Misteri ketukan pintu hantui penduduk Sabak Bernam

Misteri ketukan pintu hantui penduduk Daerah Sabak Bernam gangguan misteri ini dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam .. 😱😱😱😱😱
Sabak Bernam dihantui ketukan pintu tanpa salam di tengah malam

Baru-baru ini tular mengenai kejadian misteri yang dialami penduduk Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting di Sabak Bernam.

R amai penduduk mendakwa diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam sejak kelmarin, namun apabila dibuka pintu tiada siapa di luar.

Malah, terdapat hantaran di Facebook memaparkan video bunyi ketukan pintu dan gambar-gambar yang didakwa kelibat entiti yang menyeramkan.

Baru-baru ini tular mengenai kejadian misteri yang dialami penduduk Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting di Sabak Bernam.

Ramai penduduk mendakwa diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam sejak kelmarin, namun apabila dibuka pintu tiada siapa di luar.

Malah, terdapat hantaran di Facebook memaparkan video bunyi ketukan pintu dan gambar-gambar yang didakwa kelibat entiti yang menyeramkan.

Ketuk pintu macam nak masuk cepat Menerusi laporan Sinar Harian, salah seorang penduduk, Khairol Anuar Mhd Zaini, 39, mendakwa terdengar bunyi pintu dapur rumah diketuk dengan kuat seperti seseorang ingin masuk ke dalam dengan cepat.

“Mulanya saya membiarkan sahaja sebab ingatkan anak saudara datang ke rumah, tapi saya dengar bunyi ketukan itu semakin kuat sebelum saya intai di tingkap dan mendapati tiada sesiapa di luar rumah…”

Kecoh ramai yang kena Nor Azuwa Shaaban, 31, yang tinggal di Kampung Batu 38 juga memberitahu dua orang adik perempuannya turut mengalami pengalaman yang sama.

“Semasa kejadian mereka berdua tidak berani membuka pintu dan pada keesokannya kecoh di dalam WhatsApp dan Facebook mengenai penduduk diganggu dengan bunyi ketukan tanpa salam itu…”

Buka tiada siapa pun di luar Perkara yang sama dialami, Nor Zaihana yang turut mendengar ketukan pintu kira-kira am 11.40 malam ketika sedang menidurkan bayinya yang berusia empat bulan.

“Mulanya saya ingatkan dua anak saudara pulang dari kerja, namun sangkaan meleset apabila saya menjenguk di tingkap mendapati tiada sesiapa di luar rumah…” 

 


Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata pihaknya akan melakukan rondaan membabitkan sukarelawan MPKK bermula jam 10 malam hingga 3 pagi di sekitar kampung.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad