Pengalaman paling menakutkan di asrama sekolah

Picture
Bila dah sampai dorm, kitorang usha Bad dah semakin pelik, tidur je memanjang. Bila dia bangun dari tidur, dia akan pergi sudut hujung locker kayu dia.

klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)

'Dorm 15 paling cuak! - Pengalaman menakutkan di asrama sekolah

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka.

Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

KATA orang, tak berasrama lah kalau tak merasa diganggu hantu? Cerita kali ini bagi aku the most tragic story in my life bila aku kena ganggu dengan kawan-kawan aku hampir berminggu-minggu. Kes ini berlaku waktu aku Tingkatan 1 di SMKA Kerian, Dorm 15. 

Sebelum kami masuk, dorm digabungkan dengan pelajar Tingkatan 1-5. Tetapi pada tahun kami, dorm diasing dan dipendekkan cerita, kami dapat dorm 15, aras atas sekali dan paling hujung berhampiran dengan tandas. Satu dorm muat dalam 20 orang pelajar. 

Pada awalnya keadaan seperti biasa dan seronok saja. Tetapi ada satu hari ini, kawan kami seorang ada berperangai pelik, kuat baran dan suka menyendiri yang mana kami panggil dia Bad. Tetapi kitorang buat dek. Fikir-fikir mungkin dia ada masalah. 

Suatu hari Bad nak telefon parent dia menggunakan telefon lama di bawah tangga asrama. Sewaktu dia tengah bertelefon, dia macam whispering atau sembang senyap-senyap. 


Masa tu aku dan member aku pun nak telefon. Kami tak dengar pun apa perbualan dia. Kawan aku seorang ni dengan gentlenya pergi matikan Bad punya call. So dia pun macam usha tajam, marah-marah dan blah. Tergamam kitorang kat situ. Aku sendiri pelik kenapa kawan aku tu buat perangai camtu kat Bad. 

Bila dah sampai dorm, kitorang usha Bad dah semakin pelik, tidur je memanjang. Bila dia bangun dari tidur, dia akan pergi sudut hujung locker kayu dia. 


Satu hari itu tiba-tiba dia tumbuk cermin tingkap sebelah locker dia dan monolog marah-marah sebelum kembali tidur. Kami jangka dia memang ada masalah tetapi kami pun diam saja.

Senior datang tengok apa yang berlaku dan aku mula rasa ada sesuatu yang tidak kena. Dada aku ni rasa sakit camne entah. 

Then satu malam itu kami dan batch Tingkatan 2 ada perjumpaan dengan Badar (exco surau) sebab ada budak buat masalah. Badar pun khutbah kat kitorang dengan nada yang tinggi (marah-marah la).

Start je seorang badar dia tengking. Bad pun bangun dan menjerit-jerit lepas tu menyepak dan tumbuk orang sekeliling. Kami dahlah duduk rapat-rapat, memang tak boleh larilah. 

Aku masa tu pegang Quran sebab baru selesai surah al-Mulk, bergolek aku dengan Quran itu pergi ke penjuru surau. 

Pastu Bad lari nak keluar surau tu, dalam masa yang sama abang-abang Badar ni kejar dia dan aku bukan nampak Bad ni lari sebenarnya tetapi dia pun mengejar something seperti bayang hitam di depan dia. 

Sampai saja di depan surau antara dua tiang, dia terpelanting ke belakang sikit sebab ustaz pernah kata diorang pagar surau tu. 

Selepas itu semua badar kepung Bad di depan surau, diorang buat bulatan. Masa tu semua budak-budak disuruh balik ke dorm masing-masing. Then pintu gril di tangga ditutup untuk keselamatan kitorang. 

Masa itu budak dorm 15 la paling cuak. Takut si Bad ni balik ke bilik. Semua tidur tak tenang. Tetapi diceritakan oleh senior dan ustaz, selepas kitorang naik tu, Bad lari ke arah asrama dan dia berlawan dengan jin-jin lain (jin baik atau jahat aku tak ingat mana satu, like army). So mostly student yang blok wing belah sebarang nampak kejadian itu berlaku tetapi kitorang tak nampak. 

Pagi itu semasa kami nak pergi ke kelas, nampak Bad tidur di tangga bawah dalam keadaan duduk. Cuak jugalah nak lalu sebelah dia tetapi tak nampak apa-apa dekat dia selama dia kena rasuk itu. Not inside or around him. 

Malam itu ada usrah, selepas mahgrib pelajar-pelajar kat surau macam biasa. 

Masa tu baru aku nampak sesuatu yang pelik dan creepy di tempat imam antara bilik bilal dan bilik badar. Seorang pakcik macam pahlawan Jawa, tua, merenung tepat ke arah aku. Jelas, ya jelas sangat-sangat dan aku seorang saja yang nampak. 


Then one of my Naqib tegur aku, then Bad pun tegur aku. Dia tahu aku nampak benda tu kot? Entahlah. 

Lepastu Naqib aku panggil ketua badar dan beberapa orang lagi bawa aku masuk bilik bilal dengan Bad sekali. Kan aku dah cakap benda tu ada kat antara bilik bilal tu. Bayangkan perasaan aku nak pergi ke arah dia tu dengan muka dia pandang aku saja. Cuak jugalah. 

Bila dah masuk bilik itu, semua tanya aku kenapa. Aku pun tergagap-gagap cakap aku nampak benda tu. Diorang tanya dia kat mana dna saya kata "Dia kat dalam ni bang". Huhuhu, dia dah masuk dengan kitorang tadi. He aim me I guess, Bad ada kat depan aku. 

Masa itu dia kata dia boleh ubatkan. Time dia ubat-ubatkan, badan dia seperti kena cucuk. Tahu apa dia kata, "benda tu keluar dari perut kau Dayat, dia tikam aku". Aku tak tahu dia nampak atau dia bohong aku sebab apa yang aku nampak, pakcik tu kat belakang. 

Pakcik itu tengah tikam dia dan tembus perut. Aku tergamam je tengok. Muka pakcik itu sangat bengis, dengan kerut dan reput mukanya. Saya masih boleh bayangkan dia sewaktu sedang menulis ini.

Sejak dari kejadian itu, aku dah boleh nampak macam-macam kelibat. Hampir setiap hari aku nampak. Nak mandi semua tak senang. 

One day, kawan aku yang lain, Bulat, pula meracau. Aku baru balik dari kelas masa itu, aku tanya kawan kenapa dia jadi macma tu. Diorang kata dia meracau sebab Bad tiba-tiba tumbuk locker besi. Mungkin dia terkejut dan trauma, so dia meracau. 

Kes Bulat ini ambil masa yang lama juga untuk diselesaikan. Selepas aku balik dari solat asar di surau, ingatkan dah selesai. Bila aku masuk dorm, aku tengok Bulat terlantar saja di tilam dia dan Bad tengah ubatkan dia. Tetapi bukan itu saja yang aku nampak, aku nampak banyak sangat benda putih di hujung katil dia dan ada yang kecil duduk bermain gentel-gentel kaki Bulat ni.

Elok saja saya melangkah masuk, kesemua mereka memandang saya kemudian keluar ramai-ramai ikut tingkap pecah hujung dorm. Tetapi ada satu yang tak keluar dan dia adalah pakcik yang aku nampak sebelum itu. 

Aku pun buat-buat tak nampak, kemudian bila aku naik atas katil (double decker), elok saja aku duduk pakcik itu datang kat aku dan berbisik mengenai sesuatu yang aku tak faham langsung. 

Then aku tak ingat apa, blank sampai ke malam kot. 

Kawan aku cerita balik, aku baring tapi mata tak pejam. Entah, tak ingat langsung. Sejak dari hari itu aku dah boleh rasa macam-macam di sekeliling aku dan ada beberapa ustaz cuba mengubat aku tetapi entahlah, masih rasa sepanjang kat sekolah itu. 

Akhirnya sekali, dorm kitorang dari 20 tinggal 8 orang saja yang survive. Semua tidur satu bahagian dorm saja. Bad tu pun pindah dan sebelum itu dia sempat beritahu yang dia kena tu disebabkan ada benda itu yang berasal dari Jawa terkurung lama dalam locker dorm 15 itu. Dia gunakan Bad ini untuk keluar dari situ. 

Tak tahu nak percaya 100% atau tidak. Ada yang percaya, ada yang whatever tetapi masih seramlah. Kes ini berlaku pada awal tahun 2009. 

Sumber: @th3D4rkS1de


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad