Hantu wanita di istana berhantu

GAMBAR yang dirakamkan oleh Horkin menunjukkan imej hantu di Istana Gwrych, utara Wales.

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)

Hantu wanita di istana berhantu yang dibina pada tahun 1819.

Seorang jurugambar, Kevin Horkin telah merakamkan gambar menyeramkan yang menunjukkan hantu seorang wanita muda di tingkap sebuah istana terbiarl di utara Wales, lapor sebuah akhbar semalam.



Gambar itu dirakamkan di lokasi yang dianggap antara paling berhantu di Britain, Istana Gwrych yang terletak di Abergele, Utara Wales.

Imej itu mencetuskan misteri kerana secara realitinya manusia tidak boleh berdiri di tepi tingkap tersebut kerana lantainya sudah pecah.

Picture
Horkin, 48, yang juga pemilik sebuah syarikat memberitahu dia melihat imej hantu itu semasa memuat turun gambarnya.

“Ia merupakan hari yang dingin semasa saya pergi ke istana itu tetapi ia seakan-akan panas apabila saya berada berhampiran bangunan,” kata Horkin.


Horkin percaya imej itu ialah seorang wanita yang pernah tinggal di istana berkenaan.

Dia bercadang untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai imej itu dengan pasukan mencari hantu.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad