Jururawat dedah terkena gangguan makhluk halus

Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
'Aku ikut dia selepas dipotong tali di...' - Jururawat terkena gangguan makhluk halus

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka.

HARI ini merawat seorang jururawat yang terkena gangguan. Balik dari kerja minggu lepas, tiba-tiba perut beliau kembung, sendawa, sakit kepala. Buat pemeriksaan, doktor hanya mengesahkan angin gastrik sahaja. Tekanan darah semuanya normal, kencing manis semuanya tiada apa masalah.

Tetapi apabila balik ke rumah, kepala menjadi berat. Masuk waktu asar, berdebar-debar gelisah tanpa sebab. Masuk waktu maghrib, mata jadi mengantuk sangat-sangat. Masuk waktu maghrib mesti nak tidur.

Di tengah malam pula susah nak tidur. Seolah-olah diperhatikan seseorang. Belakang kepala tengkuk belikat rasa berat, lenguh, rasa sakit. Disebabkan ia berlarutan sehingga seminggu, rawatan di hospital tiada perubahan, atas nasihat kawan-kawan, beliau datang untuk mendapatkan rawatan.

Sebelum ini beliau kurang percaya tentang masalah gangguan makhluk halus ini. Ketika datang berjumpa dengan saya, badannya lemah sangat-sangat. Kata beliau nak makan jadi macam tersangkut, tercekik, tersedak. Ada masanya susah nak bernafas. Bila masuk makanan, nak muntah balik.

Disebabkan itu beliau menjadi stress. Di tempat kerja pula kerap sakit-sakit sendi di seluruh badannya. Bila saya ruqyah beliau, ternyata ada gangguan dalam badan. Beliau menjerit sekuat hati ketika diruqyah dengan ayat suci Al-Quran.

Bila ditanya dari mana ia datang, terus beliau menjawab,


"Aku ikut dia selepas dipotong tali di pinggang tuan aku."

Saya: "Tali apa?!"

Pesakit: "Tali yang dipakai tuan aku sekian lama. Tuan aku tak pernah buka tali yang dipakai di pinggangnya sejak tuan aku mengambil aku dulu."

Tanpa membuang masa, saya sambung ruqyah. Dengan Izin Allah, Alhamdulillah dapat keluarkan jin yang menumpang itu. Bila beliau sedar, saya tanya beliau, ada tak puan buka tali tangkal dari pesakit?

Ya, memang ada. Di wad yang beliau jaga, setiap kali pesakit meninggal dunia, adalah tugas beliau untuk mengemaskan apa yang ada pada badan jenazah.

Memang minggu lepas ada seorang jenazah wanita sakit tua meninggal dunia. Memang dia ada pakai tangkal hitam diikat di pinggangnya. Seperti biasa, beliau akan memotong tangkal tersebut sama ada i tangan atau tempat lain, memang beliau akan potong dengan tujuan untuk mengemaskan jenazah.

Memang beliau teringat, ketikat dia memotong tali ttersebut, seolah-olah ada rasa angin masuk dari belakang beliau. Sejak dari itulah beliau kerap sakit badan. Bila masuk waktu malam dia sukar tidur, kerap mimpi budak, mimpi dikejar orang, mimpi tempat kotor, mimpi seseorang yang tidak dikenali nak bagi sesuatu, mimpi ular dan macam-macam lagi mimpi yang menakutkan.

Syukur Alhamdulillah selepas rawatan, beliau ada menghubungi saya dan beritahu keadaannya yang semakin sembuh. Tiada lagi sakit-sakit badan seperti sebelum ini.

Jika anda (terutamanya jururawat atau kakitangan hospital) sesuatu seperti tangkal pada jenazah yang mesti dipotong, caranya mudah sahaja. Sebelum potong tangkap tersebut, pegang tali tangkal itu lalu bacakan:
Al-Fatihah 3 kali
Al Ikhlas 7 kali
Ayat Qursi 3 kali
Selawat 3 kali

Kemudian mohon kepada Allah agar dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak diingini. InshaAllah dengan izin Allah akan dilindungi Allah dan terhindar dari gangguan makhluk halus. Moga dijauhkan ia berlaku pada diri dan keluarga kita. Aamiin.

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad