Indonesia Gempar! Budak 14 Tahun Tangkap 9 Makhluk Toyol

Indonesia Gempar! Budak 14 Tahun Tangkap 9 Makhluk Toyol

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)

Kecoh Budak 14 Tahun Tangkap 9 Toyol

Jombang, Indonesia: Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 14 tahun mengejutkan penduduk sebuah kampung di sini apabila dia mendakwa telah menangkap sembilan ekor toyol.

Orang ramai telah mengunjugi rumah Ineke Puspitasari di Kampung Sumobito di sini untuk melihat toyol yang dikurung dalam balang plastik.

Menurut Ineke, dia menangkap toyol-toyol itu ketika bermain di belakang rumah sehari sebelum Ramadhan.

Katanya lagi, dia melihat beberapa ekor toyol di belakang rumahnya dan terus mengambil cermin untuk menangkapnya kerana mereka suka bermain hadapan cermin.

Toyol itu suka bermain di hadapan cermin dan apabila ia terleka saya terus menangkapnya,” katanya memetik laporan myMetro.

Berita mengenai penangkapan toyol itu telah tersebar secara meluas dan rumahnya kini dikeremuni orang ramai yang ingin melihat sendiri toyol berkenaan.

Bagaimanapun, penduduk yang sudah datang kecewa apabila tidak dapat melihat toyol-toyol itu di dalam balang plastik tersebut. Balang itu diletakkan di luar tingkap supaya orang ramai senang melihat toyol tersebut. Selain itu Ineke turut melukis gambar toyol di atas satu kertas.

Saya datang ke sini untuk melihat toyol berkenaan tetapi hampa apabila melihat balang itu kosong,” kata ketua kampung Sumobito, Bakheri.

Walaupun kecewa kerana tidak dapat melihat toyol, seorang penduduk percaya Ineke benar-benar menangkap toyol itu.

Beberapa bulan lalu ramai penduduk yang kehilangan wang dan kecurian ini mungkin perbuatan toyol itu,” katanya.

Menurut Ineke, hanya orang yang mempunyai kebolehan luar biasa sahaja mampu melihat toyol di dalam balang itu.



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad