KETAHUI KAEDAH MEMBUANG SAKA

KETAHUI KAEDAH MEMBUANG SAKA

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)


Kata orang JANGAN AMBIL, JANGAN BUKA, JANGAN BAWA BALIK, JANGAN GANGGU Atau jika terlekat di mata kail semasa memancing, LETAK BALIK dan baliklah ke rumah.

Terlalu banyak kaedah membuang saka...Namun perlulah difahami..apakah yang dikatakan buang dan menghalau...

Jika halau maksudnya setakat dihalau sahaja...Saka boleh aje datang kembali....


Seseorang yang Soleh..mudah sahaja menghalau Saka dari dirinya..namun..Saka tersebut masih ada disekitar...Saka jenis ini akan menganggu atau datang kembali sewaktu Nazak..Atau turun kepada waris2 yang tidak warak......

Maka sebaiknya dibuang...Kalau betul kaedah dan caranya..tiadalah Saka kembali lagi...

Antara kaedah membuang saka ialah memutuskan perjanjian dengan saka tersebut...
Memutuskan perjanjian boleh dilakukan dengan sebaris ungkapan atau mengikut apa jua kehendak Saka seperti yang termaktub dalam perjanjian awal...Namun cara ini kurang sesuai kepada Saka yang berkeras tidak mahu memutuskan tali ikatan...lebih-lebih lagi Saka Kafir.

Kaedah ini sesuai untuk Saka yang memang mahu menamatkan kontrak lebih awal..seperti JIN Islam yang sudah tidak mahu terikat dan mahu beramal ibadah menanti ajal..Maka mereka hanya perlu dilafaskan kata2 pemutus sahaja...maka dengan rela hati mereka akan pergi buat selamanya...

Kaedah Paksaan seperti Kaedah Darul2 yakni mengaji beberapa Surah Al-Quran tidak beberapa berkesan..kerana kebanyakan Saka tidak duduk didalam diri waris...Ia hanya sesuai untuk saka yang sudah mula merasuk atau mendiami waris keran tidak berjaga atau melanggar janji...Saka2 jenis ini memang akan lari sebentar..tapi paling lama akan datang kembali dalam 3 bulan...atau menganggu ahli keluarga waris yang lain...

Kaedah mengunci Saka dalam sesuatu temnpat atau pada sesuatu tempat adalah jauh lebih berkesan dari Terapi Al-quran...Kuncian Saka biasanya menggunakan benang yang diikat pada sebatang besi mengikut apa yang dipelajari dari guru...Hancur besi..maka terlepaslah saka...Maka ada juga perawat menggunakan Besi Chrome...


Satu kaedah yang biasa ialah meletakkan Saka didalam botol...ada yang menghanyutkannya dan ada juga yang menanam botol dalam simen dan membenamkannya didalam dasar laut atau sungai...Kaedah ini juga akan menyebabkan saka tidak akan kembali lagi...Namun ia agak kejam kerana berlaku pengurungan terhadap saka..Maka ada setengah perawat hanya menggunakan teknik ini untuk saka yang jenis jahat dan kafir sahaja...

Kaedah memukul Waris dengan Kayu Nona amatlah menyakitkan dan tidak lah berkesan sangat lantaran bergantung kepada ketahanan Waris ketika di pukul...JIn Saka yang tidak tahan akan keluar...dan mungkin masuk balik kepada Waris atau keturunan yang lain yang jauh..Ini kerana kaedah ini hanya menjauhkan sahaja..bukan membunuh atau membuang...


Kaedah yang amat lazim digunakan ialah perawat meminta waris Saka membawa apa2 barangan mistik untuk dilupuskan...Namun bukan semua barangan mistik berkhadam itu dapat dicari. Kaedah ini juga kurang mantap sebagaimana yang DEN terangkan dalam bab barangan berkhadam...

Ada juga kaedah menipu saka..yakni disuruh Saka menjaga sesuatu yang mustahil..antaranya menjaga jagung yang telah direbus sehingga menjadi tumbuhan jagung dll...telur rebus sehingga menetas..Ini amat sesuai untuk Saka bertahap bodoh dan rendah..

Ada juga kaedah peranyut..biasanya sebilangan barangan seperti bunga, bertih dll diperlukan..Suatu medium diperlukan untuk menghanyutkan saka tersebut.. Biasa dihanyutkan di sungai atau laut atau di benamkan dalam paya mati dihutan...Saka2 tersebut boleh bebas apabila kawasan tempat disemadikan mereka dibongkar..seperti paya mati yg dahulunya ditengah hutan sekarang sudah dikambus lantaran permintaan hartatanah...Mana2 hanyutan yang tersangkut di sepanjang sungai juga jika di buka...akan menyebabkan Saka boleh terlepas...

Kaedah jurus...Kaedah jurus amat cepat..namun bergantung kepada jenis saka juga..Dahulu Den selalu menggunakan kaedah ini...Namun kebersanannya tidaklah 100%.
Kaedah Jurus boleh saja melalui senjata-sanjata ghaib atau terus dari kaedah makrifat dan pernafasan. Kaedah ini berkesan kepada saka yang terdiri dari JIN2 Kafir dan yang bertahap rendah seperti Hantu Raya, Pelesit, Polong, Pontianak. Toyol...Namun pada yang bertahap Jin bertanduk Rusa ataupun Puaka ataupun Jin yang boleh memecahkan diri kepada beberapa jumlah tertentu ( JIN sebegini memang tidak dapat dibunuh melalui kaedah Sembelih yang di praktiskan oleh beberapa Darul dan perguruan ). Kaedah ini juga dikira agak kejam..lebih lebih lagi kepada Jin Saka yang beragama Islam..

Kaedah Sedulur Papat 5 Pancer (Saudara 4, 5 Pusat) - kaedah ini amat berkesan dan tiadalah saka kembali lagi walaupun tiada berlaku pembunuhan terhadan saka...DEN mengambil pendirian adalah berdosa membunuh makhluk Allah termasuk juga menyeksa tanpa alasan yang jelas...Kaedah ini amat pantas dan tidak menyakitkan serta boleh dibuat secara jauh sahaja...Masa diambil ialah dalam 10 detik...Sukses rate ialah 100%..Namun kaedah ini hanya boleh membunag saka..satu demi satu sahaja pada satu satu masa...Maknanya kalau Pesakit ada 5 saka..maka masa yang diambil adalah lebih kurang 50 detik...Lumayan bukan...


Amat sesuai untuk saka diri..namun untuk saka keluarga juga boleh cuma agak lama sedikit...

Kaedah Ilmu Lam Jalalah...Kaedah ini amat cepat..cuma yang pastinya kena tahu kuncinya..boleh membuang saka dibawah sepuluh detik...dan berita baiknya ialah kalau seseorang itu ada 5 saka..masa yang diambil tetap dibawah 10 detik....begitu juga kalau 100 saka....Cuma cara ini perlu diamanahkan...kalau tidak, kita telah menganiaya makhluk2 Allah....

Kaedah Scan...kaedah ini amat pantas..namun bukan semua dapat perawat dapat menguasainya...bertanyalah kepada Guru anda..itupun kalau dia sudah melepasi tahap malaikat diri...Ia hanya melibatkan niat perawat sahaja..Jin2 saka datang menyerah diri tidak kira dari 7 keturunan pun..Biasanya ini akan melibatkan ratusan Jin Saka yang biasanya melebihi 500 ekor meliputi semua keturunan samada sebelah ayah dan ibu.
Kaedah ini sesuai unutk Saka Diri, Keluarga, Keturunan dan adat....Tiada berlaku penganiayaan terhadap makhluk Allah...

3 kaedah terakhir boleh membuang saka walau apa pun jenis Hantu, Jin , Dewa dan Roh Gentanyangan ( Roh Gentanyanngan hendaklah dipulang ke alam barzah, tidak boleh ditempatkan bersama denagan makhluk lain yang belum marasai mati )...Asalkan benda Ghaib selain malaikat dan Aulia semuanya boleh dikaut dan buang...

Kaedah yang tertinggi setakat ini ialah pada martabat KUN...Namun tidak perlulah DEN bincangkan lebih lanjut lagi.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad