Fakta Hantu Tinggi

Terdapat kekeliruan dikalangan umum mitos tentang hantu tinggi dengan hantu galah.

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)



Hantu Tinggi menjelmakan diri berupa seorang lelaki yang boleh berkata-kata yang hanya akan mengubah ketinggiannya apabila dicabar atau dirinya diperkecil-kecilkan manakala hantu galah pula berupa wajah yang menyeramkan dan ketinggiannya tidak berubah serta tidak disedari manusia.

Asal usul hantu tinggi kononnya berasal dari kematian seorang lelaki yang sangat kecewa kerana gagal mendapatkan seekor kijang putih yang diidamkan isterinya yang sedang mengandung.

Adalah dipercayai sekiranya diganggu oleh hantu tinggi ketika berseorangan di hutan, hendaklah dicabut beberapa bulu kakinya supaya tidak diganggu lagi. Ada pula mitos yang mengatakan sekiranya seseorang ingin memasuki hutan jangan sesekali memburu kijang apatah lagi kijang putih dan memijak mangsa kononnya kecewa diatas kegagalannya mendapatkan kijang putih untuk isterinya yang tersayang.

Perempuan mengandung juga dikatakan jangan masuk ke dalam hutan. Ada versi mengatakan sekiranya ingin membela hantu tinggi hendaklah membawa seekor kijang putih bersama seratus biji buah pinang. Apabila hantu tinggi menjelma katakan padanya kijang putih yang dibawa akan menjadi miliknya sekiranya dia mengikuti perintah dan mengikut pulang. Ketika dalam perjalanan taburkan biji benih tersebut sehingga di perkarangan rumah.

Hantu tinggi akan menurut perintah apa sahaja yang diberikan seperti tugasan di hutan selagi kijang putih tersebut tidak mati. Kononnya kijang putih hanya boleh diambil oleh hantu tinggi sekiranya disembelih oleh tuannya atau mati dengan sendiri di dalam kandang. Khidmat hantu tinggi akan berakhir selepas hantu mengambil kijang tersebut.


Untuk memanggil semula hantu tinggi hendaklah diletakkan semula kijang putih di dalam kandang lama yang pernah diisi dengan kijang putih dahulu. Hantu tinggi akan datang semula ke rumah melalui barisan pokok pinang yang pernah ditaburkan dahulu.

Subjek Paranormal

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad