Lima sekeluarga diserang api misteri

Zainab Sulaiman melihat api misteri yang berlaku di kediamannya baru-baru ini di Kota Bharu.- pix ihsan Zulhanifa Sidek

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)

Bomba sifatkan kes 'api misteri' sebagai luar biasa

Sebuah keluarga di Kampung Penambang Bunga Emas, dekat sini dihantui dengan ’serangan’ api misteri sejak 4 hari lalu.



Sejak empat hari lalu, kejadian itu membakar lebih 100 pakaiannya dan ini adalah kejadian pelik yang berlaku di rumahnya selama 32 tahun beliau mula mendiami rumah itu.

MASIH tiada pihak yang berjaya membongkar misteri api membakar beberapa barangan dan bahagian rumah milik Zaharah Sulaiman, 73, di Kampung Penambang Bunga Emas, Kelantan.


Lebih menyeramkan, gangguan tersebut bukan setakat kemunculan api tetapi keluarga terbabit turut menghadapi beberapa lagi gangguan aneh lain.

Antara kejadian aneh itu ialah duit hilang tetapi dipulangkan semula, tilam dipenuhi telur pecah dan hirisan bawang goreng bertaburan serta tong beras dituang sirap dan budu.

Picture
ZAINAB melihat serangan api misteri yang berlaku di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu semalam.

Penghuni rumah itu, Zainab Sulaiman, 73, memberitahu, beliau tinggal di rumah tersebut sejak 32 tahun lalu tetapi api misteri tersebut hanya muncul sejak Isnin lalu dan telah membakar lebih seratus pasang baju miliknya serta menantu dan cucu beliau selain beberapa dua buah tilam dan langsir juga turut terbakar secara tiba-tiba.

“Kira-kira pukul 11 pagi tiga hari lalu, saya terbau hangit seperti ada benda terbakar dan sebaik memasuki bilik, saya terkejut apabila bilik tersebut berasap dan beberapa pakaian di dalam almari terbakar sebelum mengeluarkannya dan memadamkan api.


“Sejak dari itu api tersebut banyak kali muncul dan membakar pakaian termasuklah hari ini (semalam) sahaja, sudah lebih lima kali ia muncul dan kami terpaksa berjaga-jaga sehingga tidak tidur pada waktu malam kerana bimbang berlaku kebakaran,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Serangan api misteri masih ekori keluarga Sidek

Picture
MOHD. SIDEK menunjukkan pakaian yang terbakar kepada Ahmad Fadzly di rumah sewanya di Bandar Baharu, Kulim semalam.

Walaupun telah berpindah ke rumah baru, serangan api misteri masih berlaku dalam kehidupan keluarga seorang penoreh getah, Mohd. Sidek Hamid, 51, sejak 30 November lalu.

“Saya tidak tahu ke mana hendak pergi lagi setelah rumah lama kami di Kampung Cerok Meranti, Mukim Sungai Batu, Serdang diserang api misteri.

“Saya ingat segalanya akan berakhir apabila pindah ke rumah lain tetapi nampaknya api misteri itu masih mengekori kami sekeluarga,” kata Mohd. Sidek ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Kelisa Emas, Bandar Baharu semalam.


Menurut Mohd. Sidek, api misteri yang muncul berulang lagi di rumahnya telah menyebabkan banyak barangannya musnah.

Antara barang yang terbakar ialah baju, seluar dan kasut sekolah milik dia dan anaknya.


“Serangan api misteri ini kerap berlaku ke atas diri saya dan anak perempuan saya, Zuraidah, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selama.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad