GEMPAR : Penduduk Indonesia Tangkap Kelawar Dan Babi Disyaki Curi Duit Orang
Warga indonesia digemparkan dengan babi dan kelawar jadian mencuri duit orang kampung
SITUBONO - Penduduk kampung Sletreng di daerah Kapongan gempar dengan penemuan seekor kelawar yang disyaki seekor haiwan jadian.
Haiwan itu yang kebiasaannya ditemui berkeliaran pada waktu malam ditangkap ketika memasuki rumah seorang penduduk tempatan bernama Muhlis.Selepas haiwan misteri itu berjaya ditangkap, berita mengenainya mula tersebar luas di kampung-kampung lain.
Ekoran itu, dalam masa yang singkat, rumah Muhlis mula dibanjiri orang ramai yang mahu melihat sendiri haiwan berwarna jingga itu yang disyaki jelmaan ilmu hitam.
"Sebaik sahaja mendengar cerita mengenai penemuan haiwan itu, saya terus teruja dan mahu melihat sendiri kelawar berwarna aneh itu," kata Syamsul, seorang penduduk di kampung tersebut.Muhlis mengakui sukar untuk menangkap haiwan pelik itu yang didapati masuk ke ruang tempat simpanan duit di rumahnya.
"Kelawar itu didapati tangkas dan susah untuk ditangkap.
"Haiwan itu hanya berjaya ditangkap setelah saya tidak memakai baju," kata Muhlis.
Bagi mengetahui sama ada kelawar itu haiwan jadian, ia perlu dimasukkan ke dalam sebuah balang kaca. Jika ia merupakan haiwan jadian, maka pemiliknya akan mengambilnya kembali kerana ia sukar bernafas. - AGENSI
Makhluk jadian sering dikaitkan dengan perkara-perkara mistik sama ada ia benar-benar ditemui atau sekadar satu cerita dongeng. Baru-baru ini di Situbondo, Jawa Timur gempar diperkatakan tentang penangkapan seekor babi yang dilihat bersaiz kecil. Haiwan ini dipercayai merupakan seekor babi jadian yang telah mencuri wang penduduk kampung.
SITUBONDO, Jawa Timur – Penduduk desa Pesanggrahan di sini dihebohkan dengan penangkapan seekor babi yang percayai makhluk jadi-jadian atau lebih dikenali sebagai babi ngepet.
Makhluk tersebut yang berukuran 30 sentimeter panjang dan seberat tiga kilogram ditangkap ketika haiwan itu masuk ke halaman sebuah rumah penduduk di sini.
Babi ngepet itu kemudiannya diserahkan kepada ketua kampung, H. Abdurrahman yang mengurung haiwan berkenaan di dalam kandang di rumahnya.
“Sejak berita penangkapan babi ngepet itu, rumah saya tidak putus-putus dikunjungi orang ramai, tidak kira dari dalam kampung atau luar daerah.
“Saya terpaksa mengurung haiwan ini di dalam kandang bagi mengelakkan penduduk membunuhnya,” katanya kepada suaramerdeka.com.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Sofi mengakui, sebelum babi ngepet itu ditangkap, banyak laporan kehilangan wang berlaku di kampungnya.
Malah katanya, ramai penduduk melihat kelibat babi itu berkeliaran pada setiap malam.
“Sudah lama kami memburu babi ngepet itu kerana setiap kali penduduk kampung melihat kelibat babi itu pada waktu malam, maka keesokannya pasti ada penduduk yang mengadu kehilangan wang,” katanya. – AGENSI
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87