( VIDEO ) Seram !! Peniaga Diganggu Hantu Di Kedai Pada Waktu Siang Hari !!


( VIDEO ) Seram !! Peniaga Diganggu Hantu Di Kedai Pada Waktu Siang Hari !!

Memang agak menggerikan apabila kita melihat kejadian seram yang telah berjaya di rakam oleh CCTV di satu premis perniagaan . Kedai ini adalah sebuah kedai menjual majalah, suratkhabar dan bahan bacaan .

Pada kebiasaanya kejadian paranormal akan berlaku pada waktu tengah malam, tetapi apa yang berlaku kepada peniaga ini ialah dia telah mengalami gangguan paranormal pada waktu tengah hari ketika dia berada berseorangan.

Cuba anda perhatikan dengan teliti rakaman video CCTV ini. Kelihatan peniaga mengemas kedainya, tiba-tiba dia terdengar majalah terjatuh lalu dia meletakkan semula pada raknya semula.


Akan tetapi , majalah itu jatuh semula dan kejadian ini berulang-ulang sehingga banyak majalah dan akhbar yang melayang tanpa ada angin atau orang yang menjatuhkannya.


Oleh Kerana ketakutan peniaga ini kelihatan melarikan diri dan meninggalkan kedainya . Apa yang berlaku ini agak luar biasa dan memang menakutkan.


Sebenarnya bukan makhluk manusia sahaja yang mendiami alam ini , kita sebenarnya berkongsi dengan makhluk-makhluk lain yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar.  Maka jelas sesekali mungkin makhluk-makhluk ghaib ini sekadar ingin mengusik manusia .



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad