Guru Wanita Bakar diri bila tidak Tahan Diganggu Makhluk Halus

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Mengejutkan!! Tak tahan diganggu makhluk halus, guru wanita dari Melaka bakar diri dalam kereta .
(📸 ©santaimediakini.blogspot.com)
klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)

Guru Tekad Bakar Diri Kerana Sudah Tidak Tahan Diganggu Makhluk Halus


Ditemukan dalam keadaan rentung di dalam kereta di perkarangan rumahnya di Kampung Nibong, Paya Dalam, Melaka. Beliau yang sedang mengambil cuti sakit merupakan seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah di Saratok, Sarawak.

Melaka: Seorang guru wanita berumur 37 tahun ditemui rentung terbakar di dalam kereta di perkarangan rumahnya dalam kejadian kebakaran di Kampung Nibong, Paya Dalam, di sini, kira-kira 2 pagi .

Beliau yang sedang mengambil cuti sakit dikenali sebagai Fara Wahidah Ali, seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah di Saratok, Sarawak.

Bapa mangsa Ali Mikram, 62, berkata, dia menyedari kebakaran berkenaan selepas tersedar kira-kira pukul 2 pagi selepas terdengar bunyi letupan dan ternampak cahaya besar menerusi tingkap rumahnya sebelum membuka dan mendapati api sedang marak.


"Pada awalnya saya tidak tahu anak saya dalam kereta kerana menyangka dia sedang tidur lalu mengejutkan anak lelaki untuk memadam kebakaran menggunakan air.

"Namun selepas mendapati kunci kereta jenis Proton Iswara tiada di tempat disimpan dan anak perempuan saya menyatakan Fara tiada dalam BILIK tidurnya, saya mengesyaki dia berada dalam kereta itu," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti identiti mangsa yang terbakar sepenuhnya dan sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Mengikut rakan-rakan dan saudara mangsa, ada yang mengatakan mangsa telah diganggu oleh makhluk halus sehingga menyebabkan mangsa bertindak sedemikian.

Berdasarkan nota yang ditinggalkan beliau ternyata ada sesuatu yang 'mengganggunya' yang berbunyi “Ning, aku nak bakar iblis ni hidup-hidup. Iblis tak boleh duduk serumah dengan orang hidup. Menimbulkan pergaduhan nanti. Selamat tinggal,” tulis arwah berserta tandatangannya.


Apapun yang terjadi, arwah sudah pergi dan kita disini mari bersama-sama mengirimkan bacaan al-fatihah kepadanya , semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad