Cabaran tiga Pemburu Hantu di ASTRO Ria

HAIRI (dua dari kanan) memberi penerangan kepada Khairul Mizan (dua dari kiri) tentang penggunaan gajet yang digunakan dalam Pemburu Hantu sambil diperhatikan oleh Iskandar (kanan) dan Anis.

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)



PELBAGAI cara yang dilakukan oleh saluran Ria (saluran 104, Astro) dalam mendekati para peminatnya yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.

Menambah pengisian Astro Ria untuk tahun ini, saluran yang cukup sinonim dengan rancangan realiti Akademi Fantasia itu kali ini mempertaruhkan Pemburu Hantu yang memulakan siaran pada 7 Mei lalu dan bersiaran pada setiap hari Khamis pukul 11 malam.

Pemburu Hantu memaparkan kesungguhan tiga anak muda mencabar keberanian membuktikan kewujudan entiti paranormal di sesebuah tempat.

Mereka terdiri daripada Hairi Shahrizal Mustafa, 25, Iskandar Ishak, 28, dan Anis Azman, 18.

Berbekalkan komputer riba, peralatan perakam audio dan visual, kamera litar tertutup (CCTV) serta pelbagai gajet berteknologi tinggi, ketiga-tiga mereka membuat kajian serta menganalisa kehadiran entiti dalam episod berlainan setiap minggu.

Menurut Pengurus Saluran Ria, Khairul Mizan Shagul, tujuan rancangan itu diterbitkan ialah untuk memberi maklumat kepada masyarakat mengenai kewujudan entiti di tempat yang diadukan selain membawa pengetahuan berguna kepada peminat setia saluran Ria berhubung peralatan moden yang boleh digunakan.


"Pemburu Hantu adalah rancangan yang membuktikan tentang kewujudan aktiviti paranormal menerusi analisa, kaji selidik serta sejarah tempat yang dipaparkan selain paparan menggunakan alatan yang disediakan dan bukannya untuk menangkap entiti yang berjaya dikesan.

Picture
PEMBURU HANTU... (dari kiri) Iskandar Ishak, Anis Azman dan Hairi Shahrizal Mustafa.

"Kisah-kisah yang diberikan oleh pengadu akan dijadikan jalan cerita utama paparan Pemburu Hantu pada setiap minggu. Lebih banyak aduan yang kami terima maka lebih baiklah laporan kami setiap minggu," katanya.



Ketika ditemui, Hairi yang juga Penerbit Kanan rancangan itu memberitahu, pengalamannya terlibat dalam produksi Expose Mistik yang ditayangkan di Astro Prima banyak mengupas pelbagai kisah alam ghaib ternyata membantu karakternya dalam Pemburu Hantu.

"Expose Mistik banyak mengupas tentang cara rawatan mereka yang terkena sihir dan dirasuk tetapi untuk Pemburu Hantu, kami cuba membongkar tentang kewujudan entiti di sesuatu kawasan atau tempat oleh maklumat para pengadu.

"Kelainan yang kami buat ialah cuba untuk merungkai dunia paranormal menggunakan kaedah dan peralatan saintifik.

"Setakat ini kami sudah siap empat episod yang kesemuanya dirakamkan di kawasan Kuala Pilah, Negeri Sembilan antaranya ialah kisah berkaitan kubur lama, hantu raya dan hantu pontianak," katanya.

Menceritakan pengalamannya, kata Hairi sehingga kini dia tidak mempunyai sebarang pengalaman gangguan atau dirasuk oleh makhluk halus.

Bagaimanapun, menurut Hairi sepanjang menjalani pengambaran Pemburu Hantu, ada di antara gajet-gajet yang digunakan mampu mengesan pergerakan termasuk rakaman bunyi audio.

"Antara yang dapat kami kesan ialah satu bayangan yang bakal dipaparkan dalam episod Misteri Bunian sedang meninjau kamera litar tertutup yang kami pasang," katanya.



Bagi Anis yang merupakan anak jati Kuala Lumpur, ketakutan buatnya bukan penghalang untuk meneroka misteri alam ghaib. Biarpun mengakui seorang yang penakut, namun rasa ingin tahu serta menilai tahap keberaniannya membuatkan dia terlibat dalam Pemburu Hantu.

Jika Hairi tidak mengalami sebarang gangguan, berlainan pula dengan Anis yang mempunyai kisah sendiri sepanjang menjalani pengambaran rancangan tersebut.

Cerita Anis ketika menjalani pengambaran untuk episod Hantu Raya di sebuah rumah lama di Kuala Pilah, dia tidak terlepas gangguan.

"Episod ini Anis rasa adalah yang paling mencabar keberanian Anis setakat ini. Rumah yang kami kunjungi itu merupakan sebuah rumah lama yang tidak berpenghuni.

"Menurut penduduk di kawasan itu rumah itu dahulunya didiami oleh seorang yang membela hantu raya dan kini rumah itu seperti 'dijaga' oleh belaannya walaupun telah lama kosong.

"Pada malam pengambaran itu, saya seperti biasanya dikehendaki memeriksa gajet-gajet serta peralatan yang dipasang dan ketika memeriksa salah satu alat yang digunakan, tiba-tiba alat tersebut mengeluarkan isyarat dapat mengesan sesuatu pergerakan.

"Ketika melihat ke syiling rumah tersebut saya terpandang satu kelibat berwarna putih melintas sepintas lalu dan tanpa membuang masa saya lari keluar dari rumah itu," kata bekas pelajar Sekolah Sri Garden, Kuala Lumpur itu.

Mungkin sedikit janggal apabila seorang tukang masak melibatkan diri dalam rancangan berkaitan aktiviti paranormal seperti ini. Namun, atas dasar minat dan rasa ingin tahu tidak menghalang Iskandar meneruskan niatnya.



Ternyata ini bukanlah pengalaman pertama tukang masak ini melibatkan diri dalam rancangan yang membongkar misteri kewujudan entiti seperti ini kerana sebelum ini Iskandar pernah menyertai kumpulan Seekers.

Setelah hampir enam tahun tidak melibatkan diri dalam kegiatan paranormal, kini Iskandar kembali mencabar keberaniannya dalam Pemburu Hantu. Alasannya, itulah antara minat sampingan dirinya sedari kecil.

Malah, kata Iskandar kebanyakan koleksi majalah dan filem yang dibelinya berkisarkan kisah seram dan hantu.

"Pengalaman menyertai kumpulan Seekers dahulu membuatkan penyertaan saya untuk rancangan ini bukan sesuatu yang baru.

"Kalau orang lain ada mengamalkan petua-petua tertentu, saya dan rakan-rakan Pemburu Hantu tidak mengamalkannya kerana tugas kami sebagai Pemburu Hantu adalah mendekati dan bukannya menjauhi mereka (entiti).

Diganggu

"Walaupun pernah dimarahi keluarga kerana benda itu (entiti) mengikut saya pulang tetapi saya masih mahu melakukannya," katanya.

Sehingga pada satu tahap menurut Iskandar dia perlu mencabar entiti untuk datang menunjukkan diri malangnya, bukan dirinya yang diganggu sebaliknya ialah ahli keluarganya.

"Pernah suatu malam saya diganggu. Ketika itu baru pulang dari pengambaran Pemburu Hantu. Tanpa membersihkan diri saya terus tidur. Bayangkan bilik berhawa dingin tiba-tiba boleh menjadi panas.


"Apabila saya bangun, saya terlihat satu kelibat putih berambut panjang. Dalam keadaan mengantuk saya terus tergamam tidak lama selepas itu kelibat itu hilang dan saya terus tidur.

Picture
Pemburu Hantu – Realiti Metafizik

"Mungkin itulah antara risiko apabila menjadi pemburu hantu. Jika ketakutan yang saya tidak mahu hadapi, apa guna saya menjadi salah seorang daripada mereka," katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

22 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Kepada program Pemburu Hantu...
    sila membuat penyiasatan di lokasi Pasir salak.. kerana terdapat objek-objek ganjil apabila kami mengambil foto di sana.. sila lawati blok saya... hubungi saya untuk mendapat maklumat ini

    ReplyDelete
  2. assalamulaikum ..
    Saya ingin mnjemput ahli Pemburu Hantu datang mmbuat penyiasatan di rumah sewa milik pelajar Politeknik Shah Alam yg terletak di TTDI Shah Alam.

    Keseluruhan rumah sewaan berkenaan didakwa terdapat banyak gangguan mahluk halus dan dipercayai mempunyai bilangan yang terlalu banyak.
    terdapat mahluk berbentuk manusia tidak berkepala di bahagian ruang tamu dan kelibat seorang budak kecil di dalam bilik di bahagian dapur.
    Di ruang atas rumah pula terdapat seorang budak perempuan yang selalu menganggu ketika waktu malam dan terdapat budak berlari2 di dalam bilik dari satu bilik ke bilik yang lain.

    Setelah 3 ustaz dipanggil untuk mmbuat ilmu perubatan tapi masih gangguan tersebut belum hilang.Ustaz itu mengatakan rumah tersebut telah didiami oleh mahluk halus tersebut sejak sekian lama dan menjadikan ruang blakang rumah yang semak sebagai tempat bermain.

    Dan kejadian terbaru pula seorang budak perempuan melihat dari arah luar rumah kelibat seorang budak kecil di dalam bilik di bahagian atas yang dipercayai terdapat mahluk halus tersebut.

    Adalah dimaklumkan bahawa mahluk halus ni telah lama barada di dalam rumah tersebut dan mempunyai bilangan yang banyak.

    Diharap Pemburu Hantu dapat datang mmbuat siasatan di rumah terbabit yang beralamat di:

    No.12 Jakan Bait,
    U2/38 Taman TTDI Jaya,
    40150
    Shah Alam,Selangor Dahrul Ehsan.

    atau hubungi talian ini:

    012-273 6608 (Qhairul Annas B. Abdul Gani)

    Harap maklum.

    ReplyDelete
  3. saya harap PEMBURU HANTU dapat menyelesaikan misteri di Ladang Bikam,Perak.di sana bermacam2 kes berlaku antaranye "Wanita Kebaya Merah".
    harap dapat bantu dan membuat video..

    ReplyDelete
  4. tahniah kepada team pemburu hantu. ada lokasi yang ingin saya bawa pada team ph. selamat berjaya

    ReplyDelete
  5. Ingat tak lagi semasa pemburu hantu menyiasat sebuah apartment pelajar perempuan di Shah Alam.. perasan tak semasa ketukan di pintu dan apabila Iskandar membuka pintu tiada sesiapa pun..cuma yang saya perasan ada tiupan angin menyebabkan rambut Iskandar bergerak. Mustahil la kalau nak di fikirkan ada tiupan angin kalau ada dinding yang menghalang...

    ReplyDelete
  6. saya ada kemuskilan yg mana dapat saya rakam,bukan visual tetapi audio..kerana kami tidak ada alatan canggih untuk masalah ini,hanya team "PH" sahaja yg mempunyai alatan untuk
    kejadian ini semasa saya dan isteri pergi ke suatu tempat peranginan di langkawi..saya ingin team "PH" merungkai ape yg telah saya dan isteri rakamkan semasa di sana..

    harap team "PH" dapat menghubungi saya,bagi menyelesaikan persoalan ini..

    tel:012-3281443(zul)
    king9x@gmail.com

    ReplyDelete
  7. ada kisah di sri aman sarawak berkenaan dgn kewujudan makhluk halus yang tinggal berdekatan pohon yang dikatakan berusia ratusan tahun.kisah ini bedasarkan semua pengalaman dr sesetengah penduduk kpg disini..akhir-akhir ini,pohon ini dikatakan terbakar dengan sendirinya tanpa diketahui puncanya..hingga pihak bomba telah serik memadamkannya..dari amatan saya dan juga disaksikan hampir seluruh penduduk kpg ini ada melihat kelibat seperti seseorang yang tinggi lampai turun dr atas pohon berkenaan..saya masih teringat tatkala pohon tersebut tiba2 terbakar,sewaktu itu,saya dan beberapa rakan saya sedang lepak berdekatan kawasan terbabit,ketika kami sedang khusyuk berceloteh tiba2 terdengar salakan anjing berdekatan kawasan tersebut,kami ternampak kepulan api muncul dari atas pohon terbabit,pihak bomba juga menghadapi kesukaran memadam api terbabit kerana tempat tersebut di anggap keras hingga beberapa pengamal ilmu dikatakan dirasuki oleh makhluk berbadan besar terbabit..sehingga kini tiada sebarang pihak yang berani tampil untuk `membuang" makhluk terbabit..misteri terbabit menarik ramai pemberita dan terdapat wartawan yang membuat liputan akhbar disini..hingag terdapat kamera yang canggih juga rosak ketika mengambil gambar ketika mahkluh itu menampak kan dirinya..jika pihak pemburu hantu berani saya cabar kerana peristiwa ini benar tanpa rekaan semata2...jika tidak keberatan pihak pemburu hantu untuk menyaksikan dan mengalmai peristiwa anen dan dianggap misteri ini sila berkunjung ke bandar sri aman sarawak.....dari baeyn dan ejam[baeyn09@gmail.com]no hp 0145987448-0138317007

    ReplyDelete
  8. okey!first of all..saya nk bagitau yg pmburu hantu adalah satu rancangan tv paling bodoh dan yg paling bangang..memang tak masuk akal lngsung..
    semua orang yg tonton mcam kne'brainwash'..
    cuba tgk sbagai contoh,ghost hunters a.k.a (TAPS) & ghost adventures..they all encounter the REAL thing..bukan BERLAKON!no scripts at all..
    i mean,c'mon la!jngan la malu kn diri sendiri!
    stop lying and paying people for lakonan bodoh!
    u guys dpat evidence,tp x tunjuk,itupun kalau la da evidence kn..ur audio proof,audience pun nk dngar jgak,we're not deaf..
    and if u guys nk buat visual effect pun,pndai2 la..not all of us are stupid..
    tngk mcam group lain,they give us the evidence,and ulang bnyak2 kali..bcause,dffrent ppl,dffrent point of views..
    and bnyak lgi thing that i can prove u guys are wrong..
    and 1 thing for sure,team ph cuba lah pergi ke apartmen ria yg terletak di genting!
    n buat style 'lockdown' dri senja ke sbuh..
    kalau u guys nk pgi la..
    u guys are just a piece of shit!

    ReplyDelete
  9. Bismillah,

    First of all, saya nak ucapkan ribu ribuan dan jutaan tahniah kepada team pemburu hantu kerana berjaya menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa BODOH and MEMALUKAN korg nih dengan bangganya di kaca tv!! Pemburu hantu is the worst ever tv show kat malaysia ni skang ni coz you guys are just plain fucking liars and pembohong and my god, you guys SUCK AT ACTING!!!! You call yourselves ghost hunters??? BULLSHIT! Tak layak langsung!! Evrytime i watch u guys i feel like nak muntah tgk betapa bodohnya show ni, yet still i watch sebab seronok sgt tgk korg memalukan diri and seronok tgk korg meperbodohkan diri korg tanpa malu dan segan. A fucking disgrace to paranormal investigators!! Serious! Memalukan!!

    pernah tgk Ghost Adventures tak?? or TAPS? or Paranormal State?? Pernah? Kang terkencing korg dalam seluar!! THAT'S what real ghost hunting is all about idiots! Not pegi merayau kat umah2 kosong, pukul 9 malam...9 MALAM??? APA TUH??? Have you ever even watched any ghost hunting shows???? Your ACTORS sume tak reti berlakon, so fucking obvious pakai script, your evidence sumer macam TAHI!! Where's your evidence hah???? MANA??? You say you capture audio, and yet all we see are fucking random lines going up and down kat tv tuh...and it looks so stupid. Korg ni, tahu ke maksud AUDIO tu apa?? AUDIO tu maksudnya BUNYI...BUNYI BUNYI, bukan GARISAN GARISAN TAK SERAGAM BERLATAR BELAKANGKAN PUTIH YANG NAIK TURUN SEPERTI TANGISAN ORG!! BODOH!! Audio bukan untuk dilihat mangkuk, its to be heard!! U guys tak pernah playkan all your "audio" tuh kan? Apsal? Sebab kitorg ni bodoh eh? Or kitorg ni pekak? Or sebab there's fucking nothing to hear??

    jap, kena sambung next post sebab panjang sngt nak kutuk korg ni...

    ReplyDelete
  10. With your "alat2 gadget" tu, sampai kiamat pun insyallah tak dapat apa2! Itu bukan paranormal investigation equipments!! CCTV? Microphone?? APa tuh?? Nak karaoke ke? Where's your EVP recorders? (Tau ke EVP tu apa?), EMF Detectors, EMF Pumps, SPectrometers, Black and Dark Light emitters, Berillium Transducers, Infrared cams and still cams, ITCs, Inductive probes, mana?? Setakat cctv tu, umah aku lagi banyak daripada yang korg pakai laaa. Konon ada evidence, tahi lu la. "owh saya dengar org menangis, owh saya ternampak kelibat, owh tadi aku dengar somethign" tapi satu habuk pun korg tak capture!! FUckers!!

    I know what im fucking talking about ok. ive been searching for ghosts since aku kecik2 lagi lah, and have experiences that you'd fucking DIE FOR...kalau korg berani, aku CABAR KORANG! Macam adam kat atas tu cakap, DO A LOCKDOWN!! Apartment Ria, Old Selayang Hosp, Kellies Castle, Highland Towers, Pulau Santubong, Old govt houses kat Jalan Masjid Negeri Pulau Pinang, belambak lagi tempat. Korg pegi, start pukul 10pm, lock yourselves in, SPLIT UP, BE ALONE, NO CAMERA CREWS, NO SCRIPTS, EXPLORE INDIVIDUALLY, SAMPAI 6am, just like ghost adventures and just like what i used to do dulu...tak caya?? Meh, carik aku, biar aku buatkan untuk korg!! Bring your cam crews!! Suruh astro bagi korg punya show kat aku and my crew and we'll show you what ghost hunting is all about!! KALAU TAK BERANI, STOP YOUR STUPID SHOW, balik kampung, tanam jagung, gi berlakon komedi, coz that's what you guys are, CLOWNS. AKU CABAR KORG!! THIS IS A CHALLENGE!!

    I know u guys have no balls!! Berlagak berani, cuba kalau takde camera crews around? Cuba kalau ko duduk sorg2...berani??


    You guys must be wondering apahal la aku ni marah sgt kan? Mmg la aku marah!! Korg memalukan laaa!! Setakat "saya dengar itu, saya nampak itu, saya terlihat ini" tapi satu benda pun korg tak capture, apa gunanya bodoh???

    ReplyDelete
  11. sambungan...

    You think im being nonsensical? Ok, example :

    Dalam episode mana ntah yang korg siasat org tua dalam rumah kosong tuh, when si bodoh rambut panjang tu naik sorg2, he said he saw org tua melintas kat tepi dia, mula2 dia cakap laju, then he said benda tu jalan pelahan2 macam terapung, and at the same time dia pegang handheld and yet tak capture apa2, alasan dia? AKu termangu, terkedu??? Mende tuh? From the cctv replay it didnt seem ko termangu?? Bergerak2 je ko?? Ko kata lama benda tu lintas kat depan ko, still you cant even move the fucking handheld to your 'left' yang kat mana kononnya makhluk tu ada and capture it on vid?? R u stupid or spastic?

    Next, in the same episode, tetiba ada kelibat putih merangkak kat depan cam, ko INGAT AKU BODOH?? TAK TAU TU ORG?? WOIIII check your fucking recording, nampak kaki la bodoh!! And if betul that was an entity, apsal korg tak replay berkali2, and replay in slow motion, and zoom in, and etc etc?? Argghhh u fucking insult our intelligence dude!

    Next, dalam episode kat kubur, si bodoh tu kata nampak anis kat tepi kubur, but he didnt capture it on vid, although dia ada cam???

    Lagi, yang paling best skali, ada satu episode tu, si anis naik tanggan and tetiba ada bayang lintas depan dia and it was captured by the cameraman behind her on the staircase, skali, bila korg replay cctv punya recording, cuma ada si anis tu je yang lari turun tangga menjerit2 macam pelesit, mana perginya cameraman belakang dia yang recorded her tadi?? Hilang?? Hantu ker?? Huiyooo...gempak!! And belambak lagi yang menunjukkan korg ni pembohong and penipu and bongok semata2.

    Hah, apa korg nak jawab hah??

    C'mon la..you guys are better than this..aku tahu korg minat carik hantu ni, but nak buat, buat la betul2, jgnla just because astro paying korg, korg pun sanggup ikut je bulat2 apa direcftor cakap...you guys are smarter than that. Dahla dah berkali2 kantoi korg nak tergelak..apsal, seronok eh memperbodohkan org??

    Sudahla tu, give it up la idiots, aku tahu korg have NO BALLS untuk buat macam Ghost Adventures, or TAPS, or Paranormal State, or PRS...coz you guys are just ficking actors yang in anyway, tak tau berlakon pun. Go home. Let ppl like me and others yang betul2 passionate about ghost hunting do the investigations. Leave it to the experts. Sudahla tuh.

    Kepada para fan2 (yang 7 org tuh) team PH ni, they are just liars, penipu. Tak payahla nak jemput2 diorg...nanti diorg dok situ 6 jam, tak buat apa, tak dapat apa, and ulang je balik apa yang korg dah cerita kat diorg...tak payahla...

    Weh pemburu hantu, korg lah hantu sebenanya. Ghosts are not to be taken as a joke...hantu adalah makhluk yang bukan boleh dibuat main2, diorg tu jin dan syaitan...paranormal investigation is a science, that deserves proper and professional methodology, and guts...you guys have neither. Paranormal investigation is NOT A JOKE. Kalau tak serious, balik, kalau tak reti, balik, kalau nak bohong je keja, balik.

    wsalam.

    ReplyDelete
  12. lupa plak, tak puas hati, gimme a call - 0163313750 or craven3rd@yahoo.com. I dont joke around about ghosts you morons.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum.
    di sekolah menengah teknik teluk intan,perak terdpt banyak makhluk halus.sy harap agar team pemburu hantu dapat menyiasat di tempat tersebut.harap maklum.....

    ReplyDelete
  14. salam kpd kru pemburu hantu. saya ada melihat rancangan kalian. di sini saya ingin berkongsi pandangan dan pendapat. pada saya sebagai penonton, rancangan ini bukan sekadar ingin mengetahui mengenai alam selain alam kita. adakalanya rancangan ini memberi kesan yang tak munasabah. kenapa saya berkata demikian kerana ada segelintir episod yang d rakamkan tidak menunjukkan hasil dan kepuasan penonton. dimana rakaman yang sering dinantikan hasilnya tidak menunjukkan makhluk itu benar2 wujud. saya memang suka rancangan yang sebegini. tetapi saya sebagai penonton tidak berasa puas hati. jika rancangan ini dinamakan pemburu hantu, mestilah kerjanya memburu hantu dan ada buktinya, tetapi bukan nya di kejar hantu. nampak kelibat je dah lintangpukang. sepatutnya jika rakaman tu d buat dalam sesuatu bangunan, setiap penjuru yang boleh di lihat ruang tersebut mestilah di letakkan camera. jika d harapkan kamera d tangan dan ternampak kelibat, mata ntah kemana tangan pun ntah kemana dan hasilnya tidak akan terakam. lebih mudah juka di letakkan d kepala. kerana kepala kita sentiasa bergerak melihat pandangan sekeliling. di samping itu juga, hendakkah di letakkan d setiap penjuru bangunan di ikuti speaker untuk mengetahui bunyi. jika di lihat rancangan paranormal dr indonesia, semua peralatan lengkap di letakkan di kawasan yang boleh merakan segala benda. saya juga boleh melihat kejadian ini dengan mata kasar saya dimana kejadian ini berlaku di tempat kerja. bayangkan jika langsir pejabat di selak tanpa di gerakkan. apa reaksi anda. jiaka mesin fotocopy b operasi sendiri di depan anda tanapa anda lakukan sendiri.jika bau-bauan wangi melintas di hadapan anda dan ketika itu anda hanya se orang d pejabat. semua ini saya alami sndiri. mahupun sata bersama teman atau sendirian. bila bulu roma dan berdiri tegak, jangan lah d biarkan. pergi dan tinggalkan. jika berani teruskan sahaja. jika tidak rasa apa2 itu hanya perasaan sahaja. saya harap kru pemburu hantu dalam rancangan seterusnya dapat memberikan kepuasan dan hasil untuk di sampaikan kepada peminat. sebagai pemburu, kita kena kuat dari segi mental dan fizikan. jangan biar pemburu di buru.......sekian...

    ReplyDelete
  15. Pemburu hantu adalah satu pembohongan..kalau benar2 ASTRO mahu kan sebuah rancangan berlatar belakang Misteri, mereka sepatutnya mencari seseorang yang boleh membawa rancangan ini ke suatu tahap yang lebih baik...

    ramai pengkaji alam misteri yang sebenar di Malaysia. contohnya saudara Soffian (seorang pelajar di UiTM shah alam) saya baru sahaja melawat posting laman blog barunya)...

    http://senjatalawansihir.blogspot.com/2009/09/legend-of-balan-balan-flying-head.html

    dia amat arif dalam cerita2 dongeng,misteri dan urban legend di Malaysia nie... tulisannya dalam blog agak pendek.. saya pernah berjumpanya sekali di shah alam, dia memang berpengetahuan luas...orang2 macam ni lah yang patut ada rancanga TV pasal hantu2 nie..bukan macam pemburu hantu yang harap muka je..tapi Ilmu kosong...

    saya harap orang2 astro ka TV3 ka carilah dia nie..seorang anak muda yang berpengetahuan luas... rugi kalau orang2 macam nie di sia-siakan je...

    ReplyDelete
  16. LAU PEMBURU HANTU ADE KISAH LG SERAM KN BGS..

    ReplyDelete
  17. terus kan usaha anda utk mencari kesahihan di alam hantu
    jangan takut . lawan kan perassan takut jadikan hantu tu best friend

    ReplyDelete
  18. Aku lebih suka ikut paranoemal singapura, dorang hanya keluarkan terbitan jika ada imej yang sangkut, dorang juga ada merata cawangan di Malaysia, yang paling aktif sekali ialah di Johor... Tapi dorang bukan nak memburu je, dorang jalankan kajian dan siasatan untuk kemantapan iman kepada Allah swt.

    Alatan dorang memang canggih giler, sebut je, semua ada... semua evidence dasat dasat.. takde lakonan semula.. kalau takde evidence dorang akan diam je.. ini apa ...korang nak cari duit eh... cari duit dgn perbodohkan orang?...ada plak pakai CCTV... siot laj, CCTV kat umah aku pun tak penah nangkap sebarang evidence walau umah aku tu ada macam2 yang jaga... podahh cit... matured la sikit.. bukan semua org Malaysia bodo2... lawak korang kalah senario n raja lawak la... best...

    Kalau nak tgk cth supernatural:

    www.supernatural.com.sg ( singapore )
    - Team ni terkenal kat singapore, mana mana tpt dorang nak masuk cuma tunjuk id je, takyah surat2 n cakap banyak.

    www.snjohor.webs.com ( johor )
    - Team nie pulak menggunakan teknologi campuran, kebatinan dan teknologi moden... kalau korang join, dorang akan buat korang boleh nampak apa yang korang tak nampak... then boleh tutup balik..

    Korang try2 le bawak bergaul dgn dorang nie, no hf leader 2 cawangan nie ader..belajar dulu, pas tu korang nak buat pengambaran ke masuk tv ke, lantak lah...jangan sampai korang digelar badut dah la,...malu tau ...malu...

    ReplyDelete
  19. Korang minat antu kan?, kalau minat baca nie:

    " sir rasa Cahyaning rasa, Mut Maya Terjaning maya"

    Baca 500x pas jam 12malam....buat ramai2 pun takpa...

    Pas baca tiup di tapak tangan dan usap di kelopak mata...

    Kalau tak jadi, buat sampai jadi... ini asasnya keyakinan korang... tapi sure jadi punyer la...buat malam jumaat...ada berani?...

    Tu pun kalau korang nie berani ler dan memang pemburu hantu sejati...

    ReplyDelete
  20. aslkum saya hasril dari penang nak tanya kos pembayaran berapa harga

    ReplyDelete
  21. highland tower la lokasi paling syok klu nk try..pg panjat setingkat demi setingkat sampai top floor after 2am..n explore all the floors start dari 3rd floor ke atas..bnyk peninggalan barang2 bekas residents yg x sempat dorg angkut pindah..or dorg just.., ntahlah nape nmpk ditinggalkan dlm keadaan tergesa-gesa..pdhal dorg pindah bukan sejurus lps kejadian tu..but seriously, it's a damn freak place ever

    ReplyDelete
  22. Apa kata kita tubuhkan kumpulan macam diorang! Jom!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Top Post Ad


Below Post Ad