Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis

Karya buku Seram Siri Bercakap Dengan Jin Tamar Jalis

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)

Misteri Tamar Jalis

NOVEL mistik, Bercakap Dengan Jin amat popular di negara ini pada tahun 1980-an.

Namun, pengarangnya, Tamar Jalis, masih misteri.Ada yang mengatakan penulis sebenar sudah berusia lebih 70 tahun dan tinggal di Bruas, Perak tetapi beliau enggan dikenali.

Seorang lagi yang dikaitkan dengan nama Tamar Jalis ialah A. Jalil Miran yang pernah menulis untuk majalah Variasari dan Variapop.

A. Jalil Miran yang dikatakan menulis siri Bercakap Dengan Jin, tidur di tepi kubur dan berjanji untuk berkahwin dengan wanita bermuka gajah.
Novel mistik, Bercakap Dengan Jin amat popular di negara ini pada tahun 1980-an. Namun, pengarangnya, Tamar Jalis, masih misteri.

Ada yang mengatakan penulis sebenar sudah berusia lebih 70 tahun dan tinggal di Bruas, Perak tetapi beliau enggan dikenali.

Jalil meninggal dunia pada Oktober tahun lalu kerana sakit jantung pada usia 57 tahun.

Beliau yang juga bekas wartawan tabloid Buletin Rakyat dan Buletin Utama, dikenali dengan cerita seram dan hantu selain sensasi hiburan yang dihasilkannya.

Hotel berhantu

El-Hadji Ousseynou Diouf Faridah Lah Omar, 46 pernah rasa ditindih makhluk halus semasa tidur di bilik hotel orang mati dibunuh.
Menurut isteri arwah, Faridah Lah Omar, 46, Jalil bukan sahaja gemar menulis kisah-kisah hantu, malah beliau mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan makhluk alam ghaib itu. Jalil turut memiliki sisi eksentriknya sendiri, kata Faridah.

Pernah arwah mengajak Faridah tidur di sebuah hotel lama di Kuala Lumpur.

“Kami jadi seronok dapat tidur di hotel dengan anak-anak. Sebaik sahaja tengah malam, dia keluar sekejap. Apabila balik, dia tanya apa yang saya rasa semasa tidur.

“Saya kata seram sejuk dan ada terdengar suara seperti orang menjerit.

“Rupa-rupanya bilik hotel itu merupakan tempat orang mati dibunuh. Terus saya tidak menerima ajakan arwah untuk tidur di hotel lagi selepas itu,” katanya ketawa.

Faridah yang berasal dari Jeniang, Kedah, berkahwin dengan Jalil selama 21 tahun dan dikurniakan dua orang anak.

Faridah menceritakan, beliau mengenali Jalil semasa membuka kedai makan bersebelahan dengan pejabat syarikat penerbit Variasari iaitu Variapop Group di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

“Pada mulanya saya tidak berminat untuk mengenalinya walaupun arwah selalu mengurat saya dengan datang makan berkali-kali dalam sehari di kedai makan saya. Dia juga selalu mengutus surat cinta.

“Ambil masa setahun juga sebelum saya dapat menerimanya. Itu pun disebabkan kelembutan dan sifat sopan santun arwah,” ujar Faridah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Beliau menyifatkan Jalil seorang yang pendiam dan tidak suka diganggu semasa bekerja sepanjang perkahwinan mereka sejak tahun 1987.

“Kadang-kadang seharian dia menghadap komputer sampai tak mandi. Malah jika bilik bersepah dengan buku kerana dia membuat rujukan, arwah melarang saya mengemasnya.

“Dia juga suka pulang lewat malam dan hanya akan balik selepas mendapat berita yang dikehendaki,” ujarnya.

Wanita bermuka gajah

Bicara Faridah lagi, Jalil mempunyai tabiat yang pelik iaitu gemar tidur di rumah tinggal yang dikatakan berhantu.

“Dia ingin rasai sendiri pengalaman terserempak dengan hantu.

“Malah jika ada individu mendakwa pernah berjumpa dengan hantu, arwah lantas pergi ke tempat yang dimaksudkan itu.

“Bila balik ke rumah, arwah akan berceritalah pada saya yang dia jumpa hantu panjang, pocong, puntianak dan sebagainya.

“Itu yang kadang-kadang membuatkan saya sukar tidur malam,” ujarnya yang pernah mengalami gangguan tidur semasa mengandungkan anak pertama.

Kata Faridah, ketika itu, beliau terasa seperti ada makhluk yang menindihnya semasa tidur.

“Selepas saya membaca ayat-ayat suci al-Quran, ia terus hilang,” kata beliau.

Bercerita mengenai arwah suaminya, Faridah memberitahu, Jalil pernah mendapat gambar seorang wanita yang mukanya mirip rupa gajah. Gambar wanita itu pula belum pernah disiarkan oleh akhbar lain semasa beliau bekerja di Variasari.

“Saya tidak ingat wanita itu dari negeri mana tetapi arwah ada berjanji akan mengahwininya jika dia dibenarkan menyiarkan gambar tersebut.

“Namun dia tidak jadi berkahwin kerana wanita itu meninggal dunia beberapa hari selepas itu.

“Banyak lagi aktiviti pelik arwah termasuk pergi berjumpa bomoh tarik duit dan sering ke Indonesia untuk menuntut ilmu dan mencari ilham.

“Kadang-kadang seminggu sekali dia akan ke sana. Dia juga memperoleh ijazah dalam bidang mistik di negara itu,” katanya.

Namun, adakah Jalil ialah Tamar Jalis yang sebenar tidak dapat Faridah menjawabnya.

“Ini kerana saya berkahwin dengannya selepas siri Bercakap Dengan Jin berakhir dan arwah sendiri tidak pernah mengakui dirinya Tamar Jalis kerana dia sememangnya seorang yang kuat berahsia,” ujarnya.




BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 2) - Cetakan Kelima (1997)

25. Sumpah Nasi Tangas
26. Isterinya Jadi Kelip-Kelip
27. Manusia Tanpa Kepala
28. Kubur Berasap
29. Dikacau Penunggu Kolam
30. Ilmu Raja Kelawar
31. Rumah Misteri
32. Bomoh Hujan Kena Uji
33. Muntahkan Ulat Dan Paku Karat
34. Berjanji Dengan Syaitan
35. Mengusung Iblis Tengah Malam
36. Pukau Ular Tedung
37. Terkena Badi Belibis
38. Suara Azan Dalam Kolam
39. Dendam Orang Sabar
40. Pemuda Menjerit Malam
41. Berkasih Dengan Langsuir
42. Sepasang Tangan Berbulu
43. Buaya Jadi-Jadian
44. Skandal Pawang Buaya
45. Badan Pawang Berasap
46. Berjalan Atas Angin
47. Syaitan Datang Menguji
48. Bertemu Ibu Santau





BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 3) - Cetakan Kelima (1997)

49. Rahsia Sebuah Kolam
50. Manusia Harimau
51. Rahsia Seorang Sahabat
52. Sebilah Keris Aneh
53. Ghaib Dalam Bas
54. Penunggu Rotan Semambu
55. Mamat Bukit Yang Gagah
56. Bomoh Terjun
57. Sumpah Selendang Merah
58. Ilmu Papan Sekeping
59. Kelawar Pontianak
60. Lumpuh Di Kaki













BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 7) - Cetakan Pertama (1990)

97. Udin Tarzan Yang Tewas
98. Tubuh Terapung Di Udara
99. Kaki Berbulu
100. Orang Tua Misteri
101. Muncul Dan Hilang Sekelip Mata
102. Rahsia Sebuah Rumah Tinggal
103. Jamung Tengah Malam
104. Dikuasai Suara Aneh
105. Mandi Di Ambang Pintu
106. Harimau Sembunyi Kuku
107. Makhluk Aneh Di Dusun Durian













BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 8) - Cetakan Keempat (1998)

108. Nisan Bergerak
109. Ilmu Suhaimi Keraba
110. Kura-Kura Mata Hijau
111. Kelawar Hisap Darah
112. Kepala Ke Langit
113. Kitab Kejahatan
114. Hitam Separuh Badan
115. Pulang Dari Kubur
116. Budak Ganjil Tanpa Pakaian
117. Ilmu Telapak Pasir Merah
118. Kena Serbuk Tulang
119. Bayang Hitam Datang Lagi













BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 13) - Cetakan Pertama (1997)

168. Rahsia Gadis Kerinci
169. Mendengar Suara Ganjil
170. Di Bilik Misteri
171. Mia, Gadis Harimau
172. Lembaga Di Pintu
173. Samion Bongkar Rahsia
174. Gadis Muncul Waktu Subuh
175. Calon Suami Gadis Harimau
176. Memanggil Makhluk Halus
177. Jumpa Di Kubur Lama
178. Diburu Penunggu Rumah Lama
179. Kain Hitam Pembalut Tubuh














BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 14) - Cetakan Pertama (1998)

180. Dirasuk Kucing Jantan
181. Rahsia Di Hujung Kampung
182. Jadi Hamba Iblis
183. Matanya Mula Merah
184. Pengawal Bertelinga Kuda
185. Merebut Geliga Naga
186. Ular Hitam Jelmaan Jin
187. Saka Nenek Moyang
188. Bahana Duri Ikan Pari
189. Tulang Pari Keluar Di Leher
190. Ayah Perkosa Anak Kandung
191. Kubur Dipanah Petir
192. Makhluk Aneh Usung Mayang
193. Daging Pipinya Relai












BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 15) - Cetakan Pertama (1999)

194. Terapung Di Atas Kubur
195. Terkapar Di Pangkal Pokok
196. Dikejar Ulat Bangkai
197. Rahsia 4 Peti Hitam
198. Terkapar Di Halaman Rumah
199. Makhluk Halus Dalam Darah
200. Berakhirnya Sebuah Kutukan
201. Tak Dapat Kawal Perasaan
202. Perempuan Berekor Harimau
203. Harimau Menangis
204. Tinggallah Duka Tinggallah Sayang
205. Dara Berat Jodoh
206. Didatangi Kelawar Mata Merah
207. Manusia Kabus











BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 16) - Cetakan Pertama (2000)

208. Dara Dimakan Sumpah
209. Dendam Dari Bilik Rahsia
210. Mangsa Susuk Ibu
211. Susuk, Gadai Anak
212. Anak Sulung Nikah Seludang
213. Tak Rela Mati Katak
214. Dendam Dukun Banten
215. Lembaga Hitam Tanpa Kaki
216. Raja Susuk Mati Di Masjid
217. Mayat Berbau Wangi
218. Menjunjung Songkok Hitam
219. Rahsia Pondok Raja Susuk
220. Suara Azan Dalam Rimba Raya
221. Diusik Harimau Raja Susuk


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad