7 Lokasi Paling Seram Di Malaysia, Kalau Tak Cukup Berani Jangan Tengok
klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)
Antara Lokasi seram di Malaysia yang di filemkan
Pada tahun 2013, Malaysia digembarkan dengan berita kehilangan seorang remaja di banglo yang telah lama ditinggalkan iaitu Villa Nabila bersama-sama sekumpulan rakannya yang ingin mengetahui kisah di sebalik rumah berkenaan.
Bukan itu sahaja, banyak kumpulan paranormal juga cuba menyingkap kisah atau kejadian aneh yang berlaku di lokasi seram yang terdapat di Malaysia antaranya Hospital Cheras lama yang dikatakan paling menyeramkan.
Jika kita lihat sekarang, ramai
pengarah lebih sukakan karya bergenre dokumentari dan mengadaptasikan kisah
sebenar yang terjadi di lokasi yang dikatakan 'keras' dan berhantu.
Ketahui lokasi-lokasi seram di Malaysia yang diadaptasikan menjadi sebuah filem.
Highland Tower, Ulu Klang
Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang,
Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi
bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia yang mengorbankan 48
nyawa. Bukan semua mayat dijumpai ketika itu, ada yang hancur akibat runtuhan. Hanya
2 orang sahaja yang terselamat daripada tragedi itu. Selepas insiden tersebut,
dua blok ditinggalkan kerana kemungkinan berlakunya kejadian yang sama. Selepas
itu, banyak perkara aneh terjadi di kawasan tersebut yang di alami oleh mereka
yang ingin mengetahu sama ada tempat tersebut benar-benar berhantu atau tidak.
Kisah dua banggunan tinggal tersebut turut difilemkan menerusi nama pangsapuri
tersebut iaitu "Highland Tower" arahan Pierre Andre dan salah seorang
pelakon yang menjayakan filem tersebut turut dirasuk sewaktu pengambaran.
Villa Nabila, Johor Baharu.
Lokasi seram di Johor Baharu ini
pernah menggembarkan Malaysia sebelum ini dengan kehilangan remaja yang ke sana
bersama sekumpulan kawannya. Namun kesahihan cerita sebenar Villa Nabila masih
tidak diketahui sehingga ke hari ini kerana banyak sangat versi cerita dari
mulut orang. Ada yang mengatakan terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup di
rumah ini dan tinggal anak pasangan tersebut bernama Nabila yang dibunuh kerana
mahukan harta. Memang macam-macam versi yang anda akan dengar mengenai rumah
usang ini. Kisah rumah ini juga turut difilemkan dengan tajuk yang sama "Vila
Nabila" oleh pengarah muda Syafiq Yusof dan dikhabarkan ada penonton yang
histeria menonton filem ini.
Rumah sewa RM50, Seksyen 2, Shah Alam
Bagi mereka yang pernah tinggal atau belajar di seksyen 2, Shah Alam, pasti anda pernah mendengar mengenai kisah rumah sewa RM50. Siapa yang tak terkejut mengetahui harga sewa rumah yang murah dan ramai yang tertarik untuk menyewa di situ. Namun ramai penyewa tidak akan bertahan lama dan akan keluar selepas mengalami perkara aneh dirumah tersebut. Kisah yang dikongsikan oleh
bekas pelajar UiTM ini juga pernah difilemkan oleh pengarah M Jamil dengan judul yang sama iaitu "Rumah Sewa RM50".
Balai Polis Lama Gombak.
Balai Polis Lama Gombak ini merupakan sebuah balai yg digunakan ketika zaman Komunis. Tujuan balai ini didirikan untuk membantu puak org asli yg tinggal berhampiran dari gangguan dan serangan komunis.Mengikut sejarah ramai anggota polis yang terkorban sewaktu diserang komunis dahulu. Namun selepas kejadian tersebut, balai polis tersebut terus ditinggalkan dan dikatakan berhantu. Banyak kumpulan paranormal melakukan kajian dan dapat merakamkan entity makhluk halus. Bagi mereka yang sangat
sukakan filem bergenre dokumentari, filem "Puaka Balai Gombak" memang sangat sesuai untuk anda tonton. Filem arahan Waan Hafiz, ini juga berdasarkan pengalaman sendiri paranormal Puaka X.
Mimaland, Gombak.
Mimaland yang terletak di Gombak,cukup popular suatu ketika dahulu. Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini mula dibina
dalam tahun 1971. Namun, satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan
luncur terpanjang Mimaland tahun 1993 yang menyebabkan kematian seorang
warganegara Singapura dan kemudian berlaku kerosakan pada dinding kolam renang
yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh dan akhirnya taman
tema tersebut ditutup terus hingga sekarang. Dikhabarkan teman tema tersebut
yang ditinggalkan itu berhantu dan lokasi tersebut juga turut difilemkan menerusi
filem "Ia Wujud" arahan Dharma
Aizat yang ditayangkan pada tahun lalu. Pada mereka yang mengikuti filem ini,
pasti anda tahu bahawa mereka berjaya merakamkan entiti makhluk halus semasa
pengambaran.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87