Hantu Jacko di bonet kereta

IMEJ Jacko terbentuk pada bonet kereta Sloggett.

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)


GAMBAR imej Jacko dibonet kereta Sloggett.

STAFFORD - Seorang lelaki, Gary Sloggett yang berumur 43 tahun terkejut apabila dia mendapati terdapat wajah mirip penyanyi Michael Jackson pada bonet keretanya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Wajah Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika dia masih hidup itu dapat dilihat di bonet kereta jenama Rover, 13 jam selepas penyanyi itu meninggal dunia pada 25 Jun lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Picture
Hantu Jacko di bonet kereta


Gambar Jacko itu dirakamkan oleh Sloggett ketika dia mengambil gambar keretanya itu untuk dihantar kepada sebuah majalah jualan kereta.

Dia kemudian memuat naik imej itu di komputer dan berasa terkejut selepas mendapati terdapat wajah mirip Jacko di bonetnya.

"Ia sungguh luar biasa. Penjelasan yang munasabah ialah terdapat pembentukan awan yang terjadi ketika gambar itu dirakamkan," kata Sloggett.

Gambar Jacko itu dibentuk oleh awan menyebabkan bayangannya itu dapat dilihat pada bonet kereta Sloggett yang berkilat.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad