Wanita tikam dua orang anaknya dakwa ada hantu dalam badan mereka

Zakieya Latrice Avery, 28, semalam didakwa dengan tuduhan membunuh selepas menikam matinya anaknya yang berusia setahun dan dua tahun.

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)


Seorang wanita dari Maryland yang membunuh dua anaknya memberitahu polis, dia terpaksa berbuat demikian bagi mengusir kehadiran roh dan kuasa jahat.

Polis berkata, anggotanya dikejarkan ke kediaman di utara Washington DC itu awal pagi Jumaat lalu selepas seorang jiran menghubungi talian kecemasan 911 setelah menyedari terdapat sebuah kenderaan dengan pintunya terbuka di luar kediaman itu, selain sebilah pisau juga dikesan berhampiran kenderaan berkenaan.


Sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati dua kanak-kanak itu sudah mati, manakala dua lagi adik-beradiknya yang berusia 5 dan 8 tahun cedera dengan kesan tikaman.


“Suspek menyangka ada syaitan merasuk kanak-kanak terbabit, jadi dia melakukan upacara menghalau roh jahat dengan membunuh kanak-kanak malang berkenaan,” kata pengarah jabatan jenayah, Kapten Marcus Jones.

Picture
Seorang lagi wanita yang berdepan tuduhan membunuh ialah Monifa Denise Sanford, 21, yang turut memberikan kenyataan sama ketika disoal siasat polis. Monica ditahan sehari selepas kejadian ngeri itu.

Dua wanita itu yang dipercayai bertemu ketika upacara keagamaan di gereja berkongsi tempat tinggal sejak beberapa bulan lalu.

Picture
Kiri: Zakieya Latrice Avery; Kanan: Monifa Sanford. Gambar: Polis Daerah Montgomery

Kedua-duanya yang ditahan tanpa ikat jamin atas tuduhan membunuh dan cubaan membunuh dijangka hadir ke mahkamah.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad