Lelaki tertidur di kawasan kubur selepas tumpangkan Warga emas

Heboh Daihatsu Xenia Masuk di Kawasan kuburan, ingatkan sudah tidur di Rumah Sendiri



JAWA TIMUR: Seorang lelaki mengalami peristiwa aneh selepas selesai mengadakan sesi bergambar dengan bakal isterinya di Benteng Pendem, Ngawi.

Lapor Suara.com, semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira pukul 7 petang, tiba-tiba ada kelibat warga emas yang menahan keretanya.

Katanya, lelaki itu meminta pertolongan untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Namun, destinasi yang dituju adalah sebuah kawasan perkuburan di Sawahan Hamlet, Ngawi.

“Selepas menghantar orang tua itu, saya terus pulang ke rumah dan tidur,” katanya.




Namun, lelaki itu dipercayai sebenarnya tertidur dalam kereta sebelum terjaga.

“Apa yang memeranjatkan adalah semasa kereta saya memasuki kawasan kubur langsung tidak mengalami sebarang kerosakan sedangkan laluannya agak sempit,” jelasnya.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam media sosial, lelaki tersebut dilihat memandu kereta Daihatsu Xenia keluar dari kawasan kubur secara mengundur dengan bantuan penduduk kampung.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad