Britain sudah ‘kehabisan’ hantu, semuanya sudah berhijrah

Kebanyakan hantu di Britai sudah tidak aktif, berpindah atau sudah terlalu tua untuk wujud di alam manusia. - Google

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)

Britain sudah ‘kehabisan’ hantu

LONDON – Seorang pakar aktiviti paranormal mendakwa bahawa Britain sudah ‘kehabisan’ hantu disebabkan kebanyakan roh telah berhijrah ke alam lain, lapor akhbar Daily Star UK, kelmarin.


Penyelidik paranormal, Dr. Paul Lee menganggap warisan hantu Britain berada dalam kemerosotan yang mendalam kerana banyak hantu tidak aktif atau telah berpindah ke tempat lain. “Sejak Januari 2020, saya telah menghubungi semua lokasi yang dilaporkan berhantu dan bertanya sama ada penduduk, pemilik atau kakitangan di kawasan mengalami sebarang aktiviti yang tidak dapat dijelaskan.

Picture
“Setakat ini, saya telah menerima hampir 800 maklum balas termasuk yang melibatkan beberapa lokasi dikatakan sangat berhantu seperti Istana Conisbrough di South Yorkshire, Hotel Ettington Park di Stratford.


“Mereka menyatakan tidak mengalami apa-apa peristiwa mistik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.


“Nampaknya, kebanyakan hantu yang dahulunya terkenal, sama ada sudah tidak aktif atau telah pudar atau berpindah. Satu lagi kemungkinan adalah roh yang sudah tua telah berpindah ke ‘alam sana’ dan tidak lagi mampu wujud di alam manusia,” jelasnya.


Namun begitu, Lee yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang fizik nuklear berpendapat bahawa mungkin hantu-hantu itu boleh dicas semula. – Agensi

SOURCE: KOSMO

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad