BERHANTU! Taman Tema Pertama Malaysia – Mimaland (1971 – 1994)
BERHANTU! Taman Tema Pertama Malaysia – Mimaland (1971 – 1994)
Malaysia in Miniature Land atau Mimaland merupakan taman tema pertama di Malaysia yang begitu popular pada tahun 70-an dulu.
Tapi sayang terpaksa ditutup pada tahun 1994 oleh kerana beberapa kejadian tanah runtuh dan kematian seorang rakyat Singapura akibat lemas.Ramai generasi muda hari ini mungkin pertama kali mendengar tentang Mimaland ini tapi tanyalah ibu dan bapa anda, tentu mereka tahu (Jika masih ingat). Hantu Dunia membawa anda mengimbau kenangan Mimaland yang pernah menceriakan ribuan manusia dalam dan luar negara bila berada di Malaysia suatu ketika dahulu :')
Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
Tiket Masuk:
Gambar di atas ini adalah gambar tiket masuk ke Mimaland pada tahun 1977.
Taman Tema Mimaland Hari Ini:
Menjadi taman rekreasi untuk hantu.Petikan dari sebuah forum tempatan:
salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang nih..
xmo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara mara saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2.. pkcik n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa tutup tuh pun, saya bru drjah 2 or 3..hehehe
jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu 10-11, simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran.. termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin keta smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak baby dia.. mmg truk la dia nanes...
berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n arwah atuk sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco.. kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu penanggal.. kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh ats pokok durian.. kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma lagik la.. mcam2 ada.. oleh sebab sy di besarkn di sana.. n most of my family member mmg asal gombak.. jadi da bese la..
Van Mimaland yang pernah digunakan untuk mengambil dan menghantar pulang pekerjanya
Suatu ketika dulu merupakan pejabat pentadbiran Mimiland
Dahulunya tempak ini sesak menjadi tempat orang ramai menunggu bas
Jalan masuk ke Mimiland kini semakin ditelan zaman
Sekarang kawasan Mimaland telah ditutup sepenuhnya dan kerja-kerja mengali tanah dijalankan (untuk projek apa tak pasti) dan tapak Mimaland ini katanya akan dijual. Ada sesiapa nak beli?? Ada yang kata tempat ni berhantu, yang tu tak pasti tapi kalau dah tempat lama ditinggalkan tak mustahil dah menjadi tempat tinggal benda lain.
Untuk makluman pembaca Oh! Tidak juga, Mimaland adalah dibawah pentadbiran Magnum Corperation.
Video:
Filem (1986) melakukan penggambaran sewaktu Mimaland berada di dalam zaman kegemilangannya.1983 - Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak)
1986 - Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland (video disertakan di atas).
1987 - Filem Tempo '88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama. Sangat filem Melayu 80-an.
Banyak lagi video yang pernah kami kongsikan sebelum ini namun ianya telah dipadam oleh pemilik asal dan juga Youtube.
HANTUDUNIA: TERDETIK DI HATI JIKA MIMALAND INI MASIH KEKAL HINGGA KINI, TENTU IANYA DIKENALI SERATA DUNIA. SIAPA SANGKA ZAMAN 70-AN MALAYSIA PERNAH MEMILIKI SEBUAH TAMAN TEMA SEHEBAT DI HOLLYWOOD.
Kredit rujukan untuk: Arkib Negara | AbyRad | Adyshariz | Diari si Froggie
Mimaland Dalam Kenangan!
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.