Bella Astilla kongsi cerita, keluarga diganggu hantu

Bella Astillah cerita pengalaman diganggu mahkluk halus

‘Saya terhidu bau busuk dan kemudian terpandang plastik hitam seakan menutup sesuatu’



Penyanyi & Pelakon Bella Astilla berkongsi sebuah kisah menyeramkan yang berlaku ke atas diri dan keluarganya sewaktu mereka menginap di sebuah pusat perangin, beberapa tahun dahulu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Bella atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah berkata kejadian menyeramkan itu berlaku ketika dia berusia 9 tahun selepas dia bersama adiknya, Didi Astilla selesai menjalani penggambaran sebuah album kanak-kanak.

Katanya pengalaman menyeramkan itu berlaku ketika mereka menginap di sebuah kondominium yang disediakan pihak produksi.

“Cerita ini dah lama. Tapi saya masih ingat sehingga sekarang. Selepas selesai menjalani penggambaran, saya bersama keluarga termasuk ibu dan ayah telah diberi penginapan di sebuah kondominium.

“Selepas penggambaran selesai kami sekeluarga pulang ke tempat penginapan yang terletak berdekatan.


Bella Astillah cerita pengalaman diganggu mahkluk halus
“Ketika sampai kami dapati tempat letak kereta penuh dan terpaksa meletakkan kenderaan di kawasan sedikit jauh.

“Apabila tiba di kawasan penginapan, terdapat banyak kereta di kawasan parkir dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk meletakkan kereta di tepi jalan.

“Bagaimanapun, semasa berada di dalam lif, dia terhidu bau yang sangat busuk sebelum ditegur sepasang suami isteri berketurunan India sambil mendukung bayi dan meminta kami berhati-hati,” kata Bella.

Bercerita lanjut, satu persatu gangguan menghantui dia sekeluarga ketika berada di dalam rumah yang menyeramkan.

Kata Bella, ibunya antara individu yang paling banyak diganggu sehingga cuba mencederakan diri sendiri. Pada malam itu juga ibunya mula diganggu selepas ternampak seorang perempuan berambut panjang sedang berbaring dalam tab mandi di bilik air.

“Ibu cerita ketika tidur kakinya ditarik. Selain itu, ketika masuk ke tandas, dia terkejut dan pengsan selepas melihat seorang perempuan berambut panjang yang berendam dalam tab mandi dipenuhi darah.

“Ada satu ketika ibu juga meracau dan mencekik diri sendiri sehingga ayah terpaksa menampar mukanya 3 kali sehingga dia sedarkan diri,”

“Kerana tidak tahu untuk berbuat apa, ayah terpaksa menampar mama sebanyak 3 kali sebelum mama akhirnya sedar,” cerita Bella.

“Mama terus pengsan selepas melihat wanita berambut panjang dalam bilik air itu. Keadaan bertambah kalut bila mama tiba-tiba mencekik leher sendiri sekuat hati dan tidak mahu melepaskan tangan.

Disebabkan kejadian tersebut, mereka sekeluarga tidak dapat tidur sehingga Subuh. Katanya, ketika berada di kawasan parkir, mereka sekeluarga sekali lagi terkejut apabila mendapati kawasan tempat letak kereta yang dipenuhi kenderaan pada malam itu, tiba-tiba kosong tanpa sebuah pun kereta.

“Memang pelik sangat pada waktu itu. Sampai sekarang saya masih lagi ingat,” katanya.

“Namun, momen seram bermula apabila saya terhidu bau busuk dan kemudian terpandang plastik hitam yang seakan menutup sesuatu. Kemudian, ketika di dalam lif, kami bertembung dengan sepasang suami isteri. Si isteri yang mengendong bayi ketika itu menegur ayah dan bertanya sama ada kami ingin menginap di tempat itu. Dia kemudian menasihatkan kepada kami agar berhati-hati,” katanya.

Selain itu, Bella turut menyingkap gangguan-gangguan lain yang berlaku semasa kejadian termasuk suara tangisan yang semakin kuat kedengaran.

“Bukan itu sahaja, televisyen yang ditutup terbuka sendiri dan kedengaran cerek air mendidih di dapur sedangkan tiada siapa yang panaskan air ketika itu,” katanya.

Bella berkongsi cerita seram itu untuk cabarannya sebagai pelakon drama Malaysian Ghost Stories yang akan ditayangkan mulai 25 Ogos ini, setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria (Saluran 104) pada pukul 11 malam.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad