TETAMU PUNCAK BUKIT KUBONG, WP LABUAN
Gambar ini dirakam pada hari Khamis. Ketika itu cuaca sedikit panas dengan hujan renyai2. Lokasi gambar di atas puncak Bukit Kubong, WP Labuan.baru2 ni viral penampakan ganjil dari seorang journalist malaysia Zaliha Hassan member aku suh carik ni aku x tahu jumpa ke tak ni...
susah nak nampak lepas enhance ckit baru nampak ermm tak tahulah mata aku ni pandai gila best plak carik2 hantu :D
ni lah perolehan hasilnya yang no 5 dalam petak ada wanita berselindang ngan hantu monyet kat pokok kelapa (ke pokok pinang??)
Malam ini baru saya menyedari rupanya 'ada objek lain berkilau putih wujud' di antara saya dengan lelaki berjaket biru (pembantu Jabatan Muzium WP Labuan).
Keghairahan meneruskan penyelidikan tinggalan kesan sejarah arangbatu, menemukan saya dengan dua lokasi kubur lama yang terletak di atas puncak Bukit Kubong yang jarang dijelajah oleh masyarakat tempatan.
Malamnya, tiba~tiba sahaja setelah hampir empat bulan menginap di hotel itu, bilik saya berbau wangi harum semerbak sehingga ke Subuh.
Ada tetamu yang 'tidak dijemput dan tanpa undangan menziarahi' saya pada malam itu. Sejujurnya, saya tidak dapat melelapkan mata sehingga ke pagi!
"SEE THE UNSEEN"
Malam tadi sembang lama bersama rakan yang sudah awal menyedari "see the unseen" pada enam keping gambar saya ini.
Sejujurnya tidak semua orang ada kelebihan "see the unseen" di dalam gambar~gambar yang dirakam oleh salah seorang kakitangan Jabatan Muzium WP Labuan, ketika menemani saya melengkapkan kerja penyelidikan di kawasan berhampiran lokasi kubur lama ini ditemui.
Tugasan penyelidikan saya sudah lama berakhir. Tetapi rupanya dalam ertikata sebenar, tugasan saya belum lagi berakhir dan selesai.
Ada satu lagi "tanggungjawab dan amanah" yang jauh lebih besar menanti untuk dilunaskan dengan sesempurna mungkin oleh saya yang juga membabitkan Jabatan Muzium WP Labuan. Tugas menyempurnakan "tanggungjawab dan amanah" tersebut juga melibatkan beberapa pihak lain yang lebih arif mengenai hal~hal yang diluar kebolehan saya.
Himpunan gambar ini "cahaya" kepada saya. Selama ini, saya tidak menyedari sedang menggalas satu lagi "tanggungjawab dan amanah" yang terlalu besar.
AllahuAkhbar...Besarnya Kuasa Allah yang memperlihatkan kepada saya "see the unseen" melalui rakaman gambar ini. Alhamdulilah!!!
Sejujurnya kelewatan melunaskan "tanggungjawab dan amanah" tersebut bukan disengajakan tetapi akibat kekihlafan diri yang sebenarnya saya sendiri tidak sedari.
Semoga di hari Jummat yang penuh keberkatan dan penghulu pada segala hari ini, saya terus diberikan kekuatan untuk melunaskan "tanggungjawab dan amanah" dengan segala kesempurnaan dan kemuliaan.
AMIN.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87