[VIDEO]Misteri tiga beranak tepi jalan pukul 5 pagi

Tangkap layar memaparkan imej entiti yang memakai baju putih berjalan di dalam gelap di Gua Musang, Kelantan.



PETALING JAYA- Sebuah video berdurasi 38 saat tular di laman media sosial hari ini apabila berjaya merakamkan kehadiran imej tiga orang individu yang sedang berjalan di dalam gelap selain mengenakan pakaian serba putih.

Video dirakam menggunakan aplikasi ‘dashcam’ itu dipercayai berlaku di sebuah jalan dekat Gua Musang, Kelantan dan direkodkan sekitar pukul 5.26 pagi berdasarkan maklumat pada kamera tersebut.

Menerusi video dikongsi pemilik Twitter @mrcreepyposta itu, kehadiran entiti yang memakai pakaian serba putih itu dipanggil sebagai tiga beranak di Gua Musang.

“Khabarnya mereka ini tersohor di seluruh tanah jajahan Kelantan.

“Komen orang ramai, di situ memang ada entiti tiga beranak sejak dahulu lagi, antara jumpa dan tidak sahaja. Gua Sejuk memang tempat dia sahaja,” tulisnya.




Pemilik akaun itu turut meminta orang ramai untuk membuat keputusan sendiri sama ada paparan entiti itu adalah benar atau sekadar penipuan sahaja.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan imej berkenaan sama ada ia merupakan entiti makhluk lain atau manusia yang berjalan di dalam gelap.

Sementara itu, video berkenaan yang turut dikongsi di aplikasi Tiktok berjaya ditonton lebih 700,000 kali oleh pengguna laman media sosial itu.

Orang ramai turut memberi reaksi berbeza berhubung paparan entiti tiga beranak itu dengan ada menyifatkannya sebagai sebuah misteri yang sering berlaku di Kelantan. – K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad