Novel 'Siri Bercakap Dengan Jin'(SBDJ) tersiar dalam majalah Variasari dari April 1981 hingga Januari 2005. Siri novel ini adalah yang terpanjang di Malaysia, Asia Tenggara dan antarabangsa. Beliau menggunakan nama samaran Tamar Jalis. Pada 1980-an, majalah Variasari pernah dicetak 120,000 naskhah sebulan mengatasi majalah Mastika terbitan Utusan Melayu. Beliau menghasilkan novel ini dari April 1985 hingga Januari 2005 iaitu selama 23 tahun enam bulan.
Siri bercakap dengan Jin, karya Tamar Jalis; siapa pernah baca buku cerita ni? Saya fikir ramai juga yang minat dengan kisah seram dan mistik. Masakan tidak, jika penerbit filem berebut-rebut menghasilkan cerita-cerita sebegini, lagi-lagi drama seram yang berkepuk-kepuk ditayangkan di kaca TV.
A
da sahaja cerita sebegini ditayangkan, lepas satu ... satu. Sampai kadangkala boleh menimbulkan permasalahan pada anak-anak yang turut menonton. Ibu bapa kena jadi pemantau dan lakukan pemerhatian rapi agar kepercayaan soal akidah anak-anak tidak terpesong. Jadi, berhati-hati bila menonton filem dan drama genre begini. Selain boleh akibatkan pemahaman yang mengelirukan, pastikan anda tiada sakit jantung atau dalam keadaan 9 bulan 10 hari yang menanti masa.
Sesapa sezaman dengan saya, tentu sedia maklum akan buku ini. Tak tahulah saya samada masih ada lagi cetakan dibuat untuk keluaran siri ini. Saya setakat ini belum terjumpa lagi. Mungkin di sesetengah tempat, buku ini masih boleh diperolehi. Kalau tidak silap sayalah, di Pasar Karat ada dijual lagi buku novel Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis ni.
Jualan novel SBDJ menurut kajian seorang profesor iaitu Prof Adnan Nawang adalah melebihi sejuta naskhah. Siri novel SBDJ memang dah lama ada, sejak saya sekolah rendah lagi dah ada. Ia sudah popular sejak tahun 1981 hingga 2005.
Hebatnya Tamar Jalis, ia popular dengan nama pena selama lebih 30 tahun. Sebelum tu, tiada siapa yang benar tahu siapakah Tamar Jalis. Tamar Jalis adalah nama samaran Ahmad Mahmud yang diambil daripada satu nama jin yang terdapat dalam Hikayat lnderaputera yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu lama.
Kalau yang mungkin tidak arif mengenai buku novel Siri Bercakap Dengan Jin ini, mereka akan anggap ia sebuah kisah tahyul berkisar dunia makhluk jin, walhal ia lebih dari itu. Novel ini sebenarnya bersulam cerita mengenai dunia perubatan Melayu, malah ada beberapa tips perubatan masyarakat lama diselitkan termasuklah petua orang Asli dari Tok Batin.
Jika anda pernah membaca siri novel SBDJ ini, anda juga akan perasan yang novel ini turut menyertakan sejarah, ilmu persilatan, psikologi, kosmologi masyakarat Melayu lama. Malah diselitkan jampi serapah, ayat-ayat pelindung dan diberikan juga petua-petua lama untuk memerangi dan menewaskan iblis dan syaitan daripada menganggu manusia.
Beza dengan SBDJ, karya Tok Awang Ngah nampak lebih realistik kerana ia didakwa bersandarkan kepada pengalaman penulis sendiri. Jadi, jalan cerita dia agak menarik sedikit dari padangan sayalah. Malah, anda akan nampak beza paling ketara ialah selitan ayat-ayat Al Quran bagi hapuskan dan hindari gangguan Jin dan Syaitan, yang banyak sekali ditulis.
Ada sesiapa sini minat siri-siri cerita seram Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis dan juga novel dari Tok Awang Ngah? Boleh komen kongsikan rasa.
Sumber dan Kredit: Forum Cari
Siri Bercakap Dengan Jin Tamar Jalis
Ok. Itu kisah sekarang. Hmm pernah dengar nama penulis ini - Tamar Jalis? Nama ini cukup sinonim dengan karya-karya seram penuh mistik, melibatkan penceritaan alam ghaib yang misteri. Saya sendiri pernah membaca beberapa novel tulisannya, dan kisah novelnya adalah bersambung-sambung dan dikenali ramai sebagai Siri Bercakap Dengan Jin.Sesapa sezaman dengan saya, tentu sedia maklum akan buku ini. Tak tahulah saya samada masih ada lagi cetakan dibuat untuk keluaran siri ini. Saya setakat ini belum terjumpa lagi. Mungkin di sesetengah tempat, buku ini masih boleh diperolehi. Kalau tidak silap sayalah, di Pasar Karat ada dijual lagi buku novel Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis ni.
Blog Tamar Jalis Sudah Tiada
Pada tahun 2011, saya ada promo satu blog ni, yang memang ditulis kembali cerita Siri Bercakap Dengan Jin, tetapi sudah dah tak aktif lagi. Ada sejumlah jilid dibuat; dari jilid 1-8, dengan punyai lebih kurang 100 lebih bab. Uhh memang puas membacanya. Membaca secara online mungkin tak seseram bila anda baca buku originalnya di malam hari di dalam bilik keseorangan ... tapi ... memang best.Siapakah Tamar Jalis?
Mungkin ada yang tidak berapa kenal siapakah Tamar Jalis ini. Tamar Jalis atau nama sebenarnya Ahmad@Mohd Radzi bin Mahmud telah menghasilkan lebih 284 Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ), 16 daripadanya sudah dibukukan. Siri ini telah dijadikan salah satu siri popular di dalam majalah Variasari. Populariti Siri Bercakap Dengan Jin ini telah melariskan majalah Variasari terbitan Variapop sehingga pernah diterbitkan sebanyak 120,000 nashkah pada era tahun 80an.Jualan novel SBDJ menurut kajian seorang profesor iaitu Prof Adnan Nawang adalah melebihi sejuta naskhah. Siri novel SBDJ memang dah lama ada, sejak saya sekolah rendah lagi dah ada. Ia sudah popular sejak tahun 1981 hingga 2005.
Hebatnya Tamar Jalis, ia popular dengan nama pena selama lebih 30 tahun. Sebelum tu, tiada siapa yang benar tahu siapakah Tamar Jalis. Tamar Jalis adalah nama samaran Ahmad Mahmud yang diambil daripada satu nama jin yang terdapat dalam Hikayat lnderaputera yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu lama.
Identiti Tamar Jalis Didedahkan 2011
Identiti Tamar Jalis didedahkan kepada umum pertama kalinya semasa diadakan satu wacana bertajuk “Memperkasakan SBDJ Sebagai Karya Kreatif Melayu Tersohor” pada 20 Jun 2011 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak, di Ipoh.Kalau yang mungkin tidak arif mengenai buku novel Siri Bercakap Dengan Jin ini, mereka akan anggap ia sebuah kisah tahyul berkisar dunia makhluk jin, walhal ia lebih dari itu. Novel ini sebenarnya bersulam cerita mengenai dunia perubatan Melayu, malah ada beberapa tips perubatan masyarakat lama diselitkan termasuklah petua orang Asli dari Tok Batin.
Jika anda pernah membaca siri novel SBDJ ini, anda juga akan perasan yang novel ini turut menyertakan sejarah, ilmu persilatan, psikologi, kosmologi masyakarat Melayu lama. Malah diselitkan jampi serapah, ayat-ayat pelindung dan diberikan juga petua-petua lama untuk memerangi dan menewaskan iblis dan syaitan daripada menganggu manusia.
Tok Awang Ngah?
Mungkin ada yang tidak tahu, selain dari Tamar Jalis, ada lagi seorang penulis novel seram yang boleh saya katakan popular dan novelnya juga laris seperti Siri Bercakap Dengan Jin. Orang yang saya maksudkan ialah Tok Awang Ngah.Beza dengan SBDJ, karya Tok Awang Ngah nampak lebih realistik kerana ia didakwa bersandarkan kepada pengalaman penulis sendiri. Jadi, jalan cerita dia agak menarik sedikit dari padangan sayalah. Malah, anda akan nampak beza paling ketara ialah selitan ayat-ayat Al Quran bagi hapuskan dan hindari gangguan Jin dan Syaitan, yang banyak sekali ditulis.
Ada sesiapa sini minat siri-siri cerita seram Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis dan juga novel dari Tok Awang Ngah? Boleh komen kongsikan rasa.
Sumber dan Kredit: Forum Cari
Tags