Cara mengesan jin dalam badan


Ujian Mengesan Jin Dalam Badan


Pernahkah anda mengalami suatu perasaan ganjil di mana anda terlihat seperti bayangan manusia atau lembaga di tengah malam? 

Bisikan ganjil juga seakan-akan kedengaran memanggil anda ketika sendirian? 

Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. 

Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin. Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita?

Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. 

Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? 

Mari sama-sama kita mencuba.. 

Langkah 1 


Pasangkan RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Dengarkan bacaan ruqyah ini sehingga habis, jika rasa tidak selesa, mual, batuk, menguap/ mengantuk, berpeluh atau seram sejuk, berdebar-debar, pening, merasakan ada sesuatu yg bergerak atau berdenyut dlm badan, sendawa atau apa2 shj yg luar biasa itu tandanya ada jin didlm tubuh.


Langkah 2


Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3


Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Mengesan Jin Dalam Badan


Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.




Untuk mengelakkan dari gangguan jin, janganlah sesekali kita tinggalkan solat 5 waktu disamping sentiasa membaca al-Quran dan mengamalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang. Wallahualam~

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad