MISTERI GADIS GHAIB
Rencana: Misteri
Gadis berusia 22 tahun itu sudah berkali-kali "diculik" dan disembunyikan di tempat-tempat yang aneh seperti dalam mesin pembancuh simen, di kuburan, atas pokok, dalam gua dan sebagainya.
Gadis itu bernama Siti Balqis Mohd Nor dari Jertih, Terengganu. Penculiknya? Dua puluh satu (21) ekor jin!! Mungkin lebih.
Siti Balqis dikatakan telah diculik beberapa kali sejak dua bulan lalu. Beratus bomoh yang cuba merawat tetapi gagal.
Pada Jumaat, 9 Oktober 2010, dua orang orang bomoh telah datang membantu. Sekitar pukul 7:30 malam mereka mula menjalankan tugas. Seorang di dalam rumah membaca jampi dan seorang lagi berjaga di luar sambil membaca mantera.
Lebih kurang 15 minit kemudian bomoh yang di luar ternampak sosok bayang meluru keluar. Sang bomoh mengejar dan berjaya menangkap lembaga itu dan mengurungnya dalam bekas bertutup. Selepas itu 8 ekor lagi ditangkap ketika cuba menyerbu keluar dari rumah gadis itu.
Selepas peristiwa itu maka legalah perasaan ibubapa Siti Balqis. Pada sangkaan mereka masaalah kehilangan gadis itu sudah dapat di atasi.
Dua hari kemudian, Siti Balqis hilang lagi. Nasib baik kumpulan jin yang menculik gadis itu membawa bersama telefon bimbitnya sekali. Agaknya, kumpulan jin tersebut tidak faham apa benda segiempat tu.
Pada pukul 11:30 Siti Balqis pun menghantar SMS kepada ibunya memberitahu yang dia telah dibawa lari ke sebuah gua di Bukit Keluang, kira-kira 15 km dari kampungnya di Kampong Gong Nangka.
Pasukan mencari yang diketuai oleh ADUN kawasan sendiri segera dikerah. Di gua itu mereka tidak menemui Siti Balqis, sebaliknya di sana terdapat 7 orang lelaki dan 2 wanita yang sedang bertapa.
Dua jam kemudian, satu lagi SMS diterima dari Siti Balqis memberitahu yang dia telah dihumban pulang dan tersangkut atas sepohon pokok rambutan.
Muka gadis itu pucat lesu ketika ditemui dibawa turun dari pokok rambutan oleh pasukan penyelamatnya.
Tiga orang bomoh memberitahu bahawa 12 ekor jin lagi telah ditangkap dalam proses merawat gadis itu.
Siti Balqis hanya sedarkan diri kira-kira pada pukul 5 pagi.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87