Entiti tayang ‘anu’ pada pemburu hantu wanita

Bayangan alat sulit lelaki (dalam bulatan) dipercayai milik entiti mistik yang dirakam oleh dua pemburu hantu wanita di sebuah bar di New Orleans. - INSTAGRAM/TWO GIRLS ONE GHOST



NEW ORLEANS, Louisiana – Dua pemburu hantu wanita terkejut apabila menyedari mereka merakam kelibat bahagian sulit lelaki dipercayai milik entiti mistik ketika berada di sebuah bar di New Orleans, Amerika Syarikat, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut salah seorang wanita tersebut yang dikenali sebagai Corrine, gambar seram itu dirakam di premis John Laffite Blacksmith Bar. Bar itu menjadi lokasi popular kepada pemburu makhluk halus.

“Agak kelakar apabila menyedari kemunculan zakar itu di belakang tempat kami sedang duduk.

“Jika ada yang bertanya adakah kami menemui hantu, jawapannya adalah tidak tetapi kami berjaya merakam alat sulitnya,” kata Corrine.

Dia dan rakannya memuat naik gambar tersebut di laman Instagram rasmi mereka dan menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang teruja dengan penemuan itu.


Bentuk samar-samar-samar dapat dilihat di belakang kepala Sabrina
“Tidak sangka hantu juga pandai bergurau apabila pemburu hantunya ialah dua wanita cantik,” tulis seorang pengguna media sosial.


Penampakan itu berlaku di bar John Lafitte di New Orleans, kononnya kota paling berhantu di Amerika
“Sangat jelas penampakan zakar lelaki di situ,” komen seorang lagi. – Agensi

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad