Duit dalam alam Bunian
KLIK UTK BESARKAN DAN TENGOK SAMBUNGANNYA
118295
128295
138295
148295
118295
128295
138295
148295
Duit ini dikatakan diambil dari alam bunian!
Kisah ini berlaku pada tahun 2008 dan penulis sempat scan dan simpan
untuk kenangan penulis. Pada hari ini penulis nak mendedahkan kisah
seorang kawan yang kononnya kawan beliau seorang ni! adalah anak angkat
kepada penghulu orang bunian Tasik Bera, Pahang.
Selepas
diambil jadi anak angkat, kawannya telah menukarkan nama kepada "BERA".
Memang benar selepas melihat IC kawannya tertera nama "BERA". Mungkin
penduduk di daerah Sekincan mengenali beliau. Kononnya kawannya telah
berkahwin dengan anak orang bunian Tasik Bera. Setahun sekali beliau
menghilangkan diri selama 3 bulan kerana tinggal bersama isteri bunian
di alam bunian.
Sama
ada nak percaya atau tidak terpulanglah kepada pembaca. Beliau
mempunyai dua orang isteri. Penulis telah ke rumah beliau di Kuala
Selangor (Isteri Pertama). Hari kedua beliau panggil jumpa di Sekincan
pula di rumah isteri kedua. Orangnya simple sahaja kerja kampung tapi
banyak menceritakan kisah-kisah misteri tentang alam bunian.
Selepas
itu beliau menghulurkan duit diatas sebagai bukti. Penulis ambil dan
pegang duit RM10 yang sekeping besarnya dan amati memang duit betul dan
asli. Untuk mengesahkan sama ada duit itu palsu atau dicetak dengan
printer ke atas kertas yang bermutu tinggi. Penulis telah membawa duit
tersebut berjumpa dengan seorang kawan yang bekerja di sebuah bank.
Beliau juga mengesahkan memang duit RM10 itu memang asli bukan palsu.
Beliau hairan bagaimana duit RM10 yang dicetak di luar negara dan
dipotong menjadi kepingan seperti yang kita gunakan sebelum dihantar ke
BNM. Macamana boleh terdapat RM10 yang masih belum dipotong?? Soalan itu
susah nak dijawab kerana duit ini kononnya diambil dari alam bunian.
Penulis
telah menyimpan selama seminggu lebih selepas mengesahkan ia memang
benar dan asli. Selepas memulangkan wang tersebut. Si Bera mempelawakan
jika mahu banyak wang bunian, beliau boleh ambil lagi tapi ada
syarat-syaratnya. Untuk menggunakan duit yang belum dipotong. Upah
potong oleh orang bunian kena bayar. Kena sedekah beras, surah yaasin
kepada masjid.
Wang
untuk upah memotong duit itu jika diminta pada tarikh-tarikh tertentu
mesti kena sediakan. Tak boleh awal atau lambat. Contohnya jika wang
upah memotong diminta selepas solat zohor sebanyak RM1000 dihantar ke
alam bunian (lokasi dikawasan hutan di sekitar hutan berdekatan) sebelum
jam 3.00 petang. Berkejarlah ke lokasi tersebut dan bila sampai
dipinggir hutan, Si Bera membaling duit upah tersebut ke kawasan dalam
hutan dan kami terus balik. Beliau kononnya telah berjumpa bunian itu
dan menyerahkan duit.
Masuk
hari berikutnya, pelbagai lagi kerja menghantar beras dan surah yaasin
telah kami sediakan dihantar ke sebuah masjid di Selangor. Sebenarnya
penulis ingin melalui pengalaman ini kerana hendak tahu benar ke atau
tidak ada kewujudan alam bunian yang pernah diceritakan oleh
kawan-kawan.
Selepas
beberapa hari pula, penulis telah menerima telefon mengatakan upah
diminta lagi oleh orang bunian sebanyak RM3000. Jadi penulis tarik diri
sahajalah selepas itu kerana macam ni orang bunian pun penipu juga. Jadi
selepas itu kawan penulis yang dua orang lagi sanggup meneruskan
kerja-kerja untuk mendapat duit dari alam bunian.
Sehingga
kini, penulis tidak tahu sama ada mereka dua orang ini berjaya atau
tidak menjadi kaya dengan duit alam bunian. Dengar khabarnya dua orang
kawan ini sehingga kini masih belum menerima dan telah rugi hampir RM30
ribu kerana mengejar duit alam bunian yang kononnya yang dijanji oleh
orang bunian jika selesai memotong. Dua orang kawan ini masing-masing
akan menerima setengah juta seorang.
Dari
pengajaran kisah ini. Jangan kita menjadi tamak dan lekas percaya
walaupun perkara itu memang benar. Ada orang yang berjaya mendapat duit
dari alam bunian. Buat bangalow dan menunai haji. Disebalik kisah
sekiranya ada orang yang ingin jadi kaya dengan "tarik duit". Jangan
terlibat sebab bukan senang nak senang. Seperti orang yang membela
toyol...mana ada yang kaya pun.
Penulis
terlibat pada masa yang awal sahaja dan tarik diri cepat-cepat kerana
cukuplah dengan pengalaman tersebut. Bunian adalah satu golongan jin
samada Islam atau kafir. Penulis tidak tahu. Kata-kata masyhur yang
selalu kita dengar "Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia". Tapi ada Bertaubatlah jika ada pembaca yang masih ingin kaya cara senang. Perpatah bahasa inggeris pernah berkata "There is no shortcut to richness". Jadi berusahalah dengan kuat untuk berjaya.
Jika
kita baca dalam majalah-majalah tempatan, banyak kisah tarik duit orang
bunian. Tarik duit dengan berzikir, Ambil barang dari alam bunian. Dan
yang penulis tengok sendiri. Abang sepupu sebelah isteri mengambil
barang kepunyaan Sultan Melaka di Beting Beras Basah, Bagan Datoh, Perak
dikawasan pertabalan Sultan Perak. Beliau mendapat 5 bilah keris dan
peralatan istana. Semasa upacara diambil dibuat. Anak Sultan Perak yang
dahulu sultan Idris berada bersama. 3 bilah keris di pulangkan kepada
warisnya. 2 bilah keris disimpam oleh abang sepupu.
Sarung
keris disalut dengan emas putih dan emas kuning yang nilai ditafsirkan
oleh Muzium Negara sebanyak RM200 ribu. Dan sebilah keris lagi dengan
hulu pemegang berkepala burung helang dan dimulutnya terdapat batu
delima merah yang tak ternilainya. Barang-barang tembaga dan dulang yang
diambil dari dalam air itu termasuk 5 bilah keris dengan cara
meraba-raba didalam air yang keruh itu kononnya barang yang dibuang
semasa anak Sultan Melaka yang terakhir tersangkut di Beting Beras Basah
pada tahun 1500 - 1511 sebelum Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis .
Tujuan dibuang peralatan tersebut ke dalam sungai bagi meneruskan
perjalanan. Ini adalah kisah benar dalam sejarah Kesultanan Perak.
Banyak
perkara yang misteri yang tidak terjawab dan tidak boleh diterima akal
kerana rahsia-rahsia alam yang ghaib hanya dapat dijawab oleh mereka
yang arif sahaja. Adalah lebih baik bagi kita menjejak kaki di alam
realiti dari mencari alam ghaib kerana takut terpesong akidah.
Sebagai
penulis yang ada pengalaman dengan alam ghaib sebelum ini. Memberi
nasihat kepada sesiapa yang ingin meneroka dan mencari alam ghaib
usahlah diteruskan niat tersebut kerana kerja-kerja tersebut adalah
membuang masa, duit dan tenaga. Hasilnya sifar!
Sekian wasallam.
Kononnya duit ini pun diambil dari alam ghaib.. serial nombornya special EP3333333.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87