Kisah Misteri Roh Zona Muncul Rungkai Punca Kematiannya !!


MESTI BACA !! Misteri Roh Zona Muncul Rungkai Punca Kematiannya !!

Pada bulan Oktober 1896, bibit percintaan telah mula bersemi antara seorang gadis dan pemuda yang datang menetap ke bandar Greenbrier, barat Virginia, Amerika Syarikat.

Gadis tempatan itu bernama Elva Zona Heaster. Manakala pemuda yang bekerja sebagai tukang besi itu adalah Erasmus Stribbling Trout Shue yang juga lebih dikenali sebagai Edward.

Dalam sekelip mata mereka mula jatuh cinta, pasangan itu kemudiaannya mengambil keputusan untuk berkahwin, walaupun hubungan itu ditentang keras oleh Mary Jane Heaster, ibu Zona.

Jauh disudut hati, Mary merasakan Edward bukanlah lelaki yang baik dan sesuai untuk anaknya .

Namun tidak sampai tiga bulan hidup bersama, satu tragedi duka telah menimpa pada tanggal 23 Januari 1897. 

Seorang budak lelaki yang datang ke rumah pasangan itu setelah disuruh oleh Edward untuk melihat isterinya, dikejutkan dengan penemuan mayat Zona yang terbaring kaku di kaki katil .



Budak itu berlari pulang lalu memberitahu ibunya tentang Zona, lalu si ibu menghubungi Dr. George W. Knapp. 

Hanya sejam kemudian, baru doktor itu tiba di rumah Zona bagi melihat keadaan Zona .

Ketika itu, Edward sudah pulang ke rumah . Dia telah mengangkat mayat isterinya dan dibaringkan di atas katil. 

Dia turut membersih dan menukar pakaian Zona, memakaikan mayat isterinya dengan gaun berkolar tinggi.

Edward terus sahaja memangku leher Zona dan menangis teresak-esak ketika Dr. Knapp menjalankan pemeriksaan ke atas mayat itu. 


Namun, apabila hendak memeriksa bahagian leher dan kepala mayat, pemeriksaan Dr. Knapp terhalang kerana Edward tidak mahu berenggang daripada mayat isterinya.

Keesokan harinya , mayat Zona telah sedia untuk dikebumikan. Namun, tindakan Edward kelihatan agak pelik. 

Dia sentiasa berdiri disamping keranda Zona dan tidak membenarkan pelawat datang terlalu dekat dengan keranda Zona .

Dia turut menyangga kepala mayat isterinya dengan bantal sehingga menimbulkan banyak persoalan . 

Edward turut menutup bahagian leher mayat itu dengan mengikatkan sehelai selendang yang tidak sesuai. 

Bila dia ditegur, Edward berkeras mengatakan itu adalah selendang kegemaran isterinya.

Dari pandangan orang luar, mereka menyangka itu adalah tanda kasih sayang Edward terhadap isterinya . 

Tetapi ianya tidak bagi Mary, ibu Zona. Dari awal lagi, naluri keibuannya amat kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kematian anaknya itu .

Apatah lagi sewaktu membasuh kain pelapik keranda, Mary terhidu bau yang kurang menyenangkan .

Air basuhan dalam besen bertukar kemerahan seketika sebelum jernih semula.
Kejadian aneh itu meyakinkan hati Mary bahawa Zona sebenarnya telah dibunuh kejam . 

Lalu, setiap malam Mary akan berdoa dan meminta agar anaknya 'kembali' untuk menceritakan perkara sebenar.

Empat minggu kemudian, doa Mary dimakbulkan . Zona hadir dalam mimpi Mary selama empat malam berturut-turut . 

Dalam mimpi itu, Zona telah menceritakan bahawa dia telah diseksa oleh Edward dengan begitu kejam . 



Pada malam sebelum kematiannya, berlaku pertengkaran hanya kerana berang dengan masakan Zona, Edward menyerang dan memusingkan leher isterinya sehingga patah lalu menemui ajal.

Hanya berdasarkan penceritaan daripada 'roh' anaknya itu , Mary bersungguh-sungguh meyakinkan John Alfred Preston, seorang pendakwaraya untuk membuka kertas siasatan baru berkenaan kematian anaknya .

Walaupun dia teragak-agak dan belum pernah membuat dakwaan berdasarkan kejadian yang diceritakan oleh 'hantu', namun Preston tetap setuju membantu.

Dr. Knapp telah dipanggil semula dan mengakui tidak dapat menjalankan pemeriksaan lengkap pada mayat Zona kerana tingkah laku Edward yang tidak mahu melepaskan mayat isterinya ketika itu.

Lantas, Preston mendapatkan arahan agar mayat Zona digali semula untuk dilakukan autopsi secara menyeluruh. 

Pada 22 Februari 1897, mayat Zona dikeluarkan walaupun ianya ditentang keras oleh Edward.

Hasil pemeriksaan penuh mendapati, leher Zona mengalami kecederaan parah. Ligamennya terkoyak dan pecah. 

Pada bahagian kerongkongnya, terdapat bekas jari menandakan dia turut dicekik dengan kejam sehingga menemui ajal .

Berdasarkan hasil autopsi, ditambah dengan cerita jiran tentang kelakuan pelik Edward sewaktu majlis pengebumian Zona, akhirnya Edward ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan atas tuduhan membunuh isterinya.

Sewaktu Edward dalam tahanan menanti perbicaraan, siasatan terus dilakukan terhadap masa silamnya. Didapati, Edward pernah berkahwin dua kali sebelum itu.

Perkahwinan pertama berakhir dengan perceraian. Bekas isterinya menceritakan, Edward seorang yang kejam dan suka mengasarinya. 

Perkahwinan kedua pula hanya bertahan kurang dari setahun apabila isterinya mati dalam keadaan misteri.

Atas segala bukti dan fakta yang berjaya dikumpulkan, Preston berjaya mengaitkan penglibatan Edward dengan kematian Zona. 



Setelah mendengar segala keterangan, para juri sepakat mendapati Edward bersalah lalu menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat. 

Edward menemui ajal ketika di dalam penjara pada September 1916 angkara wabak penyakit yang menyerang pada zaman itu.

Kes ini telah mendapat liputan secara meluas kerana untuk pertama kalinya ianya disebut dalam perbicaraan tentang 'hantu' yang membantu merungkai punca kematian tersebut.

Malah, kerana bantuan 'hantu' juga, pesalah akhirnya berjaya didakwa dan dijatuhkan hukuman. 



Oleh Kerana itu, satu tanda peringatan telah didirikan berhampiran kubur Zona. 

Pada papan tanda itu tertulis kisah Zona, gadis yang ditemui mati pada tahun 1897 sebelum rohnya muncul dalam mimpi ibunya, memberitahu tentang perbuatan suaminya yang kejam.

Kisah Zona turut dikenali dengan julukan The Greenbrier Ghost! 
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad