Tangkap layar hantaran di laman Instagram jururawat tersebut yang tular di media sosial.
PETALING JAYA – Perkongsian seorang kakitangan hospital mengenai kisah seram yang dialaminya semasa bertugas di wad di sebuah hospital menjadi tular di media sosial.
Melalui perkongsian video oleh jururawat tersebut yang dikenali sebagai Scha Myza di laman Instagram miliknya memaparkan keadaan di dalam sebuah wad pesakit yang kosong tetapi, beberapa peralatan seolah-olah sedang digunakan.
“Selain dugaan pesakit Covid, dugaan makhluk halus jugak. Dalam bilik tertutup macam ini pun dia duk main stateskop dan mesin ‘on’ macam ada orang dalam tu.
“Macam ada manusia punya jasad sebab semua tekanan darah on, walhal katil kosong.
“Dugaan betul kalau berdua dengan pesakit koma dalam tu,” katanya.
Dalam perkongsian lain, dia turut berkongsi kisahnya apabila perlu menguruskan mayat seorang diri walaupun dia merupakan seorang yang penakut.
“Itu belum uruskan mayat sorang-sorang. Kadang-kadang masa itu barang tak cukup, perlu tunggu sorang-sorang dalam tu dengan mayat sementara tunggu kawan datang. Dahlah Scha ni penakut.
“Kalau part bungkuskan mayat tu Scha susah sikit nak tidur bila kena ikat kaki dan kepala, masa tu Ya Allah dekatnya muka mayat dengan aku ni, mau tak tidur sebab teringat.
“Lepas dah balut semua badan tu, ada darah pulak keluar melalui hidung dan kotorkan kain putih tu. Bayangkanlah macam mana perasaan Scha tengok situasi tu. Mujur kawan-kawan semuanya sangat berani dan langsung tak hirau segala bunyi,” katanya.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87