Makhluk halus berkepala besar ditemui di Keningau, Sabah

Makhluk halus berkepala besar ditemui di Keningau, Sabah

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)


Makhluk halus ditemui berkepala besar, tanpa kaki dan tangan di Kampung Kapayan Baru dekat sini! Ia benar-benar wujud dan menakutkan – akui Rapail Igau, 49.

IMEJ makhluk halus yang duduk membelakang di atas anjing belaan Rapail, di Ampangan Pengairan Kg. Kapayan Baru Keningau.

Rapail yang merupakan seorang kakitangan Yayasan Sabah memberitahu dalam satu pertemuan eksklusif, beliau tanpa sengaja berjaya merakam kewujudan makhluk halus itu, dengan menggunakan kamera telefon bimbit pada 21 Okt lepas.

Imej yang didakwa mak- hluk halus itu kemudian diuji ketulinan, dengan menggunakan beberapa kaedah dan mendapati ia benar-benar asli.

Menurutnnya, waktu petang kira-kira jam 4.30 pada tarikh berkenaan beliau yang diekori oleh seekor anjing belaannya, melawat lokasi Ampangan Pengairan Kg. Kapayan Baru yang baru sahaja siap pembinaan.

Katannya beliau merakam beberapa sudut ampangan tersebut untuk tujuan dokumentasi, tetapi tidak menyang ka sekeping daripada kira-kira 20 rakaman gambar menghasilkan imej seperti manusia berkepala ganjil tanpa kaki dan tangan duduk di atas leher anjing belaannya.

Sepohon pokok ara yang wujud sejak tahun 60an terletak hanya satu meter, daripada lokasi anjingnnya berdiri. Pokok itu sejak sekian lamannya dikenali oleh penduduk di kampung itu sebagai berpenunggu atau kisuang-suang dalam bahasa Dusun.

Ampangan air itu dibina bagi mengganti ampangan konvensional atau kinalian, untuk kemudahan pengairan kepada ratusan pesawah di kampung itu.

Sejak awal tahun 60an, kawasan itu terkenal sebagai berpenunggu dan setiap kali penduduk membaiki ampangan kinalian, upacara pen- yembahan dilakukan bagi mengelak gangguan makhluk halus.

Rapail memberitahu, nenek moyang mereka akan menyembelih ayam putih atau babi sebelum aktiviti gotong royong dijalankan bagi membaiki ampangan kinalian itu.

Bagaimanapun katannya, habitat makhluk itu mungkin terganggu ekoran daripada projek pembinaan ampangan moden itu.

Bagaimana ia berjaya dilihat melalui lensa kamera telefon bimbit, menguatkan andaian bahawa makhluk halus mempunyai agenda yang tidak difahami – jelas Rapail dan mengakui, beiau tidak merasai sebarang kelainan atau perubahan emosi seperti takut dan sebagainnya selepas melawat lokasi tersebut.

Ia menguatkan keyakinan saya mengenai kekuasaan Tuhan, jelasnnya.

Apa yang amat jelas tambahnnya, anjing belaannnya kini tidak bermaya dan menunggu masa sahaja untuk mati.

Percaya atau tidak, semua agama di dunia yakin mengenai kewujudan makhluk halus.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad