Histeria lepas nampak hantu

Azrul memberitahu kejadian histeria dalam kalangan pelajar perempuan di sekolahnya menyebabkan ramai resah. - GAMBAR SEKADAR HIASAN

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)


Histeria lepas nampak hantu

BIDOR - Kelibat yang didakwa hantu serta kanak-kanak berkepala besar dikatakan punca sekumpulan 40 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syeikh Abdul Ghani diserang histeria semalam.

BIDOR - Kelibat yang didakwa hantu serta kanak-kanak berkepala besar dikatakan punca sekumpulan 40 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syeikh Abdul Ghani diserang histeria semalam.

Ada antara pelajar itu yang kebanyakannya menuntut di tingkatan dua hingga lima bertindak agresif, menangis, melolong, memaki hamun dan melawan semasa cuba ditenangkan oleh pelajar dan guru sekolah berkenaan.

Picture
SEKUMPULAN pelajar SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor masuk ke dalam surau untuk program keagamaan bagi menbendung kejadian histeria semalam. GAMBAR KECIL: SMK Syeikh Abdul Ghani telah dibelenggu masalah histeria sejak dua bulan lalu sehingga menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terjejas.

Menurut sumber, sekolah itu sudah dilanda kejadian histeria hampir setiap hari sejak dua bulan lalu.

Namun semalam, gangguan yang berlaku dari pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi itu telah memaksa pengurusan sekolah menamatkan sesi persekolahan lebih awal iaitu pada kira-kira 12 tengah hari.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad