Seram Teramat! Bila Terjumpa Langsuir Di Pagoh !!


Seram Teramat! Bila Berjumpa Langsuir Di Pagoh !!

Saya mempunyai satu pengalaman seram yang berlaku ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Singapura menaiki bas ekpress. Saya bersama anak saya menaiki bas ekpress yang berlepas dari Puduraya sekitar 11.30 malam.... setelah kami berada di KL selama 4 hari melangcung bersama keluarga disana.

Pada malam itu tidak ada banyak penumpang yang menaiki bas itu maklumlah ketika itu adalah penghujung musim cuti pertengahan tahun dan hujan telah turun dengan lebatnya, menyebabkan keadaan sangat sejuk didalam bas yang sememangnya berhawa dingin. Saya cuba lelapkan mata supaya dapat mengisi masa dalam perjalanan, tetapi entatalah tak boleh berbuat demikiaan...sedangkan anak saya sempat berdengkur terpesuk dikerusinya. Dalam suasana yang sangat dingin saya merasa macam nak terkucil tetapi terpaksa bertahan sehinngan bas berhenti berehat.

Kira-kira beberapa jam kemudian bas telah singgah diperhentian Pagoh untuk selama setengah jam. Semua penumpang bergegas kemedan selera untuk makan ringan...saya memanggil anak yang masih nyenyak tidur supaya menemani saya ketandas sebab saya memanglah sejenis orang menakut. Tandas awam di Pagoh terletak jauh dipinggiran perhentian itu dan keadaanya begitu sunyi, tambahan lampu diluar tandas itu berkelipan...kadang-kadang nyala dan kadang-kadang padam. Anak lelaki saya tunggu diluar kira-kira 10 meter dari pintu tandas...sebenarnya saya keberatan untuk pergi sendirian, tetapi apa nak buat kerana saya tidak dapat menahan untuk melepaskan hajat kecil.

Sesampai dipitu tandas saya agak keliru yang mana satu tandas perempuan kerana keadaan disitu sangat malap...ketika saya terpingga-pingga saya terperasan ada seorang wanita baharu saja keluar dari tandas.Sekali pandang wanita itu terlihat dalam keadaan aneh...dia memakai baju labuh serba putih, berbunga-bunga sedikit dibahagian dadanya dan rambutnya megelurai panjang menutupi matanya. Saya hanya dapat melihat sebahagian daripada mukanya..tetapi secara am wanita itu kelihatan kemas seperti orang biasa. Kerana sudah tidak tertahan nak terkucil sangat...saya pun beranikan diri bertanya kepananya.."adik boleh tumpang tanya, dimana tandas perempuan", memang pada ketika itu saya tak menyaka perkara yang buruk pun. Tanpa berkata apa-apa wanita itu menggangkat tangan menujuk kepitu yang berhapan denganya, saya menggucapkan terima kasih kepadanya dan bergegas masuk kedalam tandas. Terdapat tiga tandas didalam, saya masuk ketandas yang terdekat dan melepaskan hajat. Ketika itulah saya terdegar suara wanita menanggis...walaupun halus tetapi jelas, seolah-olah ia datang dari bilik tandas bersebelahan tandas saya berada dan terdegar juga bunyi tapak orang berjalan-jalan diluar bilik tandas sambil mencuci tangan.

Selepas selesai hajat, saya pun keluar untuk mencuci tangan...anehnya tiada seorang pun berada disitu, tetapi bilik tandas bersebelahan saya tadi tertutup rapat dan suara tangisan terdegar lagi kali ini semangkin kuat. Kerana menyangka ada orang yang dalam kesusahan..saya pun beranikan diri mengetuk pintu tandas "ada apa yang boleh saya tolong" tanya saya sambil mengetuk-getuk daun pintu itu. Ketika itulah saya tertolak daun pintu kerana tidak berkunci....pelahan-lahan pintu tandas terbuka, alangkah terperanjatnya saya kerana tiada seorang pun berada didalam bilik itu... hanya terdapat sekalung bunga dimangkuk tandas. Apalagi mengerenggam tekok saya...tanpa berfikir panjang saya bergegas keluar dari tandas...dengan diiringi suara hilaian yang kuat datang dari dalam, saya macam nak pengsan ...kaki tak dapat melangkah seolah-olah ada yang menahan. Saya cuba membaca ayat kursi dalam hati memejamkan mata dan lompat keluar dari tandas itu.

Anak saya yang sudah berada diluar, merasa sangat hairan kerana saya kelihatan pucat dan penuh keringat. "Emak kenapa lama sangat?.. dah nak dekat setengah jam emak kat tandas, bas nak jalan tu" kata anak saya sambil menunding jari kearah bas yang sudah di hidupkan enginnya, hanya menuggu saya...sebelum berlepes kembali ke Singapura.

Dalam perjalanan barulah saya terfikir tentang apa yang telah berlaku, wanita tadi yang saya ketemu diluar tandas menujukan arah tandas wanita dihadapannya...bermakna dia baru sahaja keluar dari tandas lelaki, sekalung bunga yang saya jumpa didalam tandas yang kosong tadi... sepertinya corak bunga yang terdapat dibaju wanita berkenaan dan akhir sekali ....katakanlah saya buang air kecil takkanlah sampai setengah jam...rasanya hanya lima minit saja saya berada ditandas tadi.....Ehhhhhhh! seramnya kata saya didalam hati.

Tiba-tiba saya tersentak dari renunggan..."Emak cepat dah nak turun... bawak paspot, kita dah sampai kat Imigrasen JB". kata anak saya yang terpingga dengan kelakuaan aneh saya..."Emak tak kira, lain kali kalau mak nak ketandas di Pagoh...kau harus ikut sama kedalam ok" kata saya kepeda anak saya tanpa memberi penjelasan. Anak semangkin bingung ...tetapi mengganguk-ganguk tanda setuju...jam sudah menujukan pukul 6 pagi, tetapi kupeng teliga saya masih tergiang-giang dengan suara tangisan dan hilaian...........mungkin hantu Langsui tadi.
Tamat.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad