Sering tampil dengan gaya di luar kebiasaan, penyanyi kelahiran Amerika Syarikat ini bukan saja kerap mencetuskan kontroversi, malah pernah mengejutkan dunia dengan kisah asmaranya bersama makhluk halus.
kelahiran Los Angeles, California ini sering terdorong melakukan ‘aksi berdarah’ termasuk minum darah dari jantung yang masih berdenyut.
J
usteru, ramai yang menganggap kejadian mistik yang dikatakan kerap berlaku dalam hidup wanita dengan nama Kesha Rose Sebert, 26, adalah propaganda.
“Saya pernah bercinta dengan hantu. Lelaki itu adalah hantu, tapi saya sangat terbuka untuk itu dan menikmatinya,” katanya ketika diwawancara Ryan Seacrest, baru-baru ini.
Percintaannya dengan makluk halus itu nampaknya sangat serius sehingga dia mencipta lagu berjudul Supernatural yang dimuatkan dalam album barunya yang bertajuk, Warrior.
Bahkan, menurut Ke$ha, album berkenaan adalah rentetan perjalanan hidupnya yang penuh misteri.
“Walaupun ia menguji tahap pemikiran dan kepercayaan individu mengenai hantu dan makhluk lain, namun saya percaya, album ini akan memberi gambaran sebenar kepada dunia yang penuh keajaiban.
“Ramai orang tak percaya saya mengaku pernah bercinta dengan hantu. Ada yang mendakwa saya gila. Sehinggakan satu masa saya terpaksa memanggil seorang bomoh untuk mengusir hantu itu. Ketika mengubati saya, bomoh itu akui terasa hantu itu wujud,” jelasnya.
Selain bercinta dengan hantu, album itu juga mengungkapkan pengalaman spiritual beliau yang lain termasuk kembali ke masa lampau.
“Saya mengalami pelbagai pengalaman pelik dan mistik. Oleh kerana itu, saya mahukan tema album ini seperti sebuah keajaiban hidup,” katanya.
Meskipun pengakuan Ke$ha itu nampak aneh atau dilihat sebagai salah satu cara meraih strategi nyatanya Ke$ha tidak sendirian, apabila beberapa individu lain turut mengalami kesulitan yang sama menyokong kenyataan penyanyi Tik Tok ini.
Pengakuan penyanyi seksi itu bukanlah cerita baru dan menjadi sebahagian dari
legenda Barat mengenai iblis jantan dan betina (incubus & succubus) yang menyerang manusia secara seksual ketika mangsa sedang tidur.

Tags