Gempar! Penduduk dua kampung di Jerteh Terengganu diserang histeria

Gempar! Penduduk kampung di Jerteh Terengganu diserang histeria

Dua kampung di dalam daerah ini semalam di gemparkan dengan kejadian histeria yang berlaku semula selepas mengganggu sekolah berhampiran iaitu sekolah kebangsaan Bukit Puteri minggu lalu yang sekarang berlarutan hingga ke kampung mereka.

M enurut kenyataan dari pengerusi Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) SK Bukit Puteri, Encik Ghazali Omar bahawa kejadian histeri telah terjadi 2 minggu lepas dimana 10 orang pelajar telah meracau secara tiba-tiba selama 3 hari.

"Pada hari pertama kira-kira 10 murid kebanyakan perempuan tahun 4 dan 5 histeria.Sebelum kejadian tersebut berlaku murid-murid mendakwa melihat lembaga hitam dalam kawasan sekolah tersebut.

"Pada hari kedua, kira-kira enam murid daripada 10 murid yang sama diserang histeria lagi, manakala pada hari ketiga pula melibatkan murid lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Solat Hajat di SK Bukit Puteri anjuran bersama PIBG dan pihak sekolah, malam kelmarin

Pihak sekolah telah mengambil pelbagai inisiatif  dengan mengadakan solat hajat, memanggil tokoh agama dan pengamal perubatan islam untuk memastikan kejadian ini tidak berulang.

walaubagaimanapun,kajadian tersebut telah berjangkit kepada orang kampung pula sekarang apabila ada orang kampung telah diserang histeria.Kampung yang terlibat adalah Kampung Tok Has dan Lay Out Tok Has.

“Saya tak berani nak sahkan sama ada apa yang berlaku di kampung tersebut ada kaitan dengan di sekolah kerana kejadian di kampung turut membabitkan orang dewasa,” katanya.

Ada penduduk mendakwa kejadian ini berpunca daripada rumah lama yang dirobohkan berhampiran dengan sekolah baru-baru ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad