Dunia seram, misteri

Kewujudan hantu telah lama dipercayai manusia meskipun sains masih meragui kesahihannya. Bahkan boleh dikatakan setiap masyarakat di dunia ini mempunyai kisah misteri yang tersendiri.

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)


RINTIHAN suara pada lewat tengah malam, lintasan bayang yang menegakkan bulu roma atau jelmaan makhluk menyerupai manusia adalah pengalaman ngeri yang tidak mahu dilalui oleh sesiapa.

Kewujudan hantu telah lama dipercayai manusia meskipun sains masih meragui kesahihannya. Bahkan boleh dikatakan setiap masyarakat di dunia ini mempunyai kisah misteri yang tersendiri.

Misteri di sebalik lokasi yang menyeramkan seringkali dikaitkan dengan tempat berlaku pembunuhan dan kematian, tanah perkuburan atau rumah lama yang ditinggalkan.

Kepercayaan pada aktiviti aneh atau paranormal juga disokong pengalaman mereka yang pernah melaluinya. Tidak kurang juga cerita yang diperturunkan secara mitos dan legenda.

Bukan sekadar pengakuan saksi, sebahagian daripada kisah misteri yang berterusan sehingga hari ini juga diperjelaskan melalui bukti gambar dan rakaman video.

WOW! kali ini membawa anda melawat ke beberapa lokasi yang dikhabarkan sebagai antara tempat paling menakutkan di dunia.

Ladang Bell

Picture
William Porter Cuba Membakar Ahli Sihir (Illus. 1894) di Ladang Bell

DI Tennesse, Amerika Syarikat, sebuah ladang milik keluarga Bell yang diusahakan sejak 1800 merupakan satu daripada lokasi paling menyeramkan.

Kejadian pertama dilaporkan sendiri oleh John Bell iaitu penemuan seekor makhluk aneh yang seakan-akan gabungan arnab dengan anjing.

Di antara tahun 1817 hingga 1821, jelmaan wanita pula menghantui seluruh ahli keluarga Bell. Hantu yang dikenali sebagai ahli sihir bernama Kate itu juga dikatakan penyebab kepada kematian John Bell.

Kematian Bell disaksikan dalam keadaan kejam di mana dia ditemui mati di atas katil berlumuran dengan cecair hitam.

Bagi merungkai kejadian itu, perisik paranormal melakukan 'temubual' khas bersama Kate.

Kate mengaku bertanggungjawab mengenai cecair maut tersebut. Sebagai menguji dakwaan Kate, cecair hitam itu diberikan kepada seekor kucing yang kemudian menerima nasib yang sama seperti Bell sejurus selepas itu.

Biara Edinburgh



Picture
Biara Edinburgh

KOTA lama yang terletak di atas bukit ini pernah menjadi kubu pertahanan terpenting di Scotland sejak lebih 900 tahun yang lalu.

Penempatan terawal manusia di kawasan ini dipercayai bermula sekitar kurun kesembilan sebelum masihi.

Tembok tebalnya menyembunyikan pelbagai kisah dan sejarah. Ia kini tersenarai sebagai lokasi paling menyeramkan di seluruh Eropah.

Ia dipercayai menjadi kediaman hantu dan semangat yang masih bebas berkeliaran.

Ia pernah menjadi penjara yang menempatkan bilik seksaan dan menjadi tempat bersemadinya jasad ribuan manusia termasuk mangsa yang terkorban di dalam wabak Black Death.

Pada 2001, satu penyiasatan paranormal saintifik dilakukan dengan bantuan peralatan seperti pengesan haba, bunyi, sensor magnet dan kamera video. Siasatan mendapati berlakunya pengesanan aktiviti misteri di lokasi-lokasi yang sering dilaporkan berhantu.

Antara kelibat yang didakwa kelihatan di biara lama yang kini dibuka kepada orang ramai itu adalah hantu peniup paip, semangat askar Perancis dari Perang Tujuh Tahun, pemukul gendang tentera dan hantu anjing tentera berdekatan dengan kuburnya.

RMS Queen Mary

Jeremy Renner
RMS Queen Mary

KAPAL ‘pencen’ yang ditukarkan menjadi hotel di pantai Long Beach, California ini merupakan antara lokasi paling seram di Amerika Syarikat.

Hotel kapal yang dibuka kepada umum sejak 1967 itu dikatakan menjadi tempat persemadian roh-roh pelayar yang meninggal dunia semasa pelayaran.

Pelbagai kejadian misteri dan aneh dilaporkan berlaku di setiap penjuru kapal. Kawasan yang paling menyeramkan adalah sebuah bilik enjin di mana seorang anak kapal maut ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran.

Dalam kejadian 1966, seorang jurutera menemui maut di kawasan yang sama selepas terkepit pintu tekanan air semasa ujian kebakaran.

Sehingga kini, roh pelayar malang itu dilaporkan berkeliaran. Bunyian seperti ketukan pintu dan paip saliran dikatakan masih kedengaran.

Sebenarnya, aura seram di hotel itu boleh dirasai sebaik sahaja pengunjung melangkah naik ke kapal. Imej ‘kapal hantu’ diperkuatkan dengan hiasan perabot klasik yang menimbulkan suasana suram.

Di lobi ketibaan tetamu, gadis berpakaian putih juga kerap dilaporkan muncul. Kelibat dikaitkan dengan gadis muda bernama Sarah yang ditemui mati dibunuh dalam bilik persalinan kelas pertama.

Dalam kabin-kabin Queen Marry, pengalaman melihat perabot bergerak dengan sendiri, mendengar bunyian atau disentuh oleh tangan ghaib adalah sebahagian daripada pengalaman yang dikongsi pengunjung.

Misteri yang menyelubungi kapal itu bukan hanya berlaku di bahagian dalam kapal, di luarnya suara kanak-kanak perempuan juga kedengaran berhampiran dengan kolam renang di dek atas.

Namun kini kejadian misteri dan menyeramkan menjadi salah satu daripada tarikan pengunjung untuk bermalam. Queen Marry juga menganjurkan ‘lawatan paranormal’ setiap hari termasuk pada sambutan Halloween.

Hotel Copper Queen

Jeremy Renner
Hotel Copper Queen

Hotel yang terletak di Bisbee, Arizona dahulu pernah menjadi lokasi pertemuan rutin antara Julia Lowell dengan pelanggannya. Sehingga satu hari, gadis itu ditakdirkan bertemu dengan jejaka idamannya.

Cinta yang dilafazkan kepada pelanggannya itu bagaimanapun tidak berbalas sehingga Julia menamatkan kekecewaannya dengan menggantung diri.

Namun pemergiannya tidak berakhir di situ. Julia kini masih lagi salah seorang daripada 'pengunjung tetap' hotel itu dan sering dilihat berlegar di laluan bilik dan beranda.

Gangguan seperti bisikan dan sentuhan pada bahagian kaki kerap dilaporkan oleh tetamu-tetamu lelaki yang menginap bersendirian. Bagi yang tidak bernasib baik, Julia kadang-kala menjelma dalam bentuk bayang-bayang putih.

Namun, Julia bukan satu-satunya semangat yang masih menghantui Copper Queen. Gangguan lain termasuk gelak-ketawa seorang kanak-kanak di beberapa buah bilik dan dewan seminar.

Terakhir dan agak jarang kelihatan adalah jelmaan lelaki penghisap paip yang segak dengan kot panjang dan topi.

Kemunculannya disusuli dengan aroma tembakau yang harum tetapi cukup untuk membuatkan tetamu berjaga sepanjang malam.

Biara Leap

Jeremy Renner
Biara Leap

ISTANA lama yang terletak di utara Ireland ini menjadi lokasi pelbagai kejadian pelik. Biara Leap yang dibina sekitar tahun 1250 pernah menjadi tempat peperangan, penjara dan penyeksaan banduan.

Di situ, pelawat masih boleh menyaksikan lubang dengan dasar berduri yang dijadikan tempat untuk menghumban pesalah. Dalam satu proses pembersihan tapak itu, tinggalan tengkorak yang dikeluarkan dari lubang sula itu dikatakan memenuhi tiga buah kereta tolak.

Satu daripada khabar angin yang paling menyeramkan adalah kewujudan seekor makhluk bermata aneh dan berbau seperti bangkai.

Sejak bertahun-tahun lalu, pancaran cahaya juga sering kelihatan dari lubang tingkap terutama pada waktu senja.

Pengunjung yang ingin merasai pengalaman seram atau mendengar cerita-cerita aneh boleh bertemu dengan Sean Ryan, pemilik istana lama yang sedang dalam proses diperbaiki.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad