael yang mesra dengan panggilan Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah yang disewanya di sini.


Peminat-peminat Raja Pop, Michael Jackson kini berdebat sama ada satu bayang seperti lembaga hantu yang muncul ketika satu siaran stesen televisyen CNN disiarkan secara langsung itu merupakan roh penyanyi berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu lembaga dilihat bergerak di koridor rumah Michael iaitu Neverland Ranch di Santa Barbara di sini tetapi ketika itu ia tidak disedari oleh jurukamera dan pengacara siaran CNN.

Lembaga itu kemudian hilang ketika stesen televisyen CNN membuat liputan berhubung rumah Michael itu.

Liputan itu berjudul Inside Neverland yang menyiarkan temu ramah dengan abang Michael, Jermaine Jackson.

Peminat-peminat Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika dia masih hidup berdebat di laman web sama ada hantu Raja Pop itu yang berjalan menuju dalam rumah itu atau ia cuma merupakan bayang-bayang.

Salah seorang peminat Jacko berkata dalam satu laman web: "Ia pastinya bukan satu bayang-bayang, Tidak ada sesiapa pun di sana (rumah Jacko) yang membuat bayang-bayang."

Seorang lagi peminat memberitahu: "Kemungkinan ia (lembaga itu) ialah Michael bagi memberitahu kita bahawa dia masih lagi bersama kita tetapi dalam bentuk roh."

Bagaimanapun, terdapat peminat yang tidak mempercayai kewujudan hantu Jacko.

Menurut seorang lagi peminat, lembaga itu terlalu tinggi untuk kelihatan seperti Jacko.

Imej itu turut disiarkan di laman web YouTube sekali gus tersebar dengan cepat di Internet.

Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah yang disewanya di sini selepas degupan jantungnya tiba-tiba terhenti.

Jenazahnya akan dikebumikan pada hari ini di Hollywood Hills.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad