KISAH BENAR ! BILA MAYAT BACA SURAH YASSIN DI MEKAH

KISAH BENAR ! MAYAT BACA SURAH YASSIN DI MEKAH

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)


Mayat 8 bulan didapati telah duduk membaca quran.

Kisah ini telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Arab Saudi. Peristiwa ini  berlaku dan telah disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser iaitu penceramah bebas yang sangat terkemuka di Malaysia .

Menurut sumber , ceritanya bermula  pada  musim haji yang lepas, pelajar malaysia telah membantu orang  Arab untuk mengebumikan mayat seseorang yang meninggal dunia pada musim haji kali itu .Tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah  terletak di Ma’la

Disana , mereka akan menyediakan sebuah lubang dan meninggalkan mayat tersebut selama 8 bulan .  Lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru selepas 8 bulan.

Genap 8 bulan pada  hari tersebut, orang arab lari bertempiaran apabila salah satu lubang yan dibuka mendapati  mayat itu sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah.Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah.

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di lubang tersebut . Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad