Satu keluarga hobi pelik buru hantu

Nikki, Wendy dan Gary Canham mengintai di terowong Coalhouse Fort di Essex

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)

Keluarga yang memburu hantu bersama

CHELMSFORD – Sebuah keluarga, lengkap dengan sebuah kamera digital sanggup memburu hantu yang kini menjadi hobi mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Keluarga tiga beranak dari Stanford-le-Hope di Essex itu yang terdiri daripada Gary Canham, isterinya, Wendy dan anak perempuan mereka berumur 16 tahun, Nikki telah merakamkan imej yang dipercayai hantu di beberapa lokasi.

Picture
IMEJ cahaya (dalam bulatan) yang dipercayai sebagai hantu yang dirakamkan oleh keluarga Gary di Fort Coalhouse di Tilbury baru-baru ini.

Hobi memburu hantu itu bermula dua tahun lalu apabila Gary dan Wendy diundang untuk meraikan Halloween di Fort Coalhouse di Tilbury bersama pelajar kelas drama anak perempuan mereka.

“Semasa kami berada di kubu itu, saya terdengar banyak bunyi ganjil. Saya terdengar bunyi orang diheret, cakar dan ketukan manakala tangan saya menjadi sejuk tanpa diketahui puncanya,” kata Wendy.

Sejak itu, mereka telah membelanjakan kira-kira £2,000 (RM9,560) untuk memasuki kubu tersebut beberapa kali bagi mencari hantu.

Nikki mengakui bahawa rakan-rakannya menganggap hobi itu sebagai ganjil tetapi dia tidak sabar-sabar untuk mencari bangunan berhantu lain apabila umurnya mencecah 18 tahun.

“Saya suka memburu hantu seperti di Mahkamah Hampton. Saya mahu mencari lokasi yang paling berhantu dan bermalam di situ,” kata Nikki.

Keluarga itu telah merakamkan beberapa imej seperti cahaya yang berlegar-legar dekat kepala mereka semasa memburu hantu di Fort Coalhouse.

Fort Coalhouse siap dibina pada 1874 untuk dijadikan kubu pertahanan United Kingdom.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Baguslah tu........ Eloklah, daripada duduk buang masa pandang dinding rumah je..., ataupun termenung je.... Elok menggembara. Assalamualaukum !!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Top Post Ad


Below Post Ad