AWAS Wanita! Lelaki Misteri Cuba Jerat Pelajar Perempuan guna Santau


AWAS! Lelaki Misteri Cuba Jerat Pelajar Perempuan

Kejadian dirakam pada 8/8/2014 kira-kira jam 5 petang oleh pelajar perempuan tingkatan 5 di hadapan Sekolah Menengah Saujana Utama, Sungai Buloh.


Penunggang motosikal berkenaan mendekati beberapa pelajar perempuan dan menceritakan tentang kematian bapanya. Lelaki itu kemudian bertanya sama ada mereka mengenali mana-mana rumah orang kaya bagi membolehkan dia meminta bantuan kewangan serta minta ditunjukkan jalan.

Apabila tidak dilayan, lelaki berkenaan cuba berkenalan dengan pelajar perempuan yang ada di situ selain dari bertanyakan alamat dan nombor telefon mereka. Dia juga memperkenalkan dirinya sebagai Din dan memberikan nombor telefonnya (017-3131093) untuk menjadi abang angkat.

Post by UBAH.

Sekali lagi pelajar perempuan yang ada pada waktu itu tidak mengendahkan lelaki terbabit.  Lalu lelaki itu mula terkumat kami membaca beberapa patah ayat sebelum beredar.

Selepas menonton video yang dirakam berkenaan, rakan-rakan pelajar perempuan tersebut mengesahkan mereka juga pernah didekati oleh lelaki yang sama dengan kisah yang sama ketika menjamu selera di KFC Saujana Utama pada 11 Jun 2014.

Menurut sumber terkini, lelaki berkenaan masih bebas dan merayau-rayau di kawasan sekolah dan Saujana Utama. Mohon ibu bapa nasihatkan anak-anak perempuan yang tinggal di kawasan Saujana Utama, berhati-hati. 

Lihat video di atas
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad