Gempar cahaya misteri di langit Sabah

Gempar cahaya misteri di langit Sabah

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)


Orang ramai di sekitar bandar raya ini dan Penampang gempar dengan kemunculan cahaya misteri di langit, dalam kejadian, malam tadi.

Fenomena itu mula kelihatan kira-kira jam 7 malam hingga 10 malam sebelum ia hilang daripada pandangan.

Berikutan kejadian itu, orang ramai mengambil kesempatan memuat naik gambar ke media sosial Facebook dan WhatsApp sehingga menimbulkan tanda tanya, malah ada yang mengaitkan sebagai tanda-tanda Kiamat.

Bagaimanapun, Pengarah Meteorologi Abdul Malek Tusin memberitahu kejadian ini adalah fenomena Cahaya Pilar yang berlaku akibat daripada pantulan cahaya ke atas hablur ais di awan tinggi.

"Fenonema ini memang pernah berlaku tapi mungkin tidak dihebohkan.

"Orang ramai di negeri ini tidak perlu bimbang kerana ia tidak berbahaya," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad