Banglo berhantu gagal dilelong

GAMBAR menunjukkan banglo berhantu yang gagal dilelong di Portsmouth, Britain.

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)


Sebuah banglo yang didakwa antara hartanah paling berhantu di Britain gagal dilelong, lapor sebuah akhbar.

Banglo berkenaan yang dikenali sebagai Wymering Manor dan dibina pada kurun ke-17 dipercayai merupakan rumah paling tua di sini, selatan England.

Kediaman itu yang perlu dibaiki jika mahu didiami dilelong oleh Firma Lelongan Andrews & Robertson dengan harga permulaan £375,000 (RM1.8 juta) di London baru-baru ini.

Ekoran beberapa kejadian aneh, pengawal keselamatan enggan bertugas seorang diri pada waktu malam di banglo itu kerana takut kehadiran roh jahat.

Pelbagai kejadian seram termasuk suhu sejuk berlaku secara tiba-tiba, terdapat suara bisikan kanak-kanak dan kemunculan beberapa lembaga pernah dicatatkan dalam dokumen mengenai aktiviti paranormal di kediaman berkenaan.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad