Dugaan jadi Kontraktor, kadang kadang site dibuka ...ada tuan asal dia ....site visit ...nim nama dia kawan kata ...
hantu raya betol ke camni muka ...haahahah kes berlaku di Batang Kali, Selangor.
Hantu raya
Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul.Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya
melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh
oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan
menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya
akan menjelma sebagai tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup.
Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.
Di tanah jawa, Hantu Raya dikenali sebagai Genderuwo yang ada serba sedikit kaitan dengan makhluk mitos Hindu Gandarewa dan raksasa ganas mitos agama Majusi iaitu Gandharva.
Selain itu, Hantu Raya juga di seru dengan menggunakan pemujaan hidangan sate gagak untuk memuja nombor ramalan perjudian atau memohon wang yang banyak sebagai harga kepada nilai dagangan jualan sate gagak itu.
Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.
Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil).
Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air.
Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.
Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa.
Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis.
Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar.
Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini.
Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.
Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya.
Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya.
Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini.
Malam kian semakin larut,mata aku masih tidak boleh lelap walaupun sesaat. Aku lihat anak dan isteriku sudah lena dibuai mimpi selepas menonton TV slot Misteri Nusantara. Aku bangun dan terus mencapai laptop untuk aku kongsikan pengalaman ini sebagai peringatan dan panduan pada pembaca semua. Bila teringat slot TV3 Misteri Nusantara itu teringat pengalaman-pengalaman yang pernah aku lalui selama aku tinggal di Batang Kali berulang alik ke KL ditempat kerja melalui Hutan Simpan Ulu Yam yang pernah menjadi tempat pertempuran tentera kita dengan komunis pada suatu masa dahulu. Keadaan jalan tidaklah seperti dulu semasa mula-mula aku berpindah di Batang Kali dengan berulang alik ke tempat kerja,sekarang jalannya bertambah baik.
Bermulanya tahun 1999 aku mula menetap di Batang Kali dan bekerja di KL sebagai seorang pemandu,kerja aku ini rasanya sudah sedia maklumlah tidak mengikut masa waktu balik kadang-kadang hingga lewat malam. Selepas selesai bekerja aku akan balik menunggang motosikal aku dengan mengikuti jalan di hutan simpan Ulu Yam kerana itulah satu-satunya jalan yang paling dekat untuk ke Batang Kali selain menggunakan jalan Rawang disebabkan jalannya jauh. Selama 14 tahun aku menggunakan jalan Ulu Yam pelbagai pengalaman yang aku dapat macam-macam yang berlaku dan ini yang aku nak kongsikan pada semua.
Mula-mula aku menggunakan jalan itu terutama pada penghujung tahun 1999 memang aku akui kurang pengguna kenderaan yang menggunakan jalan ini,pukul 9malam jalan Ulu Yam sudah mula sunyi kadang-kadang bila aku balik waktu malam aku boleh baring atas jalan kalau aku mahu sebab kalau berselisih dengan kenderaan pun hanya sebuah dua saja kereta yang lalu. Pernah aku singgah dikedai makan di Batang Kali untuk melepaskan penat berhenti minum tuan kedai dan kawan-kawan bertanya tidak pernah ke kau berjumpa hantu? Dengan tersenyum aku cakap kalau jumpa itu rezeki akulah tuhan nak tunjuk alam ghaib. Memang dalam Al-Quran pun ada menyebut kita kena percaya dengan alam ghaib tapi jangan kita takut kerana dia juga makhluk Allah S.W.T. Jadi pada aku biarlah sebab walau macam mana pun aku tetap kena guna jalan itu untuk mencari rezeki.
Pada suatu hari hampir 2 bulan aku berulang alik,pada malam itu macam ada sesuatu yang tidak kena masa itu aku terpaksa menghantar pegawai ke lapangan terbang kerana beliau akan keluar negeri dan berlepas pada pukul 11malam. Selesai saja tugas aku pun balik dengan menunggang motosikal yang berjenama Modenas Kriss2. Walaupun aku rasa hati macam tidak sedap aku gagahkan juga kalau aku tidak balik aku nak tidur mana? Jam tangan aku menunjukkan pukul 12.40tengah malam,aku pun sudah separuh jalan memasuki jalan Ulu Yam. Dengan tidak semena-mena hujan renyai mulai turun walaupun masa di KL cuaca keadaan cerah pada pandangan aku kawasan yang aku lalui ini memang kawasan tadahan hujan jadi tidak kisahlah kalau tempat lain tidak hujan tapi kawasan ini hujan. Aku hendak berhenti sebab hendak pakai baju hujan tapi aku lupakan niat aku itu sebab aku dalam perjalanan balik tidak kisahlah kalau baju aku basah pun sampai rumah nanti terus mandi.
Sampai dibukit Ulu Yam sedang aku mendaki sambil meredah hujan renyai tiba-tiba motor aku terasa berat sehingga habis aku pulas minyak motor aku tetap berjalan perlahan seperti aku membawa barang berat dibelakang. Bila teringat kata kawan-kawan aku baru terasa bulu roma meremang. Aku tawakal aje dengan Allah SWT agar dugaan ini selesai dengan segera sambil aku membaca ayat-ayat Al-Quran yang aku ingat.Hampir 10 minit berlaku aku rasakan macam sejam perkara ni berlaku sebab masa aku mendaki bukit sempat aku melihat jam hampir menujukkan pukul 1pagi. Bila hampir kemuncak bukit Ulu Yam barulah motosikal aku terasa ringan perasaan yang datang tadi terus hilang cuma aku terasa sejuk bukan kepalang sebab pakaian aku sudah lenjun basah kena hujan. Sampai saja dikemuncak bukit aku terus memberhentikan motor aku sebab tidak tahan sejuk,untuk menahan sejuk aku memanaskan tangan dengan memegang enjin motor masa itu hujan pun hampir reda. Tidak cukup dengan itu aku mengeluarkan rokok dalam beg sandang. Aku mengeluarkan sebatang rokok,apabila aku menyalakan rokok aku dengan mancis zippo kesayanganku dengan tidak semena-mena terasa kawasan tempat aku berhenti terasa ada cahaya lain yang menerangi. Aku terpegun dari atas bukit itu aku lihat dibawah bukit itu ada cahaya yang datang dari rumah-rumah kecil umpama perkampungan orang asli cuma tidak mengetahui dicerun bukit itu terdapat perkampungan.
Sambil aku memerhatikan cahaya dari perkampungan itu,aku menghembus asap rokok dalam keadaan lega,jadi lain kali kalau perlu pertolongan bolehlah aku turun ke kampung itu untuk minta pertolongan. Tiba-tiba aku terperanjat ada orang menyapa aku dari belakang. Aku lihat dalam samar kegelapan aku amati orangnya lingkungan 60an. Dia menegur aku dengan mesra mengajak aku kerumahnya dibawah bukit itu tapi aku menolak atas alasan kena balik cepat sebab hari pun sudah lewat malam lagi pun aku berhenti dengan niat menghilangkan rasa sejuk dan menghisap rokok. Aku balas dengan pertanyaan pada orang tua itu buat apa malam begini diatas bukit? Katanya dia mengambil air bukit yang terkenal sehingga sekarang ini,memang ada mata air yang mengalir dulu menggunakan buluh sekarang ini sudah disalurkan menggunakan paip PVC. Orang tua itu berlalu dengan pantas menuruni bukit itu nampak kelibat bayangnya dan aku meneruskan perjalanan balik.
Keesokannya hari Jumaat apa yang berlaku malam tadi tidak sempat aku beritahu isteri aku,kalau boleh aku tidak mahu beritahu takut isteri aku risau pula. Hari Jumaat adalah hari yang aku nantikan sebab hari Sabtu dan Ahad adalah hari cuti untuk aku berehat setelah penat bekerja dan hari itu aku boleh balik awal sebab hari Jumaat tidak banyak kerja masing-masing ingat nak bercuti. Pukul 5.30 petang aku pun memulakan perjalanan balik sesampai dipuncak bukit Ulu Yam,aku berhenti ditepi tebing dengan harapan aku dapat melihat perkampungan pada malam itu tapi apa yang aku lihat dicerun bukit itu hanya hutan tidak ada kesan pun ada perkampungan dan aku mula tertanya-tanya mana perginya kampung dicerun bukit Ulu Yam itu???......pelik. Sampai saja di Batang Kali,aku singgah dikedai tempat selalu aku minum sambil aku berbual dengan kawan-kawan dan penduduk disitu aku ajukan soalan serta menceritakan tentang apa yang berlaku pada malam itu. Semua yang ada terdiam termasuk penduduk yang lama tinggal disitu. Tiba-tiba salah seorang punduduk disitu bersuara mengatakan apa yang aku nampak itu adalah perkampungan Jin dan bukan semua orang boleh lihat hanya ia berlaku dengan tidak sengaja. Cuma aku bernasib baik tidak menerima ajakan orang tua malam tadi kalau tidak mungkin sekarang ini aku belum balik sebab pernah berlaku pada orang kampung disitu hilang setelah seminggu baru dia pulang bila ditanya katanya ditumpang berteduh hanya semalam saja sedangkan hampir seminggu dia hilang tapi beruntungnya orang yang hilang itu diberi bekal dengan berbungkuskan daun pisang hutan katanya nasi lemak. Tapi sampai dirumah bila dibuka didalamnya mengandungi batu zamrud serta beberapa ketul kecil emas........
Jadi malam tadi dengan siapakah aku bertemu? Sehingga sekarang aku mengharapkan dapat melihat perkampungan dan berjumpa dengan orang tua itu bukan kerana harta tapi kebesaran Allah SWT sebab ingin aku bertanya tentang kehidupan beliau cuma aku bersyukur kerana Allah SWT beri rezeki untuk melihat alam ghaib. Dan sehingga sekarang aku masih menunggu tapi tidak kelihatan yang hanya hutan dicerun bukit Ulu Yam itu. Gambar yang aku paparkan itu adalah tempat aku selalu berhenti merenungi dicerun bukit itu. Cerita ini adalah benar terjadi pada diri aku dan aku tidak akan melupakan dengan setiap kali aku lalui bukit Ulu Yam pasti aku akan berhenti walaupun hanya mencucuh api rokok disitu. Buat masa ini cukuplah dengan peristiwa ini dan aku akan ceritakan lagi tempat-tempat yang harus pembaca berhati-hati bila melalui jalan Hutan Simpan Ulu Yam. Kita jangan takut dengan makhluk ghaib kerana kita makhluk yang paling mulia dan kita yang menjadi khalifah dimuka bumi ini cuma kita kena berhati-hati dengan tipu dayanya saja kerana tipu dayanya yang membuat kita berlaku kemalangan dan lalai. Sekian.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87
Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup.
Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.
Di tanah jawa, Hantu Raya dikenali sebagai Genderuwo yang ada serba sedikit kaitan dengan makhluk mitos Hindu Gandarewa dan raksasa ganas mitos agama Majusi iaitu Gandharva.
Matlamat
Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya.Hantu raya boleh menyerupai bentuk manusia.Selain itu, Hantu Raya juga di seru dengan menggunakan pemujaan hidangan sate gagak untuk memuja nombor ramalan perjudian atau memohon wang yang banyak sebagai harga kepada nilai dagangan jualan sate gagak itu.
Kelebihan
- Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah.
- Ia boleh menjelma sebagai manusia.
- Ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
Kelemahan
- Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam agama Islam.
- Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.
- Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang yang hendak mewarisinya.
- Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.
- Anda mesti simpan selipar anda diluar rumah supaya hantu raya tidak masuk dan akan membersihkan rumah kita
Penelitian secara ilmiah
Bagaimana tuan punya menurunkan kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.
Kediaman hantu raya
Selain dikatakan suka menghuni di rumah-rumah yang usang atau yang lama ditinggalkan, Hantu Raya juga kerap berada di pohon-pohon besar seperti beringin, sukun, sawo, nangka dan celah rumpunan buluh.Kelemahan hantu raya
Dari segi agama Islam, bacaan Ayat Kursi digunakan bagi menyembuhkan pesakit dari gangguan jin.
Dalam amalan masyarakat Melayu pula, menggunakan lada kering, garam dan arang sahaja.
Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil).
Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air.
Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.
Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa.
Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis.
Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar.
Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini.
Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.
Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya.
Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya.
Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini.
PENGALAMAN MISTERI DI ULU YAM SEPANJANG HIDUPKU.

Tags