Jin menyukai darah berlumuran di Tanah!

Jin menyukai darah berlumuran di Tanah!

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)



Tahukah anda ada jenis Jinn yang sukakan darah manusia?

Tapi darah manusia yang bagaimanakah Jinn mahu?

Jinn tidak mahu darah manusia yang dibubuh dalam bekas molek-molek atau tabung darah.

Kalau Jinn mahukan begitu sudah lama Pusat Darah Negara (nama lama : Pusat Tabung Darah Negara) dikerjakan dan sudah pasti Pusat Darah Negara tutup sebab Jinn asek mengerjakan darah yang ada dalam Pusat Darah Negara.

Jadi darah bagaimana yang Jinn mahu?

Jinn mahukan darah yang disimbahkan ke atas muka bumi atau di atas tanah. Sebab Jinn gemarkan darah-darah yang mengalir di atas muka bumi. Darah-darah manusia yang tercecah di atas tanah atau muka bumi bagi makhluk Jinn yang gemar darah ini sama seperti manusia memakan makanan yang telah dimasak.

Jika manusia ingin memasak makanan maka manusia menggunakan bahan asal-usul kejadian Jinn iaitu api untuk membakar dan memasak makanan. Sebaliknya bagi Jinn pula menggunakan bahan asal-usul manusia iaitu tanah. Bila tertumpah sahaja darah di atas bumi Jinn sangat-sangat menggemarinya. Bau darah yang tercecah di atas tanah bagi Jinn mempunyai bau yang sangat harum dan sangat menyelerakan.

Pernah terjadi satu kemalangan jalanraya dengan mangsa kemalangan hingga ada yang terputus badan. Maka darah pun bagai menyimbah-nyimbah di lebuhraya. Ketika kerja-kerja pembersihan di kawasan kemalangan tersebut dijalankan hari hampir waktu senja. Pada masa itulah pekerja-pekerja yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut dapat mendengar bunyi makhluk-makhluk dari hutan berhampiran ketawa mengilai-ngilai yang mengerikan jika didengar.

Takut dan rimas dengan bunyi tersebut, para pekerja yang bertugas itu tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian. Sebaik kenderaan para pekerja meluncur perlahan untuk beredar salah seorang pekerja menoleh ke belakang dan alangkah terkejutnya dia melihat sekumpulan makhluk-makhluk Jinn sedang menari-nari sambil menjilat-jilat jalanraya yang dipenuhi dengan darah itu. Lidah Jinn tersebut dikatakan begitu panjang.

Jinn tidak perlu membongkok atau merangkak ke tanah untuk menjilat darah-darah yang berada di tanah. Dengan hanya berdiri selamba sahaja jinn menjilat tanah yang berlumuran darah.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad